Maafkan aku SUFI, jiwaku tidak sejernih jiwamu. Tidak sesuci dan setulus mulus penghayatanmu. Jauh sungguh maqam kita berdua. Ibarat langit dan bumi. Terasa kerdil aku di sisimu
Kadang kala aku tewas dengan nafsu ku sendiri….
Tewas dengan desakan semasa….
Tewas dengan tekanan persekitaran….
Jiwa ku seperti apa yang sedang bermain di industri sekarang. POP, BALADA, ROCK, HIP HOP dll…. Tidak selembut dan bermakna seperti susunan & alunan rentak tari muzik mu. SUFI
Biarlah aku yang mengalah kali ini… jika sebelumnya hanya dirimu SUFI yang selalu kau laungkan, kau mengalah. Mengalah dalam setiap perkara. Mengalah bila berlaku kontradiksi. Mengalah bila ada pertembungan pandangan….
Kejarlah Ramadhan mu…
Jangan biar kau termanggu di situ…
Takkan ku ganggu ibadahmu…
Takkan ku jentik jiwa mu…
Jika aku tiada di titik penamat itu, tolonglah cari aku….
Aku sentiasa menanti di tempat permulaan langkahmu.
Di tempat mula kau mengatur langkah mu..
Meninggalkan aku di belakang mengejar tanpa bayangmu…
Aku akan sentiasa disitu… sehingga kau SUFI, menjemputku….
Will always care, will always love and will always be there for u. With bless from Allah