10.23.2008

Kompilasi Gambar Kenang-kenangan Generasi Dynamic


Gambar kenang-kenangan (divideokan). Dah lama saya compilekan menjadi video. Terperuk dalam PC yang berjasa ni lebih 2 tahun. Menanti masa yang sesuai untuk di pertonton kepada sahabat2 semua. Pasti akan mengundang kesyahduan memori lama.

Tetap menjadi kenangan sehingga ke akhir hayat.. Ayuh sahabat2, mari kita pastikan GD terus mara, biarlah buat masa ni hanya kita. InsyaAllah kawan2 lain akan turut serta. Masa sahaja yang bakal menentukannya.

GD terkubur, dikuburkan atau terus subur. Pilihan di tangan kita.....



IKLAN PETRONAS sempena Depavali


Satu lagi karya Yasmin@Petronas




10.22.2008

Raya@GD


Maaf sahabat-sahabiah semua. Tak sempat nak mengetuk papan kekunci. Hanya mampu menekan mouse sambil menatap nukilan sahabat2 semua.

Yang jauh di rindui, yang dekat disayangi….

Syukur ke hadrat illahi, program kali ini mendapat respon yang baik dari sahabat semua. Di samping itu billionan terima kasih buat sahabat saya Ust Aizzuddin serta tidak lupa buat Anak dan isterinya. Tepat sungguh Lokasi program raya GD kali ini. Alhamdulillah, semua yang berniat untuk datang walaupun ada yang sesat melarat, tapi sampai juga akhirnya. Yang berniat untuk hadir tapi tak mampu hadir atas apa jua alasan, saya ucapkan tahniah. Berjumpa kita di program yang akan datang. Yang langsung tak berniat, InsyaAllah lain kali boleh pasang niat.

Ruang Santai

Buat AJK Persiapan & Tempat (Ust Aizzuddin), terima kasih dari pihak GD di atas segala kerjasama. Untuk pengetahuan sahabat sekalian, Ust kita ni baru terlibat dengan kemalangan jalan raya minggu lepas. Biasa le MEREMPIT…. Hehehe… Masih sakit lagi katanya. Tetapi masih bersemangat menyediakan tempat dan menyambut kehadiran sahabat2 semua. Saya yakin tidak seorangpun merungut malah saya percaya semua memuji fasiliti dan kemudahan yang disediakan. Ibarat kata Wan@Nenek saya MANTAP BONAR…

Shifa’ : kereta kita la, kita dapat dulu.

Hakim : Apa pulak, kita tgk dulu kita punya la... Awak gi la main masak2.

Shifa’ : Apa pompuan xleh bawa kereta ker? Mak kita bawak kereta&motor laju tau!

Hakim : Ah..tak kisah la laju ker perlahan ker. Nak jugak..


Paling best, raung kami bersantai cukup selesa tambahan terdapat pelbagai pilihan permainan untuk anak2 GD bermain. Kereta Ferrari, Bullet Train malah kuda race pun ada. Buai tidur pun di sponsor juga, sempat Mukmin lelap sejam dua di buai tersebut. Ust Aizzuddin amat mengalu-alukan kehadiran semua malah jika diminta untuk menjadi menjadi tuan rumah untuk program2 yang akan datangpun dia sudi.

p/s: nanti Ust Aizzuddin nak sediakan children playground kat luar umah dia. Katanya boleh anak kita ni main2 kat situ… Wah.. Confirm raya tahun depan kita kat klang ler..

Aksi Meja hidangan

Syuk : Din, dia amik gambar!

Din : Alamak, kantoi la pulak. Aku amik ayam banyak ni. Peberet aku ni...

Syuk : Buat xtau jer, janji sorru tak miss...


Buat AJK Makanan (Cikgu Wan Zorah), xtau kata apa lagi. Excellent.. Seronok kami, perut kami pun seronok gak. Siap bawak bekal balik lagi. Terima kasih atas kerjasama. Tak lupa juga kepada kawan2 yang bawa makanan. Terima Kasih sangat. Meriah usus kita di buat nyer. Heehehehe

p/s: Sir fadzli terima kasih pan cake. lepas ni belajar buat sendiri pulak..

Kagum kat Sir Fadzli, jauh tu. 2-3 jam perjalanan. Moga diberkati kehidupan. Amin.


Sedikit foto sebagai kenang-kenangan2. Maaf gambar kurang kualiti. Pakai handset jer. Tak dapat foto dari ust Aizzuddin lagi.



Persamaan Mutlak : 1 Alias + 1 Hafeez = ½ Sir Fadzli.

Sir Fadzli : Ek eleh, kalu byk tu santap lagi 10 tahunpun xleh nak kalahkan aku… Kalu korang nak tahu rahsia pemakanan sihat beli E-book aku.. Korang jadi Affiliate, aku bg la komisyen. Hehehe….

Apa yang dibincangkan tu bang????

Pres : Hmm…Baju raya ke tu Afan?

Afan : Hm… xder la..stok lama. Ko tu cam nak gi nikah jer, songket mana?

Pres : Dalam keta… ish jgn cakap kuat2 nanti bini aku dengar.

Afan : Hehehe… Tambah anak boleh pzy, tambah ‘cawangan’ jangan lagi..

Ibu2 sibuk menyuapkan anak2 masing. Diorang dah penat main. Kereta Ferrari tupun dah tersadai kat tiang.

Ala2 lalala utuk2. Nak kat abah dia gak auni ni…

Tukang jaga gate

Nak masuk 50 posen. Kalu tak duduk laur. Hhehehe..

Nak Balik dah. Peluk cium.. muah…

Sesi kutip duit raya…

Foto ayahanda-ayahanda bersama putera-puteri. (tiada dalam foto, Syakir dan suami Jen)

Foto Ibu Mithali (tiada dalam foto, Isteri syakir dan Jen)

10.07.2008

You Are Not Alone....



As I jumped off the building...























*
*
*
*
FURTHERMORE
*
*
*
*




Blog Widget by LinkWithin
 

Di Sini Kita Bermula.... Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino