Ahad 17 Ogos : Selepas membeli sedikit barang keperluan di supermarket favourite kami (mydin Subang ) kami singgah di rumah sahabat dynamic kita iaitu di rumah Firdaus kamaruddin dan pasangannya Raihana di Desa Mentari 2, Kg dato harun. Alhamdulillah, akhirnya sampai juga kami ke rumah yang baru mereka duduki tak lama dulu. Betul la kata orang, kadang2 yang paling dekat tu la yang susah kita nak sampai. Anak mereka Nur tasneem dah berumur 5 bulan, aktif berguling dan masuk bawah kerusi. Peramah macam maknya kot. Firdaus masih lagi menjadi tutor di Um manakala Raihana setia menjadi pendidik buat anaknya di rumah. Maaf tiada foto....
Isnin 18 Ogos : Hari ini kami menerima tetamu kehormat Cikgu hafeez and Cikgu Putri bersama puteri mereka, Putri Nurul Mutmai’nah (maaf kalau salah eja) ke rumah kami . Mereka berkampung dirumah kami sehingga hampir Isyak. Siap mandi and dua kali minum air lagi. Hihi…tapi biasa la prinsip alam kita mak bapak ni, kalau berjalan mak ayah tak mandi takpe, asal anak mandi. Itulah yang telah mereka praktikkan.Selasa 19 Ogos : Hari ini giliran kami pula membuat serangan balas kerumah Hafeez dan Shu. Kami juga berkampung disana sehingga pukul 9 malam. Siap mandi and 2 kali makan. Prinsip biar mak ayah tak mandi, asal anak mandi turut kami praktikkan di sana.hehe….sempat juga isteriku membelek2 kereta idamannya hari tu, sampai tak dengar anak menangis. Mukmin dan Ain nampaknya serasi walaupun kelihatannya Mukmin sering menjadi mangsa buli Ain.
Rabu 20 Ogos : Sepatutnya malam ini aku mengikuti kelas, namun mesej jemputan daripada Sahudin dan Kak Hasni menyebabkan aku membatalkan niatku untuk ke kelas. Malam itu kami ke rumah mereka (berhampiran Istana Budaya). Berjumpa dengan Mujahid yang comel itu. Rancak isteriku bertukar cerita dengan Cikgu Hasni kerana kedua-duanya sama mengajar di sekolah yang kesemua pelajarnya lelaki dan mengajar subjek yang sama iaitu Bahsa Inggeris. Maaf tiada foto
Afan, Mukmin, Muadz & Belakang Sana Aliya... Maaf Yuzi Xder dalam foto
Jumaat 22 Ogos : sepatutnya malam ini temujanji untuk kerumah sahabat Aizuddin dan wan zorah. Namun,kebetulan kedua-dua kami ada urusan lain. Aizudin masih di kg, manakala aku pula diminta untuk menghantar adik ipar ke stesen bas untuk balik kg. Temujanji kami bersama keluarga Aizudin ditunda pada keesokan harinya.
Hasif dengan botol susu, (Pakai t-shirt Man Utd ori dari UK tu@nanti Mukmin pun nak juga, tapi cop Siam jer ler)
Sabtu 23 Ogos : Hampir jam 5 ptg kami bertolak ke rumah Aizudin. Alhamdulillah mereka telah mempunyai rumah sendiri berhampiran dengan rumah hafeez dan Putri shuhana. Masuk saja, terus dijamu dengan beberapa juadah. Wan Zorah baru pertama kali melihat Mukmin. Kami juga telah lama tidak melihat hasif. Besar sudah dia. Kembar Syifa (anak ein) dan Zharif ( anak Wardati) . Apakah mungkin satu masa tiga kembar akan dapat dipertemukan ??? Aizudin telah bertukar kerjaya ke TNB manakala Wan Zorah masih lagi setia bergelar pendidik. Di sini juga, anak mandi, tapi mak ayah tak mandi J kami juga agak lama dirumah Aizudin, rancak bertukar cerita. Maka rasanya, berakhirnya kembara melawat sahabat dynamic kami (aku, isteri dan Mukmin).
Puting@peluru tak lepas dari mulut Mukmin. (Bergambar ngan Cikgu Wan Zorah)
Kenang-kenangan 2 famili sebelum berpisah (moga ukhuwwah sentiasa bertaut)
Ahad 24 Ogos : dalam perjalanan pulang ke Melaka, kami rancak berbual tentang sahabat-sahabat. Tiba-tiba teringat kepada beberapa sahabat yang masih belum sempat kami jenguk dikesempatan curti yang lalu. Antaranya Ein dan shahrul zaman, Syukri n Nani, Pizy n Ina dan tak lupa yang edekat dengan isteri aku iaitu Jije dan Kak Jannah. Bila la ada kesempatan jumpa Jije sekeluarga, alang2 tempat isteri memang kawasan dia. Namun, kuasa Allah….kami bersua muka dengan jije ,isteri dan anak2 disebuah pasaraya di pecan Sg Udang. Mereka bakal menimang anak ke tiga bulan oct ini nanti. Menurut kak Jannah Jije berkemungkinan akan berpindah ke Johor tapi mungkin tak lama, dalam setahun je. Kak jannah juga seperti isteriku, bergelar pendidik di Melaka ini. Malam itu, kami bercadang bertandang ke rumah Jije , namun, disaat2 akhir, isteriku pula ada meeting dengan pelajar (isteriku warden) untuk urusan sambutan hari Merdeka. Rancangan ditangguhkan. Namun kami bertekad paling2 sebelum Jije pindah,kami sampai kerumah mereka. Maaf, tiada foto
Gambar sebelum hantar Mukmin ke rumah pengasuh. Walid nak hantar Ummi ke Melaka yer. Mukmin jgn nangis tau (Air mata isteriku menitis......)
Kata isteriku : “ semangat ukhuwah Dynamic masih kuat dan erat tersemat dalam hati kita masing2. walaupun jauh, jalinan hati dan ingatan itu tetap segar. “ Begitulah sedikit coretan kami dalam menyambung ikatan ukhuwah yang telah ada dikalangan dynamic. Moga akan dapat berjumpa lebih ramai dynamician di hari raya nanti. Disertakan beberapa pic kenangan sahabat2 dynamic kita