7.06.2007

Pengajaran si Buggie



Isteriku Tercinta bersama seekor Australian Budgerigar...

Sudah 2 minggu berturut-turut aku kena “entertain” rombongan-rombongan ‘SEKOLAH ANAK ANGKAT PUSAT SAINS NEGARA’. Dan menurut salah Penolong Pengarah PSN, sepanjang bulan julai. Wah…Terus demam aku dengar!

Tak pelah dah tugasan, kena laksanalah. Amanah semua tu…

Bila rasa penat buat design dan report, aku pun gi ke pantry buat air. Biasanya Tongkat Ali mejadi pilihan. (Cewah…..) Lalu aku disebelah sangkar si Budgerigar. Ada Staff beritahu aku, ada tiga ekor burung Budgerigar baru lahir. Akupun jengok la…

Lama dok perhati, aku perasan sesuatu yang pelik…
1. Sang induk(ibu) tiada di tempat menetas. Entah ke mana dia merewang
2. Si Jantan(bapa) yang sibuk kehulu-kehilir. Terbang kesana sini.

Lama juga aku dengan tangan memegang gelas terpana disitu. Tak sedar aku kehadiran sorang pekerja landskap ke tempat aku berdiri.

“Yang paling sayang pada anak, bapa dialah” kata mamat tadi memecah bunyi decitan burung.
“Oh…yer ker!” jawab aku dalam keadaan penuh curiga.

Dia sambung lagi dengan pelat jawa Indonesia “Kalau yang terbang ke hulu hilir tu yang bapanya la, dia cari makan dan beri makan pada anak-anaknya. Biasanya kalu sudah 1 minggu ibunya tak duduk sana lagi”

Benarlah katanya, sambil menunjuk kepadaku si ibu anak-anak kecil tadi. Aku bertambah kagum. Bertapa ini satu ilmu baru yang aku dapat dari seorang pendatang yang bekerja sebagai landscaper di PSN. Betapa seimbang alam yang Allah ciptakan. Tiada batasan dalam mendapatkan ilmu. Mungkin kita yang kenal erti sains tekonologi serta IT tidak tahu akan cabang ilmu ini. Aku yakin ilmu begitu adalah ilmu dari pengalaman atau pemerhatian...

Sebagai contoh, aku design landscape dan bangunan dengan software@computer, tapi belum tentu aku dapat jelmakan dalam bentuk sebenar jika tanpa orang-orang ini yang merealisasikannya dalam keadaan sebenar…ilmu pertukangan aku xda…..Tapi mereka inlah yang merealisasikannya.Betapa kerdil aku rasa diri ini…..macam xda ilmu..

Dalam kes Budgerigar, setelah bertelur, mengeram sehingga ke menetas, si ibu sentiasa berada di sisi anaknya. Si bapa akan sentiasa mengawal di luar. Setelah 1 minggu, si ibu akan keluar dan tinggalkan anak-anaknya di bawah penjagaan si jantan. Jantanlah yang akan beri makan kepada anak-anaknya sehingga si anak pandai mencari makanan sendiri….walaupun gitu anak-anak baru belum pandai terbang dan hanya mampu berpaut pada jarring-jaring sangkar. Bila rasa lapar, anak-anak ni akan berdecit-decit memanggil untuk makan kerana lapar. Dan sibuk la si bapa ni ke hulu hilir memberi makan kepada 3 anak kesayangan dia..tak menang kepak@tak menang tangan (hehehehe). Subhanallah….

Banyak yang aku dapat daripada buggie ni (nama manja Budgerigar). Haiwan yang tidak berakal pun masih ada rasa tanggungjawab pada anak-anak/genarasi mereka sendiri. Bayangkan kita kalu ada anak 3 kembar… betapa besarnya pengorbanan ayah dan ibu pada kita.

Tak kira sakit demam,minum pakai, sekolah, belanja dan etc. Besarnya..tak terbalas sampai bila. Aku masih ingat waktu pertama memberi duit gaji pada bondaku. Terharunya bonda sampai mengalir air mata dia. Aku pasti, mereka tak terlalu mengharap balasan dari kita, tapi mungkin cukup sekadar kita ingat dan jalankan tugas sebagai anak…

p/s: peringatan buat diri sendiri

6 Julai 2007
Janshah

0 ulasan:

Catat Ulasan

Blog Widget by LinkWithin
 

Di Sini Kita Bermula.... Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino