9.04.2007

Ceramah Umum


Kawan2 Semua...

SAtu ceramah umum (Penantian Ramadhan) akan disampaikan oleh uts hassan mahmud al hafiz seperti poster di bawah. semua di jemput hadir jika ada kelapangan.

Madrasah An-Nur, Taman Bukit Angkasa, Pantai Dalam Kuala Lumpur...


7.20.2007


Science Of Farting

7.06.2007

Pengajaran si Buggie



Isteriku Tercinta bersama seekor Australian Budgerigar...

Sudah 2 minggu berturut-turut aku kena “entertain” rombongan-rombongan ‘SEKOLAH ANAK ANGKAT PUSAT SAINS NEGARA’. Dan menurut salah Penolong Pengarah PSN, sepanjang bulan julai. Wah…Terus demam aku dengar!

Tak pelah dah tugasan, kena laksanalah. Amanah semua tu…

Bila rasa penat buat design dan report, aku pun gi ke pantry buat air. Biasanya Tongkat Ali mejadi pilihan. (Cewah…..) Lalu aku disebelah sangkar si Budgerigar. Ada Staff beritahu aku, ada tiga ekor burung Budgerigar baru lahir. Akupun jengok la…

Lama dok perhati, aku perasan sesuatu yang pelik…
1. Sang induk(ibu) tiada di tempat menetas. Entah ke mana dia merewang
2. Si Jantan(bapa) yang sibuk kehulu-kehilir. Terbang kesana sini.

Lama juga aku dengan tangan memegang gelas terpana disitu. Tak sedar aku kehadiran sorang pekerja landskap ke tempat aku berdiri.

“Yang paling sayang pada anak, bapa dialah” kata mamat tadi memecah bunyi decitan burung.
“Oh…yer ker!” jawab aku dalam keadaan penuh curiga.

Dia sambung lagi dengan pelat jawa Indonesia “Kalau yang terbang ke hulu hilir tu yang bapanya la, dia cari makan dan beri makan pada anak-anaknya. Biasanya kalu sudah 1 minggu ibunya tak duduk sana lagi”

Benarlah katanya, sambil menunjuk kepadaku si ibu anak-anak kecil tadi. Aku bertambah kagum. Bertapa ini satu ilmu baru yang aku dapat dari seorang pendatang yang bekerja sebagai landscaper di PSN. Betapa seimbang alam yang Allah ciptakan. Tiada batasan dalam mendapatkan ilmu. Mungkin kita yang kenal erti sains tekonologi serta IT tidak tahu akan cabang ilmu ini. Aku yakin ilmu begitu adalah ilmu dari pengalaman atau pemerhatian...

Sebagai contoh, aku design landscape dan bangunan dengan software@computer, tapi belum tentu aku dapat jelmakan dalam bentuk sebenar jika tanpa orang-orang ini yang merealisasikannya dalam keadaan sebenar…ilmu pertukangan aku xda…..Tapi mereka inlah yang merealisasikannya.Betapa kerdil aku rasa diri ini…..macam xda ilmu..

Dalam kes Budgerigar, setelah bertelur, mengeram sehingga ke menetas, si ibu sentiasa berada di sisi anaknya. Si bapa akan sentiasa mengawal di luar. Setelah 1 minggu, si ibu akan keluar dan tinggalkan anak-anaknya di bawah penjagaan si jantan. Jantanlah yang akan beri makan kepada anak-anaknya sehingga si anak pandai mencari makanan sendiri….walaupun gitu anak-anak baru belum pandai terbang dan hanya mampu berpaut pada jarring-jaring sangkar. Bila rasa lapar, anak-anak ni akan berdecit-decit memanggil untuk makan kerana lapar. Dan sibuk la si bapa ni ke hulu hilir memberi makan kepada 3 anak kesayangan dia..tak menang kepak@tak menang tangan (hehehehe). Subhanallah….

Banyak yang aku dapat daripada buggie ni (nama manja Budgerigar). Haiwan yang tidak berakal pun masih ada rasa tanggungjawab pada anak-anak/genarasi mereka sendiri. Bayangkan kita kalu ada anak 3 kembar… betapa besarnya pengorbanan ayah dan ibu pada kita.

Tak kira sakit demam,minum pakai, sekolah, belanja dan etc. Besarnya..tak terbalas sampai bila. Aku masih ingat waktu pertama memberi duit gaji pada bondaku. Terharunya bonda sampai mengalir air mata dia. Aku pasti, mereka tak terlalu mengharap balasan dari kita, tapi mungkin cukup sekadar kita ingat dan jalankan tugas sebagai anak…

p/s: peringatan buat diri sendiri

6 Julai 2007
Janshah

Allah Maha Adil


Seluruh kampung semacam tak percaya. Tapi itulah hakikatnya. Ramli, anak arwah Pak Hamid (bukan nama sebenar) pulang dari luar negara sebagai seorang jurutera dan HAFIZ. Semalam dia mengimamkan solat tarawih. Lunak dan lancar bacaannya. Mereka yang tidak kenal asal-usul Ramli, kagum. Mereka yang lebih mengenali, lebih kagum.

Saya adalah antara generasi anak kampung yang masih mengingati Pak Hamid. Malam setelah pulang dari solat tarawih, saya berbual-bual dengan anak saya.

"Ayah nak kamu contohi imam muda tadi. Sudahlah hafiz, jurutera pula.."
"Hebat betul."
"Kalau kamu tahu sejarah hidup dia, kamu akan lebih kagum."
"Ayah tahu?" Saya mengangguk.
"Dah tentu. kan ayah anak jati kampung ni."

******

Mata saya merenung ke luar tingkap rumah. Pohon nyiur melambai-lambai di kegelapan malam yang disinari cahaya purnama. Dua hari lagi, Aidilfitri menjelang tiba. Sesekali pulang ke kampung terasa kedamaiannya. Nostalgia kisah Pak Hamid terbayang kembali di ruang mata.

"Ayah nak cerita ni sekadar mengambil iktibar. Bukan hendak memburuk-burukkan orang yang telah mati.." perlahan saya memulakan cerita.
"Kenapa begitu sekali ayah?"
"Pak Hamid terkenal di kampung ini sebagai orang yang buruk perangainya. Solat tidak. Puasa tidak. Menjengah ke surau langsung tak pernah. Berjudi, minum arak dah jadi kebiasaannya."
"Ramli tu terseksa sejak kecil lagi. Dibentak-bentak. Makan minum, pakaian dan sekolahnya tidak terurus langsung..."
"Tapi macam mana dia boleh mencapai kedudukannya seperti sekarang?"
"Itulah luar biasanya Ramli ni. Dalam serba kekurangan dan cabaran itu dia gigih. Rajin belajar. Berdikari mencari rezeki."

"Ibunya macam mana?"
"Ibunya dah lama meninggal dunia. Kata orang, itulah sebabnya Pak Hamid jadi begitu. Berubah sejak kematian isteri."
"Sedih juga..."
"Kalau orang lain dah lama putus asa. Tapi Ramli tidak. Hasil keputusan cemerlang di sekolah rendah dia terus belajar ke sekolah asrama penuh Dan entah macam mana kaedah dia mampu meneruskan pencapaian akademik dan hafaz Quran sekaligus. hebat." "Sekarang ni ayah, dah ramai yang menempuh sistem ini. Ada caranya."
"Baguslah, jika berpeluang kamu ikuti jejaknya. Kembali kepada kisah Pak Hamid... dia meninggal tak lama selepas Ramli melanjutkan pelajaran ke sekolah asrama penuh. Ayah masih ingat..." saya sebak.

"Kenapa ayah?"
"Waktu Ramli pulang menjelang pengkebumian jenazah ayahnya dia menangis. Sebatang kara. Orang kampung kata macam-macam tentang arwah ayahnya. Berdosa besar. Jenazahnya berat... berat dosalah. Macam-macam. sedih ayah rasakan, Ramli yang masih muda tu terpaksa menanggung kecaman di hari kehilangan orang yang disayanginya. Mujurlah ada datuk kamu..."
"Hai, datuk pun ada peranan dalam kisah ni?" Tanya anak saya.
"Ayah masih ingat datuk kamu panggil Ramli untuk berjalan bersama dari tanah perkuburan. Ayah ada sekali."

"Apa kata datuk?"
"Ramli, kalau benar sayangkan ayah kamu... jadi anak yang soleh. Doakan dia. Itu sahaja jalannya untuk menyelamatkan ayah kamu di akhirat." Anak saya terdiam. Terkesima agaknya. Matanya mula redup.
"Datuk kamu menyambung lagi... untuk harumkan kembali nama ayah kamu di dunia, belajar sungguh-sungguh. Jadi orang yang berjaya dalam hidup. Insya Allah, kecemerlangan kamu akan menjulang kembali nama ayah kamu yang dikata-katakan orang pada hari ini."
"Macam mana reaksi Imam Ramli waktu itu?"
"Dia hanya mengesat airmata dan mengangguk-ngangguk."

"Hebat betul ayah, sekarang semuanya semacam menjadi realiti."
"Memang hebat. Anak yang baik daripada ayah yang sedemikian. Kamu bagaimana?" "Saya bertuah... ada ayah!" Saya terdiam. Terusik hati saya, adakah aku ayah yang baik?

"Kamu mesti terima kenyataan bahawa kita masih mampu menjadi anak yang soleh walaupun bapa kita bukan seorang yang soleh... Dan tidak semestinya bapa soleh maka anaknya secara automatik menjadi anak yang soleh."
"Kenapa ya?"
"Itulah bukti keadilan Allah. Dosa dan pahala tidak boleh diwariskan. Setelah akil baligh setiap kita punya potensi sendiri, nak menjadi baik atau sebaliknya."
"Jadi, seorang ayah yang soleh tak boleh membentuk anak yang soleh?"
"Tak begitu. Didikan ibu bapa sangat memainkan peranan. Anak yang dididik secara baik, berpotensi besar menjadi anak yang soleh bila dewasa nanti. Tetapi, masih ada usaha yang dia sendiri perlu lakukan untuk meneruskan program menjadi insan soleh. Jika program itu dipatuhinya, alhamdulillah. Jika menyimpang, dia terima akibatnya."

"Saya setuju dengan pandangan ayah. Inilah bukti keadilan Tuhan. Jika tidak... setiap anak terpaksa menanggung akibat kesalahan ibu bapanya tanpa berpeluang untuk mengubah keadaan dirinya."
"Ya, itulah yang dibuat oleh Imam Ramli. Demi cinta kepada ayahnya, dibela maruah ayahnya di dunia dan akhirat. Tolong buat begitu jika ayah telah tiada..." semacam wasiat pula kata-kata saya.

*******

Pada pagi raya, selepas solat Aidilfitri... kami sama-sama menziarahi pusara di pinggiran kampung. Saya lihat Imam Ramli duduk di tepi pusara ibu dan ayahnya. Saya dan anak duduk di tepi pusara insan yang paling kami sayangi... ayah saya, datuk anak saya. Lelaki yang pernah menasihati Imam Ramli. Mudah-mudahan rohnya bersemadi di sisi orang soleh. Nasihatnya sangat memberi bekas ... saya yakin ayah ikhlas waktu itu. Saya masih ingat dialog ayah dengan Imam Ramli belasan tahun yang lalu di kawasan perkuburan ini. Saya di sisi mereka. Saya melihat air mata ayah mengalir sewaktu meluahkan nasihatnya... Oh, mampukah saya seikhlas itu?

6.27.2007

Kembali bernafas -- Kembali Bernyawa


Assalamualaikum semua. Harap semua dalam keadaan sihat belaka….

Lama benar tidak menjengah ke Blog ku ini, aku kira hampir 2-3 bulan blog ini tidak mendapat sentuhan jari jemariku ini. Azamku yang baru, untuk mulakan kembali menulis atau paling tidak menempelkan mana2 berita sensasi atau kisah pengajaran yang aku jumpa buat kawan-kawan semua

Jika ada pengunjung tetap, janshah.blogspot.com akan kembali kepada anda.

InsyaAllah…

p/s: kadang kala hambatan tugas serta kesibukkan dunia melalaikanku. Aku Harap ia bukan satu tanda Allah hendak sibukkan ku dengan urusan dunia hingga terlalai serta leka dengan urusan akhirat…Ameen.

3.15.2007

Walimah Kami











3.09.2007

Jemputan


SHAHRUL EFENDI DAN ROHANA


 



Tiup serunai di atas titi


Uda memupuk
bunga Melati


Mula kenal kemudian
berjanji


Cinta tersemai dalam hati





Orang jauh dikenang-kenang

Hanya terkenang pada yang
satu


Mula berkenal kemudian
bertunang


Lafaz nikah tanda bersatu

 



Buah pauh si bunga rampai


Buat makan si anak
ikan


Dekat ka jauh ka, pakat mai
ramai-ramai


Selamat datang kami ucapkan

 










JEMPUTAN RUMAH PENGANTIN PEREMPUAN (3 FEBUARI 2007, PASIR MAS KELANTAN)





JEMPUTAN RUMAH PENGANTIN LELAKI (11 FEBUARI 2007, TAMAN BUKIT ANGKASA, PANTAI DALAM, KUALA LUMPUR)


1.20.2007

CARA TANGANI STRES


TANGANI STRES DENGAN LATIHAN PERNAFASAN


Satu latihan bernafas secara mendalam yang boleh meningkatkan pertukaran oksigen dan karbon dioksida di dalam sel tubuh. Anda boleh melegakan stres dengan melakukan langkah-langkah berikut :-




1. Berdiri dengan menjarakkan kaki dan longlaikan tangan di sisi.



2. Pejamkan mata dan biarkan kepala tunduk ke hadapan.



3. Tarik nafas perlahan-lahan melalui hidung sedala-dalamnya dengan kiraan 10.



4. Hembuskan nafas perlahan-lahan melalui hidung. terapkan perasaan lega setiap hembusan nafas.



5. Ulangi langkah-langkah di atas sebanyak 5 kali sehingga anda merasa tenang dan relaks.

6. Akhirnya buka mata anda perlahan-lahan.



TANGANI STRESS DENGAN URUTAN LEHER & BAHU


Urutan ini boleh melegakan ketegangan otot dan melancarkan perjalanan darah. Belajar cara mengurut dengan betul. Anda boleh dapatkan orang lain untuk melakukannya. Langkah-langkah ini adalah bagi orang yang mengurut (tukang urut) :






1. Minta pasangan anda duduk dengan selesa, pejamkan mata dan fikirkan tentang sesuatu yang menenangkan. Berdiri di belakangnya dan letakkan tangan di atas bahunya. (tanggalkan kaca mata jika ada)



2. Ibu jari diletakkan di bahagian tengkuk dan urut denan perlahan hingga ke bahu dan kembali ke tengkuk. Ulang 3 kali.



3. Gunakan kedua-dua tangan dan urut bahu hingga ke bahagian atas lengan. Ulang 3 kali.



4. Urut dengan ibu jari bermula dari bahgian bawah tengkuk mengarah ke luar menjauhi tulang belakang. ulang 3 kali.



5. Urut dengan ibu jari bahagian bawah tengkuk mengunakan teknik memutar.



6. Letakkan satu tangan di dahi dan satu lagi tangan di tengkuk. Dengan perlahan putarkan kepakalanya ke kanan dan kemudain ke kiri.




7. Gunakan jari-jemari untuk mengurut bahagian tengah dahi dan terus ke bahagian tepi dengan menggunakan teknik memutar. Ulang 3 kali.




8. Letakkan kembali tangan di bahagian bahu pasangan.
Blog Widget by LinkWithin
 

Di Sini Kita Bermula.... Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino