11.20.2006

Padang Menghijau Di Seberang


Karya : Zaniff A Azzura Abdullah


PADANG I


Walau hamparan usia tiga dekad Muhammad tidak ditaburi kemewahan, namun diperingatkan dirinya betapa rezeki lain melimpah ­ ruah. Lebih-lebih lagi melihat isterinya tetap ber­sabar walau dia terlewat tiba untuk mengajak pulang petang itu.

"Sedang berkemas tadi, tiba-tiba datang seorang perempuan," jelasnya tatkala beriringan meninggalkan kedai kek tempat Khadijah beker­ja di Plaza Yow Chuan. "Detik itu juga Dr. Nathan diminta menampal gigi! Sakit sangat katanya, tak boleh tunggu esok."

"Mungkin banyak makan kek dari sini" telah Khadijah, sempat berjenaka. Wanita ber­badan dua, berpipi penuh itu menyambut hel­ met merah dihulurkan si suami, lantas menge­nakannya di kepala. "Nak hujan, bang! Panas rasanya badan saya."

"Yakah?" Mata Muhammad menerawang ke langit menduga cuaca. Gumpalan mendung awan cukup pekat untuk mendatangkan bim­bang, namun disangkanya sekadar lebihan hujan yang sudah berhenti setengah jam sudah. "Entah-entah panas pembawaan budak."

Pasti isteri di belakang sudah bersedia, motosikal Modenas Kristar ditunggang meninggal­kan Plaza Yow Chuan.

Selang beberapa minit menuju ke selatan, tekaan Khadijah menjadi kenyataan. Titis-titis halus hujan bertukar semula kasar dan besar, memaksa motosikal dihentikan di pinggir Jalan Tun Razak. Baju hujan plastik kuning dihulurkan suami dikenakan pantas, biarpun usaha mem­butang tersekat di dada. Perut memboyot de­ngan kandungan enam bulan memustahilkan cubaan Khadijah.

Sementara menanti Muhammad mema­sang dua beg plastik pada kaki agar kasut tidak dibasahi lecak, Khadijah menghubungi rumah melalui telefon bimbit. Suara keletihan ibu men­tuanya menyambut, menimbulkan sedikit pera­saan bersalah Khadijah. Bukan dia sengaja me­ngambil kesempatan meminta wanita tua itu menjaga tiga cucu yang serba lasak. Apatah lagi disedari diri menumpang di rumah pusaka yang uzur dimamah usia. Namun dirinya per1u beker­ja, pendapatan suarni yang tidak seberapa per1u dibantu tampung agar mereka tidak perlu me­minta-minta.

"Kami dalam perjalanan, mak. Hujan lebat di KL. Emak dan anak-anak makan dulu ya," saran Khadijah .

Menyambung perjalanan ke Bangi Lama agak menyeksakan. Jalan yang memuatkan tiga lorong kereta pula bertukar muat untuk lima barisan, sebelum menirus menjadi satu lorang halus di sebelah kanan demi mengelakkan air naik memanjat jalan. Sebelum tiba di pangkal Jalan Tun Razak lagi, kain Khadijah dan seluar Muhammad basah menyadung limpahan air.

"Kalaulah ada kereta, tak perlu basah kuyup sebegini," keluh Muhammad kuat, suaranya nyaris tenggelam dalam deru angin dan bising kenderaan lain di jalanan, "Kancil pun jadilah."

"Iswara lebih besar, bang!"

"Kalau dinaikkan gaji.,,"

Burr!! Percikan air digelek kereta Proton Iswara biru di kanan jalan menyimbah mereka suami isteri, menyebabkan kata-kata lelaki itu terhenti. Kaki kiri Muhammad segera menong­kat jalan, menstabilkan motosikal agar tidak tumbang. Mujur Khadijah sempat memaut ping­gang suami, walau terlepas jeritan kecil ketika muka mengelak air dipalingkan ke kiri.

"Astaghfirullah" . tak berhati perut lang­sung!" Muhammad melepas geram. Dilihatnya kereta itu belum bergerak begitu jauh di hada­ pan, kerusi-kerusinya yang masih dibaluti plastik masih jelas kelihatan. "Baru bawa Iswara sudah berlagak, Belum lagi bawa Mercedes!"

"Abang, sabar bang!" Gesa Khadijah sedikit cemas, menyedari suaminya merapatkan motosikal ke kereta berkenaan.


PADANG 2

Kemunculan Rajesh di lobi Hotel Corus memang tidak dijangka Padma. Sebaik terpan­dang gadis bertocang dua itu muncul selepas tamat waktu bekerja, masih dengan pakaian seragam putih dan hitam pelayan cafĂ© hotel, Rajesh bergegas mendapgtkannya.

"Rajesh! Kamu buat apa disini?" Patma sedikit terpinga-pinga,

"Saya ada kejutan untuk kamu," Rajesh menjelaskan sedikit berahsia, walau hakikatnya rahsia itu tidak sabar mahu didedahkannya. Terlepas ketawa Padma apabila tiba diluar hotel, di sebelah sebuah kereta Proton Iswara biru.

"Cantik bukan?" Rajesh tersenyum. Melihat riak wajah anak gadis pemilik pangsapuri sewanya begitu gembira, terlupa seketika ribuan wang cengkeram yang baru diserahkan di cawangan, Proton Edar Jalan Ampang. Mudah- mudahan pembelian itu turut membuka mata ibu bapa Padma. Walau segulung ijazah dimilik sekadar diploma, itu tidak menghalang Rajesh bekerja keras demi mencapai cita-cita. Kenaikan pangkat daripada kerani mencecah tangga eksekutif awal tahun ini menjadi bukti kesungguhan diri.

"Masuklah Padma! Saya hantar kamu pulang," pelawa Rajesh bersungguh-sungguh.

Tidak tahan dengan titis-titis gerimis yang mula meresap basah ke baju putih dan beg sandangnya, pelawaan lelaki itu diterima Padma. Apatah lagi memikirkan kesukaran menaiki kenderaan awam ke kediaman mereka di Taman Pinggiran Putra, Serdang,

"Kalau dibenarkan, saya mahu hantar kamu pergi dan balik kerja setiap hari," Lega Rajesh bukan kepalang dapat meluahkan cadangan itu apatah lagi fitrah dirinya agak pemalu.

"Tapi Rajesh, esok hari terakhir saya bekerja."

"Kenapa?" Tersentak Rajesh serta merta

"Saya perlu mendaftar diri di pusat matrikulasi minggu depan."

"Ooo..," keluhan kecewa terlepas perlahan. Sepatutnya sudah diagak perkara ini.

Bukankah umur Padma 18 tahun cuma? Lambat-Iaun pekerjaan sementaranya tinggalkan untuk mengejar impian. Namun tidak disangka Rajesh kepastian itu datang secepat itu, ketika dia baru bersedia untuk memikat hati Padma dan keluarganya. Sekaligus bimbang berlegar-legar di kepala, andai pemergian Padma menemukannya dengan jejaka lebih bergaya seusianya.

Tinnn!!

Bunyi hon kereta dan belakang mengejut­kan Rajesh. Kaki Kanan agresif menekan pedal minyak untuk mara, mengisi ruang tiga meter yang dikosongkan kereta Kia Citra di hadapan.

Burr!!

Lenyekan tayar pada air menerjahkan lim­pahan itu kepada penunggang dan pembon­ceng motosikal Kristar di sebelah kiri. Padma dan Rajesh tergamam serentak tatkala menye­dari mangsa simbahan air itu merapati kereta mereka. Wajah bengis lelaki Melayu berhelmet merah itu agak jelas kelihatan dan cermin sisi kiri, walau hujan lebat dan kegelapan lewat petang menguasai jalan. Sebelum sempat dike­tuk cermin tingkap, Rajesh pantas menekan suis autdmatik melorotkan cermin tingkap kiri ke bawah.

"Abang, minta maaf bang, saya tak senga­ja," pinta Rajesh bersungguh-sungguh. Riak garang di wajah Muhammad mengendur, apa­tah lagi wanita bertudung yang membonceng dibelakang jelas melarang memulakan pergaduh­an. Namun tidak puas rasanya andai pemandu muda itu tidak diberi amaran.

"Lain kali bawa kereta tu, pandang ke kiri dan ke kanan!"

Sebaik saja motosikal itu menyambung perjalanan ke selatan, Rajesh melepaskan nafas lega. Terbit simpati Padma yang memerhati mereka pergi, sewaktu menyedari keadaan si isteri berbadan dua.

"Kasihan ya, mengandung pun terpaksa bermotosiskal mengharungi hujan," keluh Padma.

"Kalau itu saja kenderaan mereka, entah bagaimana membawa keluarga?"

"Kamu jangan bimbang Padma! Kalau kita ada keluarga sendiri, saya beli kereta lebih besar seperti Kia Citra di hadapan," separuh sedar Rajesh melafazkan angan-angan terpendam. Sedetik sepi berlalu sebelum tersedar diri terlepas kata, apatah lagi apabila dipandangnya ke kiri. Dia tidak pasti jika wajah merah padam dan mulut ternganga Padma lebih ketara daripada dirinya atau sebaliknya.­


Padang 3

Memandu perlahan-lahan begitu bukan saja melenguhkan kaki, bahkan amat membosankan. Apatah lagi kerjaya Adam sebagai jurutera di Celcom tidak membiasakan duduk diam. Namun Adam tiada pilihan. Curahan hujan yang tidak berhenti menyebabkan pergerakan kenderaan tidak selancar selalu. Sewaktu kereta Kia Citra dipandu berhati-hati melalui pangkal Jalan Tun Razak, pandangan pada cermin menunjukan kecoh dibelakang.

"Tengok tu Hawa," katanya kepada isteri di sisi. Matanya tidak lari dari memerhati penung­gang motosikal Kristar merapati kereta Proton Iswara biru di belakang kereta mereka,

"Tengok tu, mereka nak bergaduh,"

"Merepeklah abang ni. Anak-anak kita dah tertidur dari tadi, " sedikit jengkel Hawa me­nyangkal, apatah lagi disangkanya Adam me ­ngulas keadaan anak-anak mereka. Geram mengenang betapa Adam tadi tidak mengambil endah sewaktu dua anak mereka bergaduh sesama sendiri, mengganggu tidur si bongsu yang diletakkan di kerusi khas bayi. Teguran Hawa tidak memberi kesan kepada anak-anak yang dahaga perhatian setelah sehari suntuk berada di taska di Jalan Semarak. Lega dia apabila mereka akhirnya tertidur sendiri.

"Abang tahu anak-anak tidur," Adamn ter­nyata tidak terkesan nada suara isterinya.

"Abang tunjuk yang di belakang sana,"



Menuruti arah jelingan mata suaminya, Hawa turut mengalih perhatian, Mereka memer­hati rnotosikal Kristar itu ditunggang melepasi kereta rnereka sendiri. Sewaktu kereta Kia Citra bercat perak metalik, dipandu Adam ke kiri mernasuki laluan Besraya, Hawa menyedari mo­tosikal yang diperhatikan tadi memasuki lorong kanan untuk terus ke arah Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban, Namun hujan dikembarkan angin kencang memaksa rnotosikal dihentikan di bawah jejambat, mencari perlindungan bersama beberapa penunggang motosikal lain, "Masak apa malam ini?" Soalan Adam meraih semula perhatian Hawa.

"Mana sempat bang?" Terbeliak mata Hawa bagai tidak percaya, "Sekarang pukul 6,30 petang. Dengan hujan begini, pasti Maghrib jua kita tiba di Kinrara, Kita beli sajalah!"

"Eh, lauk di kedai tak terjamin bersih tahu?"

"Tak sernua begitu," ujar Hawa. Tidak sang­gup dia terkontang-kanting memasak sendirian di dapur nanti, sedang suami menonton TV atau membenamkan rnuka di dada akhbar. Belum lagi diarnbil kira gelagat nakal anak-anak me­manjat ibu yang merenik peluh rnenyediakan hidangan malam. Sikap lepas tangan suaminya menyesakkan dada, apatah lagi rnengenangkan dia juga keletihan setelah sehari suntuk di peja­bat Celeorn melayan aduan pelanggan,

"Kalau bersih pun, tak sesedap masakan awak," Adam cuba rnenyelitkan pujian,

"Saya penatlah bang,"

Pujian tidak diterirna rnenyebabkan Adam sendiri turut rnenyinga, "Dari dulu abang ajak ambil pernbantu rumah... biar dia rnenjaga anak-anak dan mengemas rumah. Awak tinggal mernasak saja! Tapi awak tak mahu, takut anak-­anak didera konon!"

"Bang, bang," lengan kiri lelaki itu dicuit cemas isterinya. "pandang depan bang... semua kereta berpatah semula."

Mengetepikan seketika kemarahan sendiri, Adam menumpukan perhatian ke hadapan kembali. Paras air meningkat beberapa puluh meter di hadapan memaksa kenderaan­-kenderaan melakukan pusingan-U memasuki semula Lebuhraya KL-Seremban. Merengus dia menanti giliran, apatah lagi melihat ada kereta­-kereta dari lorang kiri cuba memotong barisan.

Buat melepas geram, hon ditekan saban kali ada pemandu tidak bertimbang rasa sedemikian. Namun kemurahan hatinya datang apabila sebuah kereta Toyota Wish bercat kelabu asap memotong laluan. Hawa pantas menggesa agar hon kereta ditekan.

"Biarlah dia lalu," ujar Adam, kelabu mata melihat rekaan kemas pangkal kenderaan dan lampu bahagian belakang kereta berkenaan. "Awak sedar, berapa penjimatan kita kalau mengambil pembantu rumah?"

"Berapa?" Terumpan Hawa dengan soalan itu, tidak pasti arah tujunya.

"Cukup untuk menukar kereta kepada Toyota Wish."

Mengeluh Hawa mendengar angan-angan suami. Lebih afdal baginya andai sebarang pen­jimatan digunakan buat membesar ruang rumah di belakang. Walau memiliki rumah sendiri selu­as 22 x 75 kaki, hati belum puas seandainya dapur tidak sebesar milik jiran. Bukan untuk menunjuk-nunjuk, dia berhelah kepada diri, namun sekadar persediaan berkenduri-kendara di masa depan.


PADANG 4

Dentuman guruh menimbulkan resah Wai Hong. Jam di tangan mempamerkan waktu 5.00 petang, menandakan jarak tiga jam de­ ngan temu janji di restoran Thai di Midvalley Megamall . Namun pengalaman mengajar beta­pa selang waktu tidak membantu andai kereta terperangkap di tengah hujan.

Kereta dipandu meninggalkan Menara Citibank, mengambil jalan menyusuri tepi KLCC dan memasuki Jalan Binjai. Langsung terkeluar sumpah seranah apabila, kereta terpaksa me­rangkak di penghujung barisan panjang. Stereng kereta Toyota Wish dihala ke kiri, memasuki terawong bawah tanah menembusi Jalan Tun Razak ke arah selatan.

Nada polifonik telefon bimbit berdering ceria. Alat komunikasi bluetooth melekap di telinga membawa suara isterinya, Adeline.

"Dalam perjalanan pulang, ya?" Suara Adeline menyapa, berlatar belakang cecehan DJ radio Hitz. FM. Sekali gus mengisyaratkan bahawa wanita itu kini sudah memasuki kereta Chevrolet Optra dan memulakan panduan. Aneh lantaran jarang sekali dia meninggalkan bangu­nan CIMB di Damansara selagi malam belum menjelang.

"Umm... secara teknikalnya, ya," Wai Hong cuba membeli masa.

"Jangan berlengah sayang, Kita sekeluarga perlu terus ke Hilton PJ,"

"Hilton PJ?" Termangu Wai Hong mende­ngar peringatan daripada isterinya. Dicuba me­ngingati temu janji apa yang sudah dibina, namun cubaan itu temyata sia-sia.

"Hari ini sambutan hart lahir ma ke-60, Kamu lupa?" Tinggi suara Adeline menekan, apatah lagi didengarnya Wai Hong menepuk dahi. Sedikit cemas, dituntutnya kepastian,

"Kamu tiada rancangan lain, bukan?"

"Ade, saya ada temu janji penting dengan bakal pelanggan, " keluhan dalam dilepaskan Wai Hong. Tugasnya di bahagian perbankan ek­sklusif pelanggan memerlukan diri mendekati golongan berada dan ternama, meyakinkan mereka menyerah aset agar diurus pengurus profesional. Jika dikatakan tengah malam saja sempat bersua muka, maka tengah malam juga Wai Hong terpaksa bergegas mendapatkan mereka.

"Dua bulan berusaha mendapatkan temu janji ini.., mustahil menukar ke tarikh lain!"

"Awalkan saja temu janji," isterinya mencart akal jalan pertengahan, "Saya ambil anak-anak di Kelana Jaya, dan kamu sendiri boleh terus ke Hilton PJ kemudian,"

"Tapi jalan sesak teruk dengan hujan! Kalau temu janji dapat diawalkan pun, saya masih tak akan sampai di sana pada masanya!"

"Sayang, kamu sudah berjanji lebih sebulan! Katakan benar-benar sekarang," tegang suara Adeline begitu ketara. Tiada lagi bualan DJ atau lagu terpasang dari radio kereta menjadi latar belakang bicara.

"Katakan siapa yang lebih penting. Pelanggan atau keluarga?"

Wai Hong tidak berani menjawab,

"Baik," talian telefon terputus, menyebab­kan lelaki berkulit cerah berambut lurus sedikit tercacak itu mengeluh perlahan, Tiada gunanya dia menelefon semula, lantaran jalan penyele­saian belum lagi terjumpa.

Lagipun andai diberanikan diri menelefon juga, pasti diri menjadi sasaran maki. Wai Hong kurang mengerti, besar sangatkah dosanya? Dia mencari rezeki untuk keluarga, bukan berfoya­-foya. Tanpa kerja kerasnya, pendapatan mereka berdua tidak mencukupi untuk bayaran bulanan rumah berkembar dua, dua buah kereta, gaji pembantu, insurans diri dan pendidikan anak-­anak, kelas piano anak sulung dan kelas balet anak kedua.

Dalam berfikir-fikir begitu, kereta dibawa memasuki laluan Besraya. Paras air meningkat di awal perjalanan memaksa dia mengikut jejaki pemandu lain membuat pusingan-U. Dalam tergesa-gesa menyelinap ke barisan membuat pusingan-U berkenaan, nyaris kereta Toyota Wish ­dipandunya bergeser dengan Kia Citra di sebe­lah kanan. Pemandu lelaki Melayu awal 30-an selamba memberikannya laluan, namun wanita di sisinya berwajah mencuka tanda geram.

Selamat memasuki semula Lebuhraya KL­-Seremban, lega Wai Hong bukan kepalang mendapati perjalanan akhirnya berubah lancar. Dilepasinya sebuah kereta Mercedes S280 hitam yang berhenti di kiri jalan. Pandangan ter­tancap beberapa saat pada pemandu kereta mewah itu yang leka menggunakan telefon bim­bit, sedang majikannya di belakang terlindung dalam kegelapan awal malam.

Alangkah indahnya andai dia berada di tem­pat itu! Bukan saja tidak perlu memandu sendiri, bahkan orang lain datang menyembah melayan kehendak sepanjang masa. Orang lain seper­tinya kini, yang terpaksa mengorbankan masa bersama keluarga.


PADANG 5


Melihat Jalan Tun Razak menuju ke selatan sesak dengan deretan kenderaan bergerak inci demi inci, timbul kesal Sarah lantaran menurut kata hati tadi. Sakit gigi yang teramat memaksa dia menangguh perjalanan, lantas berkunjung ke klinik gigi. Sedangkan sepatutnya dia terus ke Hotel Palace of the Golden Horses untuk majlis makan malam tahunan syarikatnya.


Tambah menyesakkan dada, menteri yang dijemput sebagai tetamu khas perlu disambut Sarah selaku salah seorang pengarah kum­pulan. Protokol perlu dijaga, jangan sampai ketibaannya melewati tetamu istimewa. Adat hidup di dunia korporat, kesilapan tidak sengaja boleh saja dijadikan bahan politik di pejabat. Apatah lagi dia seorang wanita yang berusaha keras memecahkan siling kaca di tempat kerja.

Namun memandang pergerakan perlahan di jalan raya, dia menjadi ragu andai dia dapat tiba di sana bersesuaian waktunya. Apatah lagi, suaminya Ibrahim perlu diambil dahulu dari banglo mereka di Jalan U- Thant. Sedang Marwan pemandunya memecut Mercedes S280 melepasi simpang Jalan Arnpang-Jalan Tun Razak, Sarah pula bergelut kata dengan Ibrahim yang enggan pergi selagi sepasang anak rnereka tidak dapat dikesan.

Memasuki usia belasan tahun, kernewahan rnelimpah menjadikan sepasang anak angkat mereka lebih sudu daripada kuah. Pusat hiburan mana tidak dijejak, konsert mana tidak dihadiri? Semuanya di hujung jari. Teguran Sarah dan Ibrahim diambil mudah. Ini kali kedua mereka menghilangkan diri tanpa khabar berita, menim­bulkan gusar di hati ibu bapa angkat mereka.

"Nanti mereka balik. Kali pertama kan dulu, macam itu juga."

"Kali ni lain Sarah! Mereka terasa hati betul," tekan Ibrahim. Dirasakannya Sarah ter­lalu berkeras menegur pekerti mereka, sedang mereka yang baru membongkar rahsia din sendiri bagai anak angkat perlu ditangani penuh hemah.

"Awak tak risau kalau mereka diapa­-apakan orang?"

"Saya lebih risau kalau mereka yang me­ngapa-apakan orang!" Terhambur pengakuan itu dari mulut Sarah. Marwan di hadapan berwa­jah selamba memasang telinga.

"Dah habis duit nanti, baliklah. Eh, abang dah siapkah?"

"Abang tak mahu pergi selagi hal ini tak selesai," berdegil Ibrahim dengan pendiriannya.

"Awak beri alasan apa-apa pada kawan­ kawan awak, saya tak peduli."

"Abang! Abang!" Teriakan Sarah agak lan­tang menyedari suaminya sudah menghempas gagang telefon. Kuat hentakannya berdengung seketika di PDA di tangan.

"Kita singgah di rumah atau tidak, Datuk?" Marwan ingin tahu, dengan tangan bersedia menekan isyarat membelok ke kin memasuki Jalan U- Thant.

"Terus saja," ujar Sarah. Tidak berdaya rasanya memujuk suami di saat-saat begini. Dicuba menghiburkan diri, mengatakan betapa masa terjimat lantaran meneruskan perjalanan. Namun kenderaan di Jalan Tun Razak masih berasak, sesekali bercantum menjadi satu lorang di tempat dinaiki air. Dia ragu semula andai sempat tiba di hotel sebelum ketibaan menteri.

Hujan lebat dan gelap suasana menda­tangkan hiba. Kenangan kembali pada satu-satu anak kandungnya. Senibilan tahun berulang-alik ke luar negara mendapatkan rawatan kesu­buran, Sarah akhimya mengandung jua. Anak perempuan yang dilahirkan begitu mirip wajah Ibrahim. Namun ketika usia 12 tahun, anak yang dikasihi dipanggil lIahi. Dia dilanggar lari tatkala menyeberangi jalan dalam hujan lebat begini.

"Datuk." Panggilan Marwan mengejutkan Sarah. "Datuk, jalan banjir di Besraya. Kita kena ambil jalan lain."

"Ambil mana-mana, janji cepat sampai!"

Lantas Marwan memilih ke kanan, mema­suki Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban. Tatkala Mercedes itu melalui bawah gerbang jalan jejambat, sempat juga Sarah menebar pandangan pada penunggang-penungga ng motosikal berteduh di situ sementelah menanti hujan reda. Melekat pandangannya pada satu wajah lelaki berhelmet merah. Sekejap saja mengingat, sebelum sedar itulah lelaki pemban­ tu di klinik gigi yang dihadirinya petang tadi.

Dalam leka begitu, tidak disedarinya air naik di hadapan jalan, menyebabkan para pemandu kereta berhati-hati membawa kenderaan. Mar­wan nampaknya terlebih -berani, laju saja me­nempuhi air di lorang yang tidak dilalui peman­du lain.

Padah menimpa serta-merta. Enjin kereta itu terbatuk-batuk beberapa puluh meter kemu­diannya. Terpaksa Marwan menghala ke kin, sebelum enjin kereta termati sendiri. Beberapa minit habis dengan dia memanggung kepala menerima kemarahan majikannya.

Sementara Marwan menelefon bengkel ke­reta minta dihantar segera trak penunda, Sarah melempar pandangan ke luar buat menenang­kan dada. Hujan mula reda menyebabkan per­jalanan kereta-kereta ke selatan bertambah lan­car. Malahan, penunggang-penungga ng moto­sikal yang dilihatnya berteduh tadi juga sudah berani menyambung perjalanan.

Antara mereka, tertarik matanya mengekori pergerakan motosikal Kristar ditunggang lelaki berhelmet merah. Tangan pembonceng bertu­dung di belakang memaut pinggang suami, namun masih terlihat perut besar dengan janin yang dikandung badan. Tentu saja mereka dalam perjalanan pulang ke pangkuan keluarga, yang bakal menyambut ketibaan mereka penuh ceria.

Alangkah bahagianya hidup seringkas mereka, detik hati Sarah.
Blog Widget by LinkWithin
 

Di Sini Kita Bermula.... Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino