12.31.2006

LELAKI PILIHAN ANDA???



Memilih lelaki untuk dijadikan pasangan hidup bukan semudah memilih baju untuk hadir majlis hari jadi. Jika baju, tak suka yang itu, pilih saja yang ini. Kalau warnanya seperti tidak match, pilih saja warna yang lain.

Bagaimana hendak mengenal lelaki yang sesuai, baik dan serasi? Persoalan ini memang patut menghantui setiap orang sebab tersalah pilih, hidup akan menjadi amat tidak selesa. Macam-macam perkara boleh ditimbulkan oleh sang lelaki, tatkala dia sudah pun bergelar suami. Tidak semudah menukar baju jika ingin lari darinya. Malah dia bagaikan baju plastik yang melekat di badan.



Jika anda mendapat lelaki yang okey segala segi, anda sangat beruntung. Hidup anda akan terpenuh dengan keindahan dan kenikmatan. Tetapi jika anda mendapat lelaki yang tidak okey segala segi, ibarat anda telah menghampiri ? neraka dunia?.

Apa kriteria yang boleh anda pegang apabila memilih lelaki:



1. Bagaimana agamanya Jika dia nyata mengabaikan kewajibannya sebagai manusia yang beragama, (terutama sembahyang fardu), usahlah harapkan sesuatu yang menarik daripadanya. Mungkin dia kaya dan penyayang serta boleh memberikan semuanya, tetapi tanpa haluan menuju ketuhanan, dia bukanlah pilihan terbaik.

Betul, bukan semua lelaki yang sembahyang itu baik, tetapi sekurang-kurangnya haluan pimpinannya jelas. Agama diturunkan untuk memantau kehidupan manusia, maka manusia perlu menerima pantauan itu untuk selamat. Dalam soal ini tiada siapa terkecuali.


2. Bagaimana dia melayani ibu bapanya Seorang lelaki yang bertanggungjawab adalah seorang yang tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya terhadap ibu dan bapanya. Anda boleh lihat dengan jelas akan hal ini. Jika dia menangguhkan pulang ke kampung semata-mata untuk anda, dia bukanlah seorang family man, lantas bukanlah calon terbaik untuk menepati ciri-ciri lelaki pilihan.

Seorang lelaki yang mengambil berat ibu dan ayahnya adalah seorang yang boleh diharap.



3. Bagaimana dia berkelakuan sewaktu bersama anda Jika dia demand beberapa hal yang tidak munasabah dan “tidak boleh” sebelum masanya, dia bukanlah lelaki yang terbaik. Cinta tidak perlu dibuktikan dengan perlakuan-perlakuan sumbang yang membawa kemurkaan TUHAN. Ramai wanita silap dalam menafsirkan pengorbanan cinta. Berkorbanlah untuk mendapatkan cinta yang sejati, tetapi tidak usah hingga terkorban diri.

Ingat, wanita ibarat rama-rama, selagi warna sayapnya tidak terurai, selagi itulah dia diminati dan disayangi.


4. Bagaimana keluarga melayaninya Jika boleh dapatkanlah latarbelakang keluarganya. Keluarga yang rosak dan porak peranda biasanya terdiri daripada ahli yang rosak dan juga porak peranda. Perhati juga bagaimana keluarga melayaninya. Jika keluarga baik terhadapnya, itu menandakan dia baik terhadap keluarga.

5. Siapa sahabatnya Untuk mengenali dia lihatlah siapa sahabatnya. Sahabatnya adalah cermin untuk dirinya. Jika sahabat-sahabatnya adalah mereka yang baik budi pekerti serta boleh diharap, dia juga sama. Sebaliknya jika dia hanya bergaul dengan orang yang rosak akhlak, dia juga mungkin tidak terkecuali.


6. Apakah kegiatan hidupnya lantaran jika dialah pilihan anda dan putus untuk mengakhiri hubungan itu dengan perkahwinan, usah ambil mudah tentang aktiviti hidupnya, maksud saya pekerjaan serta kegemaran serta wawasannya. Ini penting sekali sebab corak kehidupan akan ditentukan oleh apa kegiatan hidupnya serta apa kegemarannya juga apa wawasannya.

Pastikan dia mempunyai pekerjaan, tidak semestinya makan gaji, perniagaan juga baik. Pertanian, perladangan, penternakan dan juga perikanan juga baik. Semua itu bidang pekerjaan yang mulia. Ramai orang tidak kisah dengan bidang pekerjaan teman lelakinya sewaktu di alam percintaan, kemudian menanggung derita setelah berkahwin apabila mengetahui sebenarnya dia tiada pekerjaan, pemalas bahkan penagih dadah. Sukailah dia dan sukailah pekerjaannya, selagi halal, adalah mulia di sisi ALLAH.


7. Lihatlah diri anda sendiri Lihatlah diri anda sendiri. Bagaimana lelaki yang anda inginkan begitulah diri anda sebenarnya. Jika anda memiliki akhlak yang baik, dia semestinya juga begitu. Jarang orang yang tidak sama peribadi boleh menjalin hubungan intim dan penuh persefahaman.


8. Semaklah dirinya berpandukan Formula 3E Ada 3 pecahan daripada Formula 3E yang boleh anda suaikan dengan peribadi dan perwatakannya.

i. Lihat sifat-sifat semula jadi serta perwatakan (negatif dan positif) melalui bulan kelahirannya. Misalnya jika dia dilahirkan pada bulan Mac, biasanya (tak wajib betul harus salah) dia seorang yang mudah merajuk, seorang perasa, baik, sensitif, romantik, tahu membalas jasa, bijak, boleh menyelesaikan masalah orang, penyayang serta setia apabila bercinta. Negatifnya dia seorang yang suka berangan-angan dan kadang-kadang sangat pemalas.

Pengetahuan anda terhadap perwatakan-perwatakan sebegini memudahkan anda mengenali sifat-sifatnya. Rumah tangga akan lebih mudah dilayari dalam keadaan anda mengetahui perwatakan?

ii. Lihat tarikh lahirnya dan buat kiraan tertentu. Setiap angka dari 1 hingga 9 boleh menerangkan wawasannya. Kita boleh membaca fikiran orang sekiranya kita tahu angka peribadinya.

iii. Kenali warna kegemarannya dan dapatkan definisinya.

Mengenali lelaki adalah cabaran utama wanita dalam langkah pertama membina cinta. Mengenali peribadi dan psikologi lelaki pula adalah langkah tuntas menuju kebahagiaan dan kecemerlangan keluarga setelah berkahwin. Lelaki bagaimanakah yang anda inginkan? Pilih, kemudian tafsir, renung dan fikir, usah suka, terus ambil kemudian kahwin lalu menderita.

Anda mampu mengubahnya.

12.21.2006

Tiada Yang Sehebat Dia....


"Abang, minta izin untuk nikah sorang lagi,"

Aliyah yang sedang melipat kain, terdiam seketika. Mungkin terkedu. Adakah pendengarannya kian kabur lantaran usianya yang kian beranjak.

Adakah dialog tadi hanya dilafazkan di dalam TV, sementelah TV juga dipasang. Tapi, ahh bukanlah. TV sedang menayangkan iklan Sunsilk,

mustahil sudah ada siri baru iklan Sunsilk? Dia menghela nafas panjang. Dia memandang sekali imbas wajah Asraf Mukmin, kemudian tersenyum.

Meletakkan kain yang telah siap dilipat di tepi, bangun lantas menuju ke dapur. Langkahnya diatur tenang. Segelas air sejuk diteguk perlahan.

Kemudian dia ke bilik Balqis, Sumayyah, Fatimah. Rutin hariannya, mencium puteri-puterinya sebelum dia masuk tidur. Dahulu, semasa puterinya

kecil lagi, rutin itu dilakukan dengan suaminya. Kini, anak-anak kian beranjak remaja. Kemudian, dia menjenguk bilik putera bujangnya yang berdua, si kembar, Solehin dan Farihin.

Pengabisannya dia kembali kepada suaminya. Asraf Mukmin hanya diam, membatu diri. Dia amat mengenali isterinya. Jodoh yang diatur keluarga hampir 16tahun yang lepas menghadiahkan dia sebuah keluarga yang bahagia, Aliyah adalah ikon isteri solehah. Namun, kehadiran Qistina, gadis genit yang menjawat jawatan pembantu tadbir kesetiausahaan di jabatannya benar-benar membuatkan dia lemah.

"Kau mampu Asraf, dengan gaji kau, aku rasa kau mampu untuk beri makan
2 keluarga," sokongan Hanif, teman sepejabat menguatkan lagi hujah apabila dia berdepan dengan Aliyah. "Abang Asraf, Qis tak kisah. Qis sanggup bermadu jika itu yang ditakdirkan. Bimbinglah Qis, Qis perlukan seseorang yang mampu memimpin Qis," masih terngiang-ngiang bicara lunak Qis. Akhir-akhir ini, panas rasanya punggung dia di rumah. Pagi-pagi, selesai solat subuh, cepat-cepat dia bersiap untuk ke pejabat. Tidak seperti kelaziman, dia akan bersarapan berjemaah bersama isteri dan anak-anak.

Aduhai, penangan Qis gadis kelahiran Bumi Kenyalang benar-benar menjerat hatinya.

"Abang, Aliyah setuju dengan permintaan Abg. Tapi, Aliyah nak berjumpa dengan wanita tu," Lembut dan tenang sayup-sayup suara isterinya. Dia tahu, Aliyah bukan seorang yang panas baran. Aliyah terlalu sempurna, baik tetapi ahh hatinya kini sedang mengilai wanita yang jauh lebih muda.

"Bawa dia ke sini, tinggalkan dia bersama Aliyah selama 1 hari saja, boleh?" pelik benar permintaan isterinya. Hendak dipengapakan apakah buah hatinya itu? Namun, tanpa sedar dia menganguk, tanda setuju. Sebab, dia yakin isterinya tidak akan melakukan perkara yang bukan-bukan.

Dan hakikatnya dia seharusnya bersyukur. Terlalu bersyukur. Kalaulah isterinya itu wanita lain, alamatnya perang dunia meletus lah jawabnya. Melayanglah periuk belanga. Ehhh, itu zaman dulu-dulu. Zaman sekarang ni, isteri-isteri lebih bijak. Teringat dia kisah seorang tentera yang disimbah dengan asid, gara-gara menyuarakan keinginan untuk menambah cawangan lagi satu. Kecacatan seumur hidup diterima sebagai hadiah sebuah perkahwinan yang tidak sempat dilangsungkan. Dan dia, hanya senyuman daripada Aliyah.

"Apa, nak suruh Qis jumpa dengan isteri Abg," terjegil bulat mata Qis yang berwarna hijau. "Kak Aliyah yang minta," masih lembut dia memujuk Qis.

"Biar betul, apa dia nak buat dengan Qis?" "Takutlah Qis, silap haribulan dia bunuh Qis!" terkejut Asraf Mukmin.

"Percayalah Qis, Aliyah bukan macam tu orangnya. Abg dah lama hidup dengannya. Abg faham,"

Qistina mengalih pandangannya. Mahu apakah bakal madunya berjumpa dengannya? Dia sering disogokkan dengan pelbagai cerita isteri pertama membuli isteri kedua. Heh, ini Qistina lah. Jangan haraplah jika nak membuli aku. Desis hati kecil Qistina.

Hari ini genap seminggu Qistina bercuti seminggu. Seminggu jugalah dia merindu. Puas dicuba untuk menghubungi Qistina, namun tidak berjaya.

Rakan serumah menyatakan mereka sendiri tidak mengetahui ke mana Qistina pergi. Genap seminggu juga peristiwa dia menghantar Qistina untuk ditemuduga oleh Aliyah. Sedangkan dia diminta oleh Aliyah bermunajat di Masjid Putra. Di masjid itu, hatinya benar-benar terusik. Sekian lamanya dia tidak menyibukkan dirinya dengan aktiviti keagamaan di masjid Putra.

Dulu, sebelum dia mengenali Qistina, saban malam dia akan bersama dengan Aliyah serta anak-anaknya, berjemaah dengan kariah masjid. Kemudian menghadiri majlis kuliah agama. Membaca AlQuran secara bertaranum itu adalah kesukaannya. Namun, lenggok Qistina melalaikannya. Haruman Qistina memudarkan bacaan taranumnya. Hatinya benar-benar sunyi. Sunyi dengan tasbih, tasmid yang sering dilagukan. Seharian di Masjid Putra, dia cubamencari dirinya, Asraf Mukmin yang dulu. Asraf Mukmin anak Imam Kampung Seputih. Asraf Mukmin yang asyik dengan berzanji. Menitis air matanya.

Hatinya masih tertanya-tanya, apakah yang telah terjadi pada hari itu. Aliyah menunaikan tanggungjawabnya seperti biasa. Tiada kurangnya layanan Aliyah. Mulutnya seolah-olah terkunci untuk bertanya hal calon madu Aliyah.

Tit tit... sms menjengah masuk ke kantung inbox hensetnya. "Qis minta maaf. Qis bukan pilihan terbaik utk Abg jadikan isteri. Qis tidak sehebat kak Aliyah. Qis perlu jadikan diri Qis sehebatnya utk bersama Abg," Dibawah hensetnya, ada sekeping sampul besar.

************************************************************************

Kepada:

Asraf Mukmin,

Suami yang tersayang...

Asraf Mukmin diburu kehairanan. Sampul berwarna cokelat yang hampir saiz dengan A4 itu dibuka perlahan.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani,

Salam sejahtera buat suami yang tercinta, moga redhaNya sentiasa mengiringi jejak langkahmu.

Abg yang dikasihi,

Genap seminggu sesi temuduga yang Aliyah jalankan pada Qistina. Terima kasih kerana Abg membawakan Aliyah seorang calon madu yang begitu cantik. Di sini Aliyah kemukakan penilaian Aliyah.

1. Dengan ukuran badan ala-ala model, dia memang mengalahkan Aliyah yang sudah tidak nampak bentuk badan. Baju-bajunya memang mengikut peredaran zaman. Tapi, Aliyah sayangkan Abg. Aliyah tak sanggup Abg diheret ke neraka kerana menanggung dosa. Sedangkan dosa Abg sendiri pun, masih belum termampu untuk dijawab di akhirat sana, apatah lagi Abg nak menggalas dosa org lain. Aliyah sayangkan Abg...

2. Aliyah ada mengajak dia memasak. Memang pandai dia masak, apatah lagi western food. Tapi, Aliyah sayangkan Abg. Aliyah tahu selera Abg hanya pada lauk pauk kampung. Tapi tak tahulah pula Aliyah kalau-kalau selera Abg sudah berubah. Tapi, Aliyah masih ingat lagi, masa kita sekeluarga singgah di sebuah restoran western food, Abg muntahkan semua makanan western food tu. Lagi satu, anak-anak kita semuanya ikut selera ayah mereka. Kesian nanti, tak makan la pula anak-anak kita. Aliyah sayangkan Abg...

3. Aliyah ada mengajak dia solat berjemaah. Kelam kabut dibuatnya. Aliyah minta dia jadi Imam. Yelah, nanti dia akan menjadi ibu pada zuriat Abg yang lahir, jadinya Aliyah harapkan dia mampu untuk mengajar anak-anak Abg nanti untuk menjadi imam dan imamah yang beriman. Tapi, kalau dia sendiri pun kelam kabut memakai telekung... Aliyah sayangkan Abg...

Abg yang disayangi,

Cukuplah rasanya penilaian Aliyah. Kalau diungkap satu persatu, Aliyah tak terdaya. Abg lebih memahaminya. Ini penilaian selama 1 hari, Abg mungkin dapat membuat penilaian yang jauh lebih baik memandangkan Abg mengenalinya lebih dari Aliyah mengenalinya.

Abg yang dicintai,

Di dalam sampul ini ada borang keizinan berpoligami. Telah siap Aliyah tandatangan. Juga sekeping tiket penerbangan MAS ke Sarawak. Jika munajat Abg di Masjid Putra mengiayakan tindakan Abg ini, ambillah borang ini, isi dan pergilah kepada Qistina. Oh ya, lupa nak cakap, Qistina telah berada di sawarak. Menunggu Abg... Aliyah sayangkan Abg... Tetapi jika Abg merasakan Qistina masih belum cukup hebat untuk dijadikan isteri Abg, pergilah cari wanita yang setanding dengan Aliyah... Aliyah sayangkan Abg.

Tetapi, jika Abg merasakan Aliyah adalah isteri yang hebat untuk Abg.. tolonglah bukakan pintu bilik ni. Aliyah bawakan sarapan kegemaran Abg, roti canai.. air tangan Aliyah.

Salam sayang,

Aliyah Najihah binti Mohd Hazery

Tangannya pantas membuka pintu biliknya. Di situ berdiri Aliyah Najihah bersama-sama hidangan sarapan pagi kegemarannya. Dia tersenyum!

Benar, tiada isteri sehebat Aliyah isterinya!!!!!

12.19.2006

THREE things


THREE things to see,
HEALTH, HAPPINESS and HARMONY!

THREE things to care,
PURITY, PENNY and PIETY!

THREE things to Admire,
DIGNITY, HONESTY and BEAUTY!

THREE things to Desire,
LOVE, FREEDOM and TRUTH!

THREE things to conquer,
WRATH, NANTS and EVIL!

THREE things to Avoid,
IDLENESS, TALKATIVENESS and TH OUGHTLESSNESS!

THREE things to Govern,
TEMPER, TONGUE and TREASURE!

THREE things to Hate,
FORMAILITY, FALSITY and FLATTERY!

THREE things to Look About,
LIFE, HEALTY and ETERNITY!

THREE things to Care,
KINDNESS, PITY and NON-VIOLENCE!

THREE things to Have,
JUSTICE, GOODNESS and CONCIOUS!

THREE things to take Delight in,
FRANKNESS, FREEDOM and FRATERNITY!

12.08.2006

FRIENDS
















Kisah Penjual Tempe


Ada sebuah kampung di pedalaman Tanah Jawa. Disitu ada seorang perempuan tua yang sangat kuat beribadat. Pekerjaannya ialah membuat tempe dan menjualnya di pasar setiap hari. Ia merupakan satu-satunya sumber pendapatannya untuk menyara hidup. Tempe yang dijualnya merupakan tempe yang dibuatn ya sendiri.

Pada suatu pagi, seperti biasa, ketika beliau sedang bersiap-siap untuk pergi menjual tempenya, tib a tiba dia tersedar yang tempenya yang diperbuat daripada kacang soya hari itu masih belum menjadi, separuh jadi. Kebiasaannya tempe beliau telah masak sebelum bertolak. Diperiksanya beberapa bungkusan yang lain. Ternyatalah kesemuanya belum masak lagi.

Perempuan tua itu berasa amat sedih sebab tempe yang masih belum menjadi pastinya tidak akan laku dan tiadalah rezekinya pada hari itu. Dalam suasana hatinya yang sedih, dia yang memang kuat beribadah teringat akan firman Allah yang menyatakan bahawa Allah dapat melakukan perkara-perkara ajaib, bahawa bagiNya tiada yang mustahil. Lalu diapun mengangkat kedua tangannya sambil berdoa , "Ya Allah , aku memohon kepadaMu agar kacang soya ini menjadi tempe. Amin"

Begitulah doa ringkas yang dipanjatkan dengan sepenuh hatinya. Dia sangat yakin bahawa Allah pasti mengabulkan doanya. Dengan tenang perempuan tua itu menekan-nekan bungkusan bakal tempe dengan hujung jarinya dan dia pun membuka sikit bungkusan itu untuk menyaksikan keajaiban kacang soya itu menjadi tempe. Namun, dia termenung seketika sebab kacang tu masih tetap kacang soya.

Namun dia tidak putus asa, sebaliknya berfikir mungkin doanya kurang jelas didengar oleh Allah. Maka dia pun mengangkat kedua tangannya semula dan berdoa lagi. "Ya Allah, aku tahu bahawa tiada yang mustahil bagiMu. Bantu lah aku supaya hari ini aku dapat menjual tempe kerana inilah mata pencarianku. Aku mohon agar jadikanlah kacang soyaku ini kepada tempe, Amin".

Dengan penuh harapan dan debaran dia pun sekali lagi membuka sedikit bungkusan tu. Apakah yang terjadi? Dia termangu dan hairan apabila tempenya masih tetap begitu!! Semen tara itu hari pun semakin meninggi sudah tentu pasar sudah mula didatangi ramai orang. Dia tetap tidak kecewa atas doanya yang belum terkabul. Walaubagaimanapun kerana keyakinannya yg sangat tinggi dia bercadang untuk tetap pergi ke pasar membawa barang jualannya itu. Perempuan tua itu pun berserah pada Tuhan dan meneruskan pemergian ke pasar sambil berdoa dengan harapan apabila sampai di pasar kesemua tempenya akan mas ak.

Dia berfikir mungkin keajaiban Allah akan terjadi semasa perjalanannya ke pasar. Sebelum keluar dari rumah, dia sempat mengangkat kedua tangannya untuk berdoa. "Ya Allah, aku percaya, Engkau akan mengabulkan doaku. Sementara aku berjalan menuju ke pasar, Engkau kurniakanlah keajaiban ini buatku, jadikanlah tempe ini. Amin". Lalu dia pun berangkat. Di sepanjang perjalanan dia tetap tidak lupa membaca doa di dalam hatinya. Sesampai sahaja di pasar, segera dia meletakkan barang-barangnya. Hatinya betul-betul yakin yang tempenya sekarang mesti sudah menjadi. Dengan hati yg berdebar-debar dia pun membuka bakulnya dan menekan-nekan dengan jarinya setiap bungkusan tempe yang ada.

Perlahan-lahan dia membuka sedikit daun pembungkusnya dan melihat isinya. Apa yang terjadi? Tempenya masih belum menjadi!! Dia pun kaget seketika lalu menarik nafas dalam-dalam. Dalam hatinya sudah mula merasa sedikit kecewa dan putus asa kepada Allah kerana doanya tidak dikabulkan. Dia berasakan Tuhan tidak adil. Tuhan tidak kasihan padanya, inilah satu-satunya punca rezekinya, hasil jualan tempe. Dia akhirnya cuma duduk sahaja tanpa mempamerkan barang jualannya sebab dia berasakan bahawa tiada orang yang akan membeli tempe yang baru separuh menjadi. Sementara itu hari pun semakin petang dan pasar sudah mulai sepi, para pembeli sudah mula kurang.

Dia meninjau-ninjau kawan-kawan sesama penjual tempe, tempe mereka sudah hampir habis. Dia tertunduk lesu seperti tidak sanggup menghadapi kenyataan bahawa hari ini tiada hasil jualan yang boleh dibawa pulang. Namun jauh d i sudut hatinya masih menaruh harapan terakhir kepada Allah, pasti Allah akan menolongnya. Walaupun dia tahu bahawa pada hari itu dia tidak akan dapat pendapatan langsung, namun dia tetap berdoa buat kali terakhir, "Ya Allah, berikanlah penyelesaian terbaik terhadap tempeku yang belum menjadi ini."

Tiba-tiba dia dikejutkan dengan teguran seorang wanita.

"Maaf ya, saya ingin bertanya, Makcik ada tak menjual tempe yang belum menjadi? Dari tadi saya sudah pusing keliling pasar ini untuk mencarinya tapi masih belum berjumpa lagi." Dia termenung dan terpinga-pinga seketika. Hatinya terkejut sebab sejak berpuluh tahun menjual tempe, tidak pernah seorang pun pelanggannya mencari tempe yang belum menjadi. Sebelum dia menjawab sapaan wanita di depannya itu, cepat-cepat dia berdoa di dalam hatinya"Ya Allah, saat ini aku tidak mahu tempe ini menjadi lagi. Biarlah tempe ini seperti semula, Amin".

Sebelum dia menjawab pertanyaan wanita itu, dia membuka sedikit daun penutup tempenya. Alangkah seronoknya dia, ternyata memang benar tempenya masih belum menjadi! Dia pun ra sa gembira dalam hatinya dan bersyukur pada Allah. Wanita itu pun memborong habis kesemua tempenya yang belum menjadi itu. Sebelum wanita tu pergi, dia sempat bertanya wanita itu, "Mengapa hendak membeli tempe yang belum jadi?" Wanita itu menerangkan bahawa anakn ya yang kini berada di England teringin makan tempe dari desa. Memandangkan tempe itu akan dikirimkan ke England, si ibu tadi kenalah membeli tempe yang belum jadi lagi supaya apabila sampai di England nanti akan menjadi tempe yang sempurna. Kalau dikirimkan tempe yang sudah menj adi, nanti di sana tempe itu sudah tidak elok lagi dan rasanya pun kurang sedap.

Perempuan tua itu pun kehairanan dan berfikir rupa-rupanya doanya sudah pun dimakbulkan oleh Tuhan...

Moral:

Pertama: Kita sering memaksakan kehendak kita kepada Tuhan sewaktu berdoa, padahal sebenarnya Tuhan lebih mengetahui apa yang kita perlukan dan apa yang terbaik untuk diri kita.

Kedua:. Sentiasalah berdoa dalam menjalani kehidupan seharian kita sebagai hambaNya yang lemah. Jangan sekali-kali berputus asa terhadap apa yang dipinta. Percayalah bahawa Tuhan akan mengabulkan doa kita sesuai dengan rancanganNya yang mungkin di luar jangkaan kita.

Ketiga : Tiada yang mustahil bagi Tuhan

Keempat : Kita sering ingin Allah memenuhi hak kita sedang kita tidak pernah mahu memenuhi hak Allah seperti menjaga SEMBAHYANG 5 WAKTU , menyegerakan solat, berkata-kata perkara yang berfaedah dan berpesan ke arah kebaikan...

11.30.2006

CINTA DALAM SEBUAH RENUNGAN


satu hari CINTA & KAWAN berjalan-jalan dlm kampung, tiba-tiba CINTA telah terjatuh dlm telaga.. Kenapa? kerana CINTA ITU BUTA.. lalu KAWAN pun ikut terjun dlm telaga.. kenapa?? Kerana KAWAN akan buat apa saja demi CINTA!!.. di dlm telaga CINTA hilang.. kenapa???.. kerana CINTA itu halus, mudah hilang kalau tidak dijaga, sukar dicari apatah lagi dalam telaga yang gelap.. Sedangkan.. KAWAN masih lagi tercari-cari dimana CINTA & terus menunggu.... kenapa??? kerana KAWAN ITU SEJATI & akan kekal sebagai KAWAN yang setia....

CINTA DALAM SEBUAH RENUNGAN

Orang bijak pernah berkata "alangkah malangnya hidup seseorang jika tak pernah merasakan kehangatan cinta"

Cinta adalah hal tak akan pernah habis untuk dibicarakan. Cinta mungkin adalah anugerah Tuhan yang paling agung yang diberikannya kepada manusia agar manusia merasakannya.

Cinta adalah sebuah misteri dalam hidup manusia. Ketika hatimu merasakan rindu untuk bertemu. Ketika tawa dan kepedihan orang yang kamu cintai alami membuatmu turut merasakannya. Ketika kamu merasa dialah orang yang dapat membahagiakanmu. Begitulah cinta...

Tapi cinta tak selamanya demikian. Ketika kamu memberikan kesempatan kepadanya untuk memilih jalan yang terbaik buatnya. Ketika kamu harus menangis melepaskan dia. Itu jugalah cinta...

Cinta itu hampir sama dengan hidup. Cinta tak selamanya bahagia, cinta juga bererti kamu harus rela membiarkan orang yang kamu cintai berpaling demi kebahagiaanya yang mungkin bererti penderitaanmu.

Itulah cinta. Cinta yang dapat membuatmu tertawa dan cinta pulalah yang bisa membuatmu menangis. Tapi cinta tetaplah anugerah terindah Tuhan dan akan tetap menjadi misteri dalam hidup dan cerita yang tak akan pernah habis.

11.20.2006

Padang Menghijau Di Seberang


Karya : Zaniff A Azzura Abdullah


PADANG I


Walau hamparan usia tiga dekad Muhammad tidak ditaburi kemewahan, namun diperingatkan dirinya betapa rezeki lain melimpah ­ ruah. Lebih-lebih lagi melihat isterinya tetap ber­sabar walau dia terlewat tiba untuk mengajak pulang petang itu.

"Sedang berkemas tadi, tiba-tiba datang seorang perempuan," jelasnya tatkala beriringan meninggalkan kedai kek tempat Khadijah beker­ja di Plaza Yow Chuan. "Detik itu juga Dr. Nathan diminta menampal gigi! Sakit sangat katanya, tak boleh tunggu esok."

"Mungkin banyak makan kek dari sini" telah Khadijah, sempat berjenaka. Wanita ber­badan dua, berpipi penuh itu menyambut hel­ met merah dihulurkan si suami, lantas menge­nakannya di kepala. "Nak hujan, bang! Panas rasanya badan saya."

"Yakah?" Mata Muhammad menerawang ke langit menduga cuaca. Gumpalan mendung awan cukup pekat untuk mendatangkan bim­bang, namun disangkanya sekadar lebihan hujan yang sudah berhenti setengah jam sudah. "Entah-entah panas pembawaan budak."

Pasti isteri di belakang sudah bersedia, motosikal Modenas Kristar ditunggang meninggal­kan Plaza Yow Chuan.

Selang beberapa minit menuju ke selatan, tekaan Khadijah menjadi kenyataan. Titis-titis halus hujan bertukar semula kasar dan besar, memaksa motosikal dihentikan di pinggir Jalan Tun Razak. Baju hujan plastik kuning dihulurkan suami dikenakan pantas, biarpun usaha mem­butang tersekat di dada. Perut memboyot de­ngan kandungan enam bulan memustahilkan cubaan Khadijah.

Sementara menanti Muhammad mema­sang dua beg plastik pada kaki agar kasut tidak dibasahi lecak, Khadijah menghubungi rumah melalui telefon bimbit. Suara keletihan ibu men­tuanya menyambut, menimbulkan sedikit pera­saan bersalah Khadijah. Bukan dia sengaja me­ngambil kesempatan meminta wanita tua itu menjaga tiga cucu yang serba lasak. Apatah lagi disedari diri menumpang di rumah pusaka yang uzur dimamah usia. Namun dirinya per1u beker­ja, pendapatan suarni yang tidak seberapa per1u dibantu tampung agar mereka tidak perlu me­minta-minta.

"Kami dalam perjalanan, mak. Hujan lebat di KL. Emak dan anak-anak makan dulu ya," saran Khadijah .

Menyambung perjalanan ke Bangi Lama agak menyeksakan. Jalan yang memuatkan tiga lorong kereta pula bertukar muat untuk lima barisan, sebelum menirus menjadi satu lorang halus di sebelah kanan demi mengelakkan air naik memanjat jalan. Sebelum tiba di pangkal Jalan Tun Razak lagi, kain Khadijah dan seluar Muhammad basah menyadung limpahan air.

"Kalaulah ada kereta, tak perlu basah kuyup sebegini," keluh Muhammad kuat, suaranya nyaris tenggelam dalam deru angin dan bising kenderaan lain di jalanan, "Kancil pun jadilah."

"Iswara lebih besar, bang!"

"Kalau dinaikkan gaji.,,"

Burr!! Percikan air digelek kereta Proton Iswara biru di kanan jalan menyimbah mereka suami isteri, menyebabkan kata-kata lelaki itu terhenti. Kaki kiri Muhammad segera menong­kat jalan, menstabilkan motosikal agar tidak tumbang. Mujur Khadijah sempat memaut ping­gang suami, walau terlepas jeritan kecil ketika muka mengelak air dipalingkan ke kiri.

"Astaghfirullah" . tak berhati perut lang­sung!" Muhammad melepas geram. Dilihatnya kereta itu belum bergerak begitu jauh di hada­ pan, kerusi-kerusinya yang masih dibaluti plastik masih jelas kelihatan. "Baru bawa Iswara sudah berlagak, Belum lagi bawa Mercedes!"

"Abang, sabar bang!" Gesa Khadijah sedikit cemas, menyedari suaminya merapatkan motosikal ke kereta berkenaan.


PADANG 2

Kemunculan Rajesh di lobi Hotel Corus memang tidak dijangka Padma. Sebaik terpan­dang gadis bertocang dua itu muncul selepas tamat waktu bekerja, masih dengan pakaian seragam putih dan hitam pelayan café hotel, Rajesh bergegas mendapgtkannya.

"Rajesh! Kamu buat apa disini?" Patma sedikit terpinga-pinga,

"Saya ada kejutan untuk kamu," Rajesh menjelaskan sedikit berahsia, walau hakikatnya rahsia itu tidak sabar mahu didedahkannya. Terlepas ketawa Padma apabila tiba diluar hotel, di sebelah sebuah kereta Proton Iswara biru.

"Cantik bukan?" Rajesh tersenyum. Melihat riak wajah anak gadis pemilik pangsapuri sewanya begitu gembira, terlupa seketika ribuan wang cengkeram yang baru diserahkan di cawangan, Proton Edar Jalan Ampang. Mudah- mudahan pembelian itu turut membuka mata ibu bapa Padma. Walau segulung ijazah dimilik sekadar diploma, itu tidak menghalang Rajesh bekerja keras demi mencapai cita-cita. Kenaikan pangkat daripada kerani mencecah tangga eksekutif awal tahun ini menjadi bukti kesungguhan diri.

"Masuklah Padma! Saya hantar kamu pulang," pelawa Rajesh bersungguh-sungguh.

Tidak tahan dengan titis-titis gerimis yang mula meresap basah ke baju putih dan beg sandangnya, pelawaan lelaki itu diterima Padma. Apatah lagi memikirkan kesukaran menaiki kenderaan awam ke kediaman mereka di Taman Pinggiran Putra, Serdang,

"Kalau dibenarkan, saya mahu hantar kamu pergi dan balik kerja setiap hari," Lega Rajesh bukan kepalang dapat meluahkan cadangan itu apatah lagi fitrah dirinya agak pemalu.

"Tapi Rajesh, esok hari terakhir saya bekerja."

"Kenapa?" Tersentak Rajesh serta merta

"Saya perlu mendaftar diri di pusat matrikulasi minggu depan."

"Ooo..," keluhan kecewa terlepas perlahan. Sepatutnya sudah diagak perkara ini.

Bukankah umur Padma 18 tahun cuma? Lambat-Iaun pekerjaan sementaranya tinggalkan untuk mengejar impian. Namun tidak disangka Rajesh kepastian itu datang secepat itu, ketika dia baru bersedia untuk memikat hati Padma dan keluarganya. Sekaligus bimbang berlegar-legar di kepala, andai pemergian Padma menemukannya dengan jejaka lebih bergaya seusianya.

Tinnn!!

Bunyi hon kereta dan belakang mengejut­kan Rajesh. Kaki Kanan agresif menekan pedal minyak untuk mara, mengisi ruang tiga meter yang dikosongkan kereta Kia Citra di hadapan.

Burr!!

Lenyekan tayar pada air menerjahkan lim­pahan itu kepada penunggang dan pembon­ceng motosikal Kristar di sebelah kiri. Padma dan Rajesh tergamam serentak tatkala menye­dari mangsa simbahan air itu merapati kereta mereka. Wajah bengis lelaki Melayu berhelmet merah itu agak jelas kelihatan dan cermin sisi kiri, walau hujan lebat dan kegelapan lewat petang menguasai jalan. Sebelum sempat dike­tuk cermin tingkap, Rajesh pantas menekan suis autdmatik melorotkan cermin tingkap kiri ke bawah.

"Abang, minta maaf bang, saya tak senga­ja," pinta Rajesh bersungguh-sungguh. Riak garang di wajah Muhammad mengendur, apa­tah lagi wanita bertudung yang membonceng dibelakang jelas melarang memulakan pergaduh­an. Namun tidak puas rasanya andai pemandu muda itu tidak diberi amaran.

"Lain kali bawa kereta tu, pandang ke kiri dan ke kanan!"

Sebaik saja motosikal itu menyambung perjalanan ke selatan, Rajesh melepaskan nafas lega. Terbit simpati Padma yang memerhati mereka pergi, sewaktu menyedari keadaan si isteri berbadan dua.

"Kasihan ya, mengandung pun terpaksa bermotosiskal mengharungi hujan," keluh Padma.

"Kalau itu saja kenderaan mereka, entah bagaimana membawa keluarga?"

"Kamu jangan bimbang Padma! Kalau kita ada keluarga sendiri, saya beli kereta lebih besar seperti Kia Citra di hadapan," separuh sedar Rajesh melafazkan angan-angan terpendam. Sedetik sepi berlalu sebelum tersedar diri terlepas kata, apatah lagi apabila dipandangnya ke kiri. Dia tidak pasti jika wajah merah padam dan mulut ternganga Padma lebih ketara daripada dirinya atau sebaliknya.­


Padang 3

Memandu perlahan-lahan begitu bukan saja melenguhkan kaki, bahkan amat membosankan. Apatah lagi kerjaya Adam sebagai jurutera di Celcom tidak membiasakan duduk diam. Namun Adam tiada pilihan. Curahan hujan yang tidak berhenti menyebabkan pergerakan kenderaan tidak selancar selalu. Sewaktu kereta Kia Citra dipandu berhati-hati melalui pangkal Jalan Tun Razak, pandangan pada cermin menunjukan kecoh dibelakang.

"Tengok tu Hawa," katanya kepada isteri di sisi. Matanya tidak lari dari memerhati penung­gang motosikal Kristar merapati kereta Proton Iswara biru di belakang kereta mereka,

"Tengok tu, mereka nak bergaduh,"

"Merepeklah abang ni. Anak-anak kita dah tertidur dari tadi, " sedikit jengkel Hawa me­nyangkal, apatah lagi disangkanya Adam me ­ngulas keadaan anak-anak mereka. Geram mengenang betapa Adam tadi tidak mengambil endah sewaktu dua anak mereka bergaduh sesama sendiri, mengganggu tidur si bongsu yang diletakkan di kerusi khas bayi. Teguran Hawa tidak memberi kesan kepada anak-anak yang dahaga perhatian setelah sehari suntuk berada di taska di Jalan Semarak. Lega dia apabila mereka akhirnya tertidur sendiri.

"Abang tahu anak-anak tidur," Adamn ter­nyata tidak terkesan nada suara isterinya.

"Abang tunjuk yang di belakang sana,"



Menuruti arah jelingan mata suaminya, Hawa turut mengalih perhatian, Mereka memer­hati rnotosikal Kristar itu ditunggang melepasi kereta rnereka sendiri. Sewaktu kereta Kia Citra bercat perak metalik, dipandu Adam ke kiri mernasuki laluan Besraya, Hawa menyedari mo­tosikal yang diperhatikan tadi memasuki lorong kanan untuk terus ke arah Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban, Namun hujan dikembarkan angin kencang memaksa rnotosikal dihentikan di bawah jejambat, mencari perlindungan bersama beberapa penunggang motosikal lain, "Masak apa malam ini?" Soalan Adam meraih semula perhatian Hawa.

"Mana sempat bang?" Terbeliak mata Hawa bagai tidak percaya, "Sekarang pukul 6,30 petang. Dengan hujan begini, pasti Maghrib jua kita tiba di Kinrara, Kita beli sajalah!"

"Eh, lauk di kedai tak terjamin bersih tahu?"

"Tak sernua begitu," ujar Hawa. Tidak sang­gup dia terkontang-kanting memasak sendirian di dapur nanti, sedang suami menonton TV atau membenamkan rnuka di dada akhbar. Belum lagi diarnbil kira gelagat nakal anak-anak me­manjat ibu yang merenik peluh rnenyediakan hidangan malam. Sikap lepas tangan suaminya menyesakkan dada, apatah lagi rnengenangkan dia juga keletihan setelah sehari suntuk di peja­bat Celeorn melayan aduan pelanggan,

"Kalau bersih pun, tak sesedap masakan awak," Adam cuba rnenyelitkan pujian,

"Saya penatlah bang,"

Pujian tidak diterirna rnenyebabkan Adam sendiri turut rnenyinga, "Dari dulu abang ajak ambil pernbantu rumah... biar dia rnenjaga anak-anak dan mengemas rumah. Awak tinggal mernasak saja! Tapi awak tak mahu, takut anak-­anak didera konon!"

"Bang, bang," lengan kiri lelaki itu dicuit cemas isterinya. "pandang depan bang... semua kereta berpatah semula."

Mengetepikan seketika kemarahan sendiri, Adam menumpukan perhatian ke hadapan kembali. Paras air meningkat beberapa puluh meter di hadapan memaksa kenderaan­-kenderaan melakukan pusingan-U memasuki semula Lebuhraya KL-Seremban. Merengus dia menanti giliran, apatah lagi melihat ada kereta­-kereta dari lorang kiri cuba memotong barisan.

Buat melepas geram, hon ditekan saban kali ada pemandu tidak bertimbang rasa sedemikian. Namun kemurahan hatinya datang apabila sebuah kereta Toyota Wish bercat kelabu asap memotong laluan. Hawa pantas menggesa agar hon kereta ditekan.

"Biarlah dia lalu," ujar Adam, kelabu mata melihat rekaan kemas pangkal kenderaan dan lampu bahagian belakang kereta berkenaan. "Awak sedar, berapa penjimatan kita kalau mengambil pembantu rumah?"

"Berapa?" Terumpan Hawa dengan soalan itu, tidak pasti arah tujunya.

"Cukup untuk menukar kereta kepada Toyota Wish."

Mengeluh Hawa mendengar angan-angan suami. Lebih afdal baginya andai sebarang pen­jimatan digunakan buat membesar ruang rumah di belakang. Walau memiliki rumah sendiri selu­as 22 x 75 kaki, hati belum puas seandainya dapur tidak sebesar milik jiran. Bukan untuk menunjuk-nunjuk, dia berhelah kepada diri, namun sekadar persediaan berkenduri-kendara di masa depan.


PADANG 4

Dentuman guruh menimbulkan resah Wai Hong. Jam di tangan mempamerkan waktu 5.00 petang, menandakan jarak tiga jam de­ ngan temu janji di restoran Thai di Midvalley Megamall . Namun pengalaman mengajar beta­pa selang waktu tidak membantu andai kereta terperangkap di tengah hujan.

Kereta dipandu meninggalkan Menara Citibank, mengambil jalan menyusuri tepi KLCC dan memasuki Jalan Binjai. Langsung terkeluar sumpah seranah apabila, kereta terpaksa me­rangkak di penghujung barisan panjang. Stereng kereta Toyota Wish dihala ke kiri, memasuki terawong bawah tanah menembusi Jalan Tun Razak ke arah selatan.

Nada polifonik telefon bimbit berdering ceria. Alat komunikasi bluetooth melekap di telinga membawa suara isterinya, Adeline.

"Dalam perjalanan pulang, ya?" Suara Adeline menyapa, berlatar belakang cecehan DJ radio Hitz. FM. Sekali gus mengisyaratkan bahawa wanita itu kini sudah memasuki kereta Chevrolet Optra dan memulakan panduan. Aneh lantaran jarang sekali dia meninggalkan bangu­nan CIMB di Damansara selagi malam belum menjelang.

"Umm... secara teknikalnya, ya," Wai Hong cuba membeli masa.

"Jangan berlengah sayang, Kita sekeluarga perlu terus ke Hilton PJ,"

"Hilton PJ?" Termangu Wai Hong mende­ngar peringatan daripada isterinya. Dicuba me­ngingati temu janji apa yang sudah dibina, namun cubaan itu temyata sia-sia.

"Hari ini sambutan hart lahir ma ke-60, Kamu lupa?" Tinggi suara Adeline menekan, apatah lagi didengarnya Wai Hong menepuk dahi. Sedikit cemas, dituntutnya kepastian,

"Kamu tiada rancangan lain, bukan?"

"Ade, saya ada temu janji penting dengan bakal pelanggan, " keluhan dalam dilepaskan Wai Hong. Tugasnya di bahagian perbankan ek­sklusif pelanggan memerlukan diri mendekati golongan berada dan ternama, meyakinkan mereka menyerah aset agar diurus pengurus profesional. Jika dikatakan tengah malam saja sempat bersua muka, maka tengah malam juga Wai Hong terpaksa bergegas mendapatkan mereka.

"Dua bulan berusaha mendapatkan temu janji ini.., mustahil menukar ke tarikh lain!"

"Awalkan saja temu janji," isterinya mencart akal jalan pertengahan, "Saya ambil anak-anak di Kelana Jaya, dan kamu sendiri boleh terus ke Hilton PJ kemudian,"

"Tapi jalan sesak teruk dengan hujan! Kalau temu janji dapat diawalkan pun, saya masih tak akan sampai di sana pada masanya!"

"Sayang, kamu sudah berjanji lebih sebulan! Katakan benar-benar sekarang," tegang suara Adeline begitu ketara. Tiada lagi bualan DJ atau lagu terpasang dari radio kereta menjadi latar belakang bicara.

"Katakan siapa yang lebih penting. Pelanggan atau keluarga?"

Wai Hong tidak berani menjawab,

"Baik," talian telefon terputus, menyebab­kan lelaki berkulit cerah berambut lurus sedikit tercacak itu mengeluh perlahan, Tiada gunanya dia menelefon semula, lantaran jalan penyele­saian belum lagi terjumpa.

Lagipun andai diberanikan diri menelefon juga, pasti diri menjadi sasaran maki. Wai Hong kurang mengerti, besar sangatkah dosanya? Dia mencari rezeki untuk keluarga, bukan berfoya­-foya. Tanpa kerja kerasnya, pendapatan mereka berdua tidak mencukupi untuk bayaran bulanan rumah berkembar dua, dua buah kereta, gaji pembantu, insurans diri dan pendidikan anak-­anak, kelas piano anak sulung dan kelas balet anak kedua.

Dalam berfikir-fikir begitu, kereta dibawa memasuki laluan Besraya. Paras air meningkat di awal perjalanan memaksa dia mengikut jejaki pemandu lain membuat pusingan-U. Dalam tergesa-gesa menyelinap ke barisan membuat pusingan-U berkenaan, nyaris kereta Toyota Wish ­dipandunya bergeser dengan Kia Citra di sebe­lah kanan. Pemandu lelaki Melayu awal 30-an selamba memberikannya laluan, namun wanita di sisinya berwajah mencuka tanda geram.

Selamat memasuki semula Lebuhraya KL­-Seremban, lega Wai Hong bukan kepalang mendapati perjalanan akhirnya berubah lancar. Dilepasinya sebuah kereta Mercedes S280 hitam yang berhenti di kiri jalan. Pandangan ter­tancap beberapa saat pada pemandu kereta mewah itu yang leka menggunakan telefon bim­bit, sedang majikannya di belakang terlindung dalam kegelapan awal malam.

Alangkah indahnya andai dia berada di tem­pat itu! Bukan saja tidak perlu memandu sendiri, bahkan orang lain datang menyembah melayan kehendak sepanjang masa. Orang lain seper­tinya kini, yang terpaksa mengorbankan masa bersama keluarga.


PADANG 5


Melihat Jalan Tun Razak menuju ke selatan sesak dengan deretan kenderaan bergerak inci demi inci, timbul kesal Sarah lantaran menurut kata hati tadi. Sakit gigi yang teramat memaksa dia menangguh perjalanan, lantas berkunjung ke klinik gigi. Sedangkan sepatutnya dia terus ke Hotel Palace of the Golden Horses untuk majlis makan malam tahunan syarikatnya.


Tambah menyesakkan dada, menteri yang dijemput sebagai tetamu khas perlu disambut Sarah selaku salah seorang pengarah kum­pulan. Protokol perlu dijaga, jangan sampai ketibaannya melewati tetamu istimewa. Adat hidup di dunia korporat, kesilapan tidak sengaja boleh saja dijadikan bahan politik di pejabat. Apatah lagi dia seorang wanita yang berusaha keras memecahkan siling kaca di tempat kerja.

Namun memandang pergerakan perlahan di jalan raya, dia menjadi ragu andai dia dapat tiba di sana bersesuaian waktunya. Apatah lagi, suaminya Ibrahim perlu diambil dahulu dari banglo mereka di Jalan U- Thant. Sedang Marwan pemandunya memecut Mercedes S280 melepasi simpang Jalan Arnpang-Jalan Tun Razak, Sarah pula bergelut kata dengan Ibrahim yang enggan pergi selagi sepasang anak rnereka tidak dapat dikesan.

Memasuki usia belasan tahun, kernewahan rnelimpah menjadikan sepasang anak angkat mereka lebih sudu daripada kuah. Pusat hiburan mana tidak dijejak, konsert mana tidak dihadiri? Semuanya di hujung jari. Teguran Sarah dan Ibrahim diambil mudah. Ini kali kedua mereka menghilangkan diri tanpa khabar berita, menim­bulkan gusar di hati ibu bapa angkat mereka.

"Nanti mereka balik. Kali pertama kan dulu, macam itu juga."

"Kali ni lain Sarah! Mereka terasa hati betul," tekan Ibrahim. Dirasakannya Sarah ter­lalu berkeras menegur pekerti mereka, sedang mereka yang baru membongkar rahsia din sendiri bagai anak angkat perlu ditangani penuh hemah.

"Awak tak risau kalau mereka diapa­-apakan orang?"

"Saya lebih risau kalau mereka yang me­ngapa-apakan orang!" Terhambur pengakuan itu dari mulut Sarah. Marwan di hadapan berwa­jah selamba memasang telinga.

"Dah habis duit nanti, baliklah. Eh, abang dah siapkah?"

"Abang tak mahu pergi selagi hal ini tak selesai," berdegil Ibrahim dengan pendiriannya.

"Awak beri alasan apa-apa pada kawan­ kawan awak, saya tak peduli."

"Abang! Abang!" Teriakan Sarah agak lan­tang menyedari suaminya sudah menghempas gagang telefon. Kuat hentakannya berdengung seketika di PDA di tangan.

"Kita singgah di rumah atau tidak, Datuk?" Marwan ingin tahu, dengan tangan bersedia menekan isyarat membelok ke kin memasuki Jalan U- Thant.

"Terus saja," ujar Sarah. Tidak berdaya rasanya memujuk suami di saat-saat begini. Dicuba menghiburkan diri, mengatakan betapa masa terjimat lantaran meneruskan perjalanan. Namun kenderaan di Jalan Tun Razak masih berasak, sesekali bercantum menjadi satu lorang di tempat dinaiki air. Dia ragu semula andai sempat tiba di hotel sebelum ketibaan menteri.

Hujan lebat dan gelap suasana menda­tangkan hiba. Kenangan kembali pada satu-satu anak kandungnya. Senibilan tahun berulang-alik ke luar negara mendapatkan rawatan kesu­buran, Sarah akhimya mengandung jua. Anak perempuan yang dilahirkan begitu mirip wajah Ibrahim. Namun ketika usia 12 tahun, anak yang dikasihi dipanggil lIahi. Dia dilanggar lari tatkala menyeberangi jalan dalam hujan lebat begini.

"Datuk." Panggilan Marwan mengejutkan Sarah. "Datuk, jalan banjir di Besraya. Kita kena ambil jalan lain."

"Ambil mana-mana, janji cepat sampai!"

Lantas Marwan memilih ke kanan, mema­suki Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban. Tatkala Mercedes itu melalui bawah gerbang jalan jejambat, sempat juga Sarah menebar pandangan pada penunggang-penungga ng motosikal berteduh di situ sementelah menanti hujan reda. Melekat pandangannya pada satu wajah lelaki berhelmet merah. Sekejap saja mengingat, sebelum sedar itulah lelaki pemban­ tu di klinik gigi yang dihadirinya petang tadi.

Dalam leka begitu, tidak disedarinya air naik di hadapan jalan, menyebabkan para pemandu kereta berhati-hati membawa kenderaan. Mar­wan nampaknya terlebih -berani, laju saja me­nempuhi air di lorang yang tidak dilalui peman­du lain.

Padah menimpa serta-merta. Enjin kereta itu terbatuk-batuk beberapa puluh meter kemu­diannya. Terpaksa Marwan menghala ke kin, sebelum enjin kereta termati sendiri. Beberapa minit habis dengan dia memanggung kepala menerima kemarahan majikannya.

Sementara Marwan menelefon bengkel ke­reta minta dihantar segera trak penunda, Sarah melempar pandangan ke luar buat menenang­kan dada. Hujan mula reda menyebabkan per­jalanan kereta-kereta ke selatan bertambah lan­car. Malahan, penunggang-penungga ng moto­sikal yang dilihatnya berteduh tadi juga sudah berani menyambung perjalanan.

Antara mereka, tertarik matanya mengekori pergerakan motosikal Kristar ditunggang lelaki berhelmet merah. Tangan pembonceng bertu­dung di belakang memaut pinggang suami, namun masih terlihat perut besar dengan janin yang dikandung badan. Tentu saja mereka dalam perjalanan pulang ke pangkuan keluarga, yang bakal menyambut ketibaan mereka penuh ceria.

Alangkah bahagianya hidup seringkas mereka, detik hati Sarah.

11.15.2006

THE BIGGEST LITTLE WORDS


There are many things that we can do to perk up and strengthen our interpersonal relationships. Yet the most effective involves the saying of just three words.



"I'LL BE THERE."

If you have ever had to call a friend in the middle of the night, to take a sick child to hospital, or when your car has broken down some miles from home, you will know how good it feels to hear the phrase "I'll be there." Being there for another person is the greatest gift we can give. When we are truly present for other people, important things happen to them and us. We are renewed in love and friendship. We are restored emotionally and spiritually. Being there is at the very core of civility.


"I MISS YOU."

Perhaps more marriages could be saved and strengthened if couples simply and sincerely said to each other "I miss you." This powerful affirmation tells partners they are wanted, needed, desired and loved. Consider how ecstatic you would feel, if you received an unexpected phone call from your spouse in the middle of your workday, just to say "I miss you."


"I RESPECT YOU."

Respect is another way of showing love. Respect conveys the feeling that another person is a true equal. If you talk to your children as if they were adults you will strengthen the bonds and become close friends. This applies to all interpersonal relationships.


"MAYBE YOU'RE RIGHT."


This phrase is highly effective in diffusing an argument and restoring frayed emotions. The flip side to "maybe your right" is the humility of admitting, "Maybe I'm wrong". Let's face it. When you have a heated argument with someone, all you do is cement the other person's point of view. They, or you, will not change their stance and you run the risk of seriously damaging the relationship between you. Saying "maybe you're right" can open the door to further explore the subject, in which you may then have the opportunity to get your view across in a more rational manner.


"PLEASE FORGIVE ME."

Many broken relationships could be restored and healed if people would admit their mistakes and ask for forgiveness. All of us are vulnerable to faults, foibles and failures. A man should never be ashamed to own up that he has been in the wrong, which is saying, in other words, that he is wiser today than he was yesterday.

Gratitude is an exquisite form of courtesy. People who enjoy the companionship of good, close friends are those who don't take daily courtesies for granted. They are quick to thank their friends for their many expressions of kindness. On the other hand, people whose circle of friends is severely constricted often do not have the attitude of gratitude.


"COUNT ON ME."


A friend is one who walks in when others walk out. Loyalty is an essential ingredient for true friendship; it is the emotional glue that bonds people. Those that are rich in their relationships tend to be steady and true friends. When troubles come, a good friend is there indicating you can "count on me."


"LET ME HELP."

The best of friends see a need and try to fill it. When they spot a hurt they do what they can to heal it. Without being asked, they pitch in and help.


"I UNDERSTAND YOU."

People become closer and enjoy each other more if they feel the other person accepts and understands them. Letting your spouse know in so many little ways that you understand them is one of the most powerful tools for healing your relationship. This applies to any relationship.


"I LOVE YOU."

Perhaps the most important three words that you can say. Telling someone that you truly love them satisfies a person's deepest emotional needs; the need to belong, to feel appreciated and to be wanted. Your family, your friends and you, all need to hear those three little words. I love you.

When spoken or conveyed, these statements have the power to forge new friendships, deepen old ones and restore relationships that have cooled. These three-word phrases can enrich every relationship. Use them!

Ainul Mardhiah


Ada seorang pemuda gagah yang turut berjihad bersama pasukan Islam. Selama perjalanan, pemuda itu tetap berpuasa di siang hari dan tak lepas dari sholat di malam hari. Bahkan dia juga melayani kebutuhan pasukan dan ikut berjaga-jaga bila semua tidur. Hangga sampailah pasukan itu sampai di perbatasan Romawi.

Menjelang pertempuran, pasukan Islam beristirahat di suatu tempat. Karena lelah pemuda itu jatuh tertidur. Namun tiba-tiba ia terjaga dan berseru lirih, "Ah, alangkah rindunya aku pada Ainul Mardhiyah". Orang-orang yang mendengarnya terheran-hairan dan mengira pemuda itu mengingau. "Siapakah Ainul Mardhiyah itu ?" tanya Abdul Wahid, seorang ulama pejuang, yang mengenal pemuda itu.



Pemuda itu kemudian bertutur : Saya tertidur dan bermimpi bertemu seseorang. Orang itu berkata, "Pergilah kepada Ainul Mardhiyah". Lalu saya dibawa kesebuah taman yang dikelilingi sungai. Di tepi sunga itu banyak gadis-gadis yang lengkap perhiasannya. Dan ketika melihatku, tiba- tiba mereka berkata, "Itulah suami Ainul Mardhiyah".

Saya memberi salam dan bertanya, "Adakah di antara kalian bernama Ainul Mardhiyah ?". Kami hanya pelayan-pelayannya. Kalau Tuan ingin bertemu, silakan jalan terus menyusuri sungai ini". Akhirnya aku menyusuri sungai. Ternyata itu adalah sungai susu yang tidak berubah rasa dan warnanya. Hingga sampailah aku di tempat yang banyak berkerumun gadis-gadis cantik dan lengkap perhiasannya. " Inilah suami Ainul Mardhiyah", kata gadis-gadis itu berbisik-bisik.

Tapi ketika aku bertanya yang mana Ainul Mardhiyah. Aku mendapat jawaban yang sama. Kali ini yang kutelusuri adalah sungai madu sampai ketemui lagi kerumunan gadis-gadis. Mereka ternyata lebih cantik hingga dapat melupakan kecantikan gadis-gadis sebelumnya. Lalu aku ditunjukkan sebuah kemah yang tersusun dari permata yang indah. Aku pun segera ke sana.

Sungguh aku terkagum-kagum menyaksikan kecantikan gadis yang ada di kemah itu. Aku menyangka inilah Ainul Mardhiyah. Aku merasa sudah cukup puas bila gadis itu yang menjadi pendampingku. Tapi lagi-lagi dugaanku salah. Gadis itu malah memanggil seseorang yang ada di dalam kamar, " Hai Ainul Mardhiyah, inilah suamimu telah datang".

Bergegas aku masuk ke kamar itu. Kulihat seorang gadis sedang duduk di atas tempat tidur emas, yang bertaburkan permata, berlian, dan yaqut. Aku hampir-hampir tidak dapat menahan diri. "Marhaban wahai kekasihku, sudah hampir tiba kedatanganmu", kata gadis itu dengan senyum paling manis dan keteduhan matanya yang belum pernah kulihat. Sungguh, ingin sekali aku memeluknya. "Sabar dulu, engkau belum sah menjadi suamiku. Sebab engkau masih hidup", kata Ainul Mardhiyah." Tetapi insya Allah, engkau akan berbuka di sini".

Usai menceritakan mimpinya, pemuda itu berlari menyongsong musuh. Sembilan orang tentara Romawi di ujung pedangnya. Pada hitungan kesepuluh, dia tersenyum sepenuh bibirnya ketika syahid menjemputnya. Rindu itu pun tertebus....

11.14.2006

I've learned




I've learned....
That the best classroom in the world is at the feet of an elderly person.


I've learned....
That when you're in love, it shows.


I've learned....
That just one person saying to me, "You've made my day!" makes my day.


I've learned....
That having a child fall asleep in your arms is one of the most peaceful feelings in the world.


I've learned....
That being kind is more important than being right.


I've learned....
That you should never say "no" to a gift from a child.


I've learned....
That I can always pray for someone when I don't have the strength to help him in some other way.


I've learned....
That no matter how serious your life requires you to be, everyone needs a friend to act goofy with.


I've learned....
That sometimes all a person needs is a hand to hold and a heart to understand.


I've learned....
That simple walks with my father around the block on summer nights when I was a child did wonders for me as an adult.


I've learned....
That life is like a roll of toilet paper. The closer it gets to the end, the faster it goes.


I've learned....
That we should be glad God doesn't give us everything we ask for.


I've learned....
That money doesn't buy class.


I've learned....
That it's those small daily happenings that make life so spectacular.



I've learned...
That under everyone's hard shell is someone who wants to be appreciated and loved.


I've learned....
That the Lord didn't do it all in one day. What makes me think I can?


I've learned....
That to ignore the facts does not change the facts.


I've learned....
That when you plan to get even with someone, you are only letting that person continue to hurt you.


I've learned....
That love, not time, heals all wounds.


I've learned....
That the easiest way for me to grow as a person is to surround myself with people smarter than I am.


I've learned....
That everyone you meet deserves to be greeted with a smile.


I've learned....
That there's nothing sweeter than sleeping with your babies and feeling their breath on your cheeks.


I've learned....
That no one is perfect until you fall in love with them.


I've learned....
That life is tough, but I'm tougher.


I've learned....
That opportunities are never lost; someone will take the ones you miss.


I've learned....
That when you harbor bitterness, happiness will dock elsewhere.


I've learned....
That I wish I could have told my Dad that I love him one more time before he passed away.


I've learned....
That one should keep his words both soft and tender, because tomorrow he may have to eat them.


I've learned....
That a smile is an inexpensive way to improve your looks.


I've learned....
That I can't choose how I feel, but I can choose what I do about it.
n i d o k i d o s

I've learned....
That when your newly born child holds your little finger in his little fist, that you're hooked for life.


I've learned....
That everyone wants to live on top of the mountain, but all the happiness and growth occurs while you're climbing it.


I've learned ...
That it is best to give advice in only two circumstances; when it is requested and when it is a life threatening situation.


I've learned....
That the less time I have to work with, the more things I get done.



" HAPPY FRIENDSHIP " from ME TO YOU!!!!!!

YOU ARE MY FRIEND AND I AM HONORED!

11.06.2006

KENALI INSAN BERNAMA LELAKI



Jika suami anda menyendiri dan menjauhkan diri, ketahuilah dia dalam keadaan tertekan. Boleh jadi ada tekanan di tempat kerjanya, boleh jadi oleh kereta yang dimilikinya, atau boleh jadi beberapa kerenah anda yang menjadi menyebabnya.

Apabila lelaki menyendiri, kita boleh simpulkan dia sedang tertekan, berbeza dengan anda, dalam keadaan tertekanlah segala rahsia akan diceritakan. Anda melakukan begitu untuk meraih simpati.

Meskipun begitu, usahlah risau, ia sekejap saja. Emosi pada orang lelaki umpama getah, sekejap saja telah kembali ke bentuk asal walaupun tadinya terhenyak pipih. Berbeza dengan anda bukan? Tatkala anda tertekan, emosi anda umpama ombak. Ombak memang tidak pernah reda, kalau reda pun mengambil masa yang lama.

Apabila lelaki suka menyendiri dan berdiam diri, biasanya disebabkan imejnya yang tergugat. Biarkan sahaja untuk tempoh-tempoh tertentu. Usah 'gatal-gatal' sangat memujuk. Kadang-kadang lelaki hanya perlukan 'tempoh bertenang' sebelum mengambil langkah seterusnya. Anda kelam-kabut, maka itu anda mudah marah, cemburu dan merajuk apabila berdepan dalam situasi begini. Ohhh, itu silap.

Lelaki selalunya dapat menyesuaikan diri apabila menghadapi kesukaran, berbeza wanita biasanya cukup risau dalam keadaan demikian. Dan usah risau sangat kalau lelaki anda cuba berjauhan dari anda dalam keadaan-keadaan demikian sebab semula jadinya lelaki terasa selesa berjauhan dengan keluarga. Ini tentu berbeza sekali dengan anda, yang suka dan berasa tenang bersama keluarga?

Mengapa lelaki begitu? Itulah bukti kekuasaan ALLAH. DIA menjadikan perbezaan yang ketara antara lelaki dengan wanita, agar apabila disatukan, terjalinlah satu bentuk kekuatan lantaran saling sempurna menyempurnakan - lengkap melengkapi. Semua kekurangan isteri akan dipenuhi oleh suami dan semua kekurangan suami akan dipenuhi pula oleh isteri.

Lihat perbezaan sebagai sebab untuk sempurna menyempurnakan bukan jurang kedegilan untuk tidak mahu memahami.

Lelaki itu cara fikirnya makro, iaitu dia melihat secara keseluruhan, sedangkan anda para wanita mempunyai penilaian bersifat mikro iaitu melihat sesuatu secara terperinci. Maka itu, usah hairan, terkadang suami selamba dengan masalah yang anda rasakan cukup berat. Anda telah kering air mata sedangkan dia masih belum menitis walau sebutir pun air mata.

Jika berlaku pertengkaran selalunya dia akan melawan habis-habisan dan anda pula mengalah dan pura-pura setuju demi perhubungan. Usah terasa teruk sangat dengan keadaan ini, lelaki memang begitu, sentiasa mahu menang dan mahu sentiasa dilihat menang walaupun hatinya mengakui kesilapannya dan mahu berubah mengikut apa yang anda perkatakan.

Walaupun anda tahu anda benar dan anda tidak pernah berbuat salah, akhirilah semua pertengkaran dan perselisihan dengan anda yang meminta maaf. Anda mahukan dia yang meminta maaf? Usah harap. Lelaki memang berat untuk meminta maaf terutama daripada pasangannya. Ikut kajian, wanita lebih mudah meminta maaf dalam keadaan apa jua dan atas hal apa jua, maka gunakan kelebihan ini untuk lebih mudah meminta maaf walaupun tidak bersalah.

Satu lagi yang anda patut tahu tentang lelaki ialah mereka memang suka memberi arahan bagaikan ketua yang mempunyai kuasa. Usah dilawan, tapi layanlah hati sendiri dengan berleter hingga anda sendiri berasa puas. Tapi awas, jangan sampai berleter di hadapannya, itu boleh memburukkan keadaan.

Kata orang, wanita sinonim dengan leteran. Kalau tak pandai berleter bukan wanita namanya. Ya, teruskan saja berleter, hamburkan semua yang menekan kepala. Cuma mohon berleter di dalam bilik yang tertutup, sebab kucing pun pening dengan leteran anda.

Lelaki memang rimas dengan leteran dan cepat naik darah apabila asyik dileteri. Lihatlah betapa berbezanya anda dengan suami. Tidakkah anda setuju jika saya katakan, adalah amat beruntung jika anda tahu lebih banyak tentang lelaki?


KECANTIKAN LELAKI

Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik,adalah: -

1) Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan
2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran
3) Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun
4) Lelaki yang tenang dan lapang dada
5) Lelaki yang baik sangka
6) Lelaki yang tak pernah putus asa

Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan yang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.


KEGAGAHAN WANITA

Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada Kekuatan perasaan.

Perempuan yang gagah,adalah: -

1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan
2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan
3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan
4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar dipenuhi segala keinginan.

10.20.2006

Matlamat tidak menghalalkan cara....



Petang tadi saya terlihat satu tulisan di akhbar Harian Metro (7 Oktober 2006) dengan tajuknya ' Zon Abie: Industri hiburan lain macam sikit'. Saya pada mulanya tak berapa kisahkan tulisan itu kerana saya bukanlah suka sagat mengambil tahu tentang dunia hiburan. Bagaimanapun saya merasa terpanggil untuk membaca dan meneliti tulisan tersebut kerana terpampang gambar dua pelakon lelaki yang tersohor di Malaysia, M. Rajoli dan Rosyam Nor.

Isunya adalah berkaitan dengan kenyataan Mawi kepada media yang meletakkan syarat tidak akan bersentuhan dengan wanita untuk berlakon. Walaupun kita sedia maklum selama ini Mawi tidak menjaga bab bersentuh ini, namun sedikit sebanyak kita berasa lega kerana tindakan Mawi ini dirasakan untuk membetulkan kesilapannya yang lalu dan untuk membuktikan, berlakon tidak salah selagi diletakkan dalam ruang lingkup syariat.

Namun saya berasa sangat kecewa dengan respon 2 pelakon lelaki tadi dengan kenyataan Mawi tersebut. Kata penulis tersebut :

"Syarat juara Akademi Fantasia 3 itu semacam memandang rendah pekerjaan yang menjadi sumber rezeki pelakon lelaki."

Sepatutnya setiap orang yang mengaku dirinya Islam berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan sebegini. Ini kerana syarat yang diletakkan Mawi itu bukan perkara baru. Malah itulah syarat yang diletakkan Allah SWT. Tidak timbul soal memandang rendah atau tidak pada pekerjaan golongan terbabit.

"Bersentuhan lelaki dan wanita bukan muhrim memang hukumnya haram. Itu sudah termaktub tetapi Rosyam kata, kalau Mawi boleh bersalaman dengan peminat atau orang media (wanita), kenapa di dalam filem tidak boleh?"

Ya, Mawi telah melakukan kesilapan dengan bersalaman dengan peminat wanita. Tapi dalam hal ini, kita sepatutnya bersama dengan Mawi untuk membetulkan kesilapannya dan menegakkan prinsip yang dipegangnya.

Tambah memeranjatkan saya ialah kenyataan dari seorang pelakon lelaki veteran yang dinyatakan penulis sebagai bekas bilal, M. Rajoli. Walaupun saya tidak menyenangi beberapa aksi di dalam lakonannya, namun pada saya setakat ini dialah antara pelakon lelaki yang 'warak'.

"Hukum berdosa atau tidak bersentuhan ini sudah ditentukan Allah. Tetapi ini kerja saya, kalau saya tidak memberi nafkah kepada anak bini, tentu lebih berdosa. Entah-entah anak boleh jadi perompak untuk hidup."

Kenyataannya ini sangat berbahaya kepada orang awam. Lebih-lebih lagi yang tidak memahami Islam. Dari kenyatannya ini dia sendiri mengakui yang dia Ttahu bersentuhan itu haram. Namun kaedah yang diguna pakainya itu amat-amat tidak kena dan bercanggah dengan prinsip syariat. Adakah pekerjaan di Malaysia ini hanya berlakon?

Saya kira kalau hujah beliau ini diguna pakai, maka para pelacur juga boleh menggunakan hujah sedemikian rupa. Mengambil satu mudarat untuk mengelak mudarat yang lebih besar kononnya, maka mereka melacur untuk mengelak anak-anak merompak. Tidak sepatutnya seorang 'bekas bilal' mengeluarkan komen yang menampakkan kedangkalan beliau.

Beliau juga menyatakan bahawa Allah SWT memberi kita peluang untuk mencuci dosa bahkan turut memberi perumpamaan yang tidak relevan. Dia mengambil contoh kita membuang air besar, kalau tidak dicuci, ia akan bertambah busuk. Tetapi kalau dicuci selepas setiap kali membuang, ia akan sentiasa bersih.

Bolehkah taubat diumpamakan dengan mencuci najis selepas membuang air besar? Kalau inilah perumpamannya, maka pada dia segala dosa yang kita lakukan itu hanyalah seperti membuang air besar sahaja.

Tidak tahukah dia bahawa syarat taubat itu ialah menyesali dosa yang dilakukan dengan bersungguh-sungguh, meninggalkan terus perlakuan maksiat itu, dan berazam untuk tidak melakukan kesalahan yang sama lagi. Seolah-olahnya pada dia pada malam hari kita bertahajud, solat taubat sambil mata menangisi dosa-dosa yang dilakukan, dan siang hari pula kembali mengulangi dosa tersebut. Dia juga menyatakan :

"Jadi tidak payahlah jaga dosa orang lain kerana setiap kita sudah diberi penjaga oleh Allah untuk mengira amalan kita. Biarlah malaikat Raqib dan Atib jalankan tugasnya"

Bukankah banyak dalil-dalil dari Al-Quran dan hadis nabi SAW yang menerangkan kewajipan untuk melakukan amar ma'ruf dan nahi mungkar. Pekerjaan kita bukanlah untuk mengira amalan orang lain. Tetapi setiap yang salah harus diperbetulkan.

Maksud sabda Nabi SAW "Barangsiapa di kalangan kamu yang melihat kemungkaran, hendaklah ia mencegahnya dengan tangan. Kalau tidak mampu, hendaklah ia mencegah dengan lidah. Dan kalau tidak mampu juga, hendaklah ia menecegahnya dengan hati. Dan itulah selemah-lemah iman".

Saya bukanlah peminat Mawi. Tapi pada saya respon yang diberikan oleh dua pelakon terbabit terhadap syarat Mawi ini agak keterlaluan. Keterlaluan terhadap Mawi dan keterlaluan terhadap aqidah kita sebagai seorang muslim. Saya tidak nampak sebarang niat tidak baik daripada Mawi semasa mengeluarkan kenyataan ini, jauh sekali memandang rendah terhadap pekerjaan orang lain.

Saya sendiri secara peribadi tidak menghina pekerjaan mereka sebagai pelakon. Tapi bila dibiarkan kenyataan-kenyataan jahil keluar di media, maka orang yang tidak faham Islam akan menjadi lebih keliru. Sedangkan jarang-jarang sekali dipaparkan kenyataan-kenyataan alim ulama', melainkan kenyataan-kenyataan yang kontroversi untuk diputarbelitkan.

Cukuplah Islam dihina di luar negara, oleh musuh-musuh Islam. Janganlah pula ada umat Islam yang jahil dan menambahkan kejahilan orang lain.

10.18.2006

Uniknya kejadian buah kurma



Uniknya kejadian buah kurma (diceritakan oleh krew RTM)

Ketibaan bulan Ramadan tidak meriah tanpa dapat menikmati buah tamar sebagai juadah berbuka puasa. Seperti menjadi satu kewajipan bagi setiap rumah untuk membelinya tidak kira dari jenis, gred yang paling rendah atau yang paling mahal seperti tamar ajwah 'pure' Madinah yang berharga RM120.00 sekilo pada hari biasa manakala pada bulan ramadan harganya menjadi lebih mahal.

Tamar juga menurut kajian sains merupakan buah yang khasiat dan kandungan gulanya cepat meresap ke dalam tubuh. Kita selalu mendengar kisah2 Rasulullah s. a. w. dengan pohon tamar. Nyata pohon tamar punya sejarah yang cukup unik dan masih ramai tidak mengetahuinya. Syukur dengan berkat mengunjungi Makkah dan Madinah untuk mengerjakan umrah semasa pengambaran Drama Cinta Madinah yang bakal disiarkan ceritanya pada saluran RTM bulan ini, saya dan semua krew dan artis memperolehi satu lagi cerita istimewa asal-usul kejadian pokok tamar dari Tuan Haji Isa Darus atau Pak Long (Kisah Pak Long Isa pernah tersiar dalam Anis julai lalu).

Menurut cerita Pak Long , asal-usul kejadian pokok tamar adalah dari lebihan tanah yang Allah s. w. t. ciptakan Nabi Adam a. s. Pokok tamar betina tumbuh pada zaman Siti Maryam. Selepas Maryam melahirkan anaknya Nabi Isa a. s., Siti Maryam telah diminta oleh Allah s. w. t untuk menggoncangkan pohon tamar yang terdapat di tempat dia melahirkan anaknya lalu gugurlah buah tamar masak dan di makan oleh Siti Maryam.

Itulah sejarah yang pertama tamar menjadi ubat berkhasiat kepada manusia. Siti Maryam dapat mengalas perut untuk mengumpul tenaga selepas selamat bersalin hanya dengan makan tamar, tanpa tumbuhan herba yang lain. Ditakdirkan Allah s. w. t. dengan kelahiran Nabi Isa a. s. itu juga, Allah s. w. t. telah tumbuhkan pokok tamar jantan di sebelah pokok tamar betina. Dan untuk tujuan mendapat hasil buah tamar yang elok ia juga harus dilakukan menerusi kaedah 'kahwin bunga' (melakukan proses pendebungaan betina dengan debu bunga jantan). Untuk mengenali perbezaan di antara tamar jantan dengan tamar betina, tamar jantan lebih tinggi pohonnya, berdaun keras menjulang ke langit.

Pokok tamar betina rendah sedikit dan daunnya dmelintuk ke bawah. Pada bulan februari pohon tamar jantan berbunga setahun sekali sama dengan tamar betina . Bezanya bunga jantan ia mengeluarkan debu-debu halus. Pada bulan ini ketika tamar betina mengeluarkan bunga, petugas (terdiri dari mereka yang berbangsa Arab) akan memanjat pokok tamar betina dan dijalankan proses kahwin bunga, ditepuk-tepuk, disapu dua tiga ranting bunga jantan kepada setandan bunga betina yang terkembang dari tandannya.

Ternyata untuk menghasilkan buah tamar yang elok berkualiti, ia mesti 'disenyawakan' oleh tangan manusia, tidak boleh melalui binatang atau diterbangkan oleh angin. Pokok tamar tidak akan berbuah dengan sempurna jika tidak dicantum oleh tangan manusia. Buah tamar tidak akan masak jika suhu kurang dari 55oC. Bulan Julai adalah musim tamar masak ranum manakala bulan ogos adalah musim menuai.

Menurut Pak Long Haji Isa, bagi sebuah kebun memadai ada beberapa batang sahaja pokok tamar jantan berbanding dengan ratusan pokok tamar betina, kerana debunga pada satu dahan pohon tamar jantan boleh digunakan untuk proses pendebungaan dengan ratusan tandan pada pokok tamar betina . Debu yang perlu digunakan pada setiap pokok terlalu sedikit. Bunga jantan ini juga boleh disimpan di tempat yang kering untuk kegunaan berulang-ulang kali selagi debunganya masih ada. "Allah s. w. t. jadikan buah tamar cukup istimewa. Cuba perhatikan sepanjang ia berada di atas pokok tidak ada seekor binatang atau burung yang mematuk atau merosakkannya. Ini kerana buah tidak berbau. Allah s. w. t pelihara dan memuliakannya. Ia mesti disenyawakan oleh tangan manusia.

Di Madinah hanya bangsa Arab sahaja yang sanggup panjat dan turun naik ke atas pokok tamar untuk lakukan kerja pencantuman ini. Bangsa lain tak mampu, tenaga tak sekuat bangsa ni." Jelas Pak Long.

Pokok Tamar ayah saudara kita....Mula-mula kami juga bingung kenapa keunikan ini berlaku pada buah yang istimewa ini, lalu Mak Long Normah Morad, isteri Hj Isa Darus beri kami sentuh debu jantan, "Gosok pada tangan dan cium," katanya. "Masya-Allah bau air mani," kata kami tergamam.

"Ya, memang bau air mani, bau ini bukan semua makhluk suka. Pokok tamar kalau mahukan buahnya elok, ia mesti disenyawakaan oleh tangan manusia, sebab pokok ini Allah s. w. t. jadikan dari lebihan tanah kejadian Nabi Adam a. s. " "Ringkasnya, dia umpama pak menakan (ayah saudara) kita. Sebab itu kita tak boleh pandang remeh padanya. Rasulullah s. a. w. dan Nabi-Nabi lain sangat sayang padanya. Sebab itu dikatakan sebaik-baik buah yang serasi dengan badan kita adalah buah tamar kerana ia sebahagian dari kita. Jadi setiap kali menjamah tamar ingat-ingatlah asal kejadiannya.

Buah ini tidak berbau kerana Allah s. w. t. nak pelihara kesuciannya di samping mudah untuk kita menguruskannya dengan kelebihan cuaca yang panas kering. Penjual tak risau lalat atau semut kerana bumi barakah ini."Ujar Pak Long dengan senyum lebar.
Blog Widget by LinkWithin
 

Di Sini Kita Bermula.... Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino