Memaparkan catatan dengan label Umum. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Umum. Papar semua catatan

5.17.2010

PEDUSI SAHMURA - Hargailah Isteri Anda


Saya lelaki. Pesan ibu, insan bernama lelaki pantang menangis. Insan bergelar lelaki tidak boleh menitiskan air mata. Insan berjenama lelaki,bukan lelaki jika dia tumpahkan permata jernih dari birai matanya.Pesan ibu saya ingat.Pesan ibu kukuh teguh terbuku-terpaku di ruyung minda saya. 40 tahun bertapa dikepala, pesan ibu hari ini saya ingkar. Pesan ibu hari ini saya lupa. Pesan dari seorang insan bergelar wanita tidak saya gubriskan,juga kerana seorang insan yang berkerudung dibawah nama wanita.

Saya sudah lama tidak ketemu dia. Kali terakhir kami berutusan berita 20 tahun lalu. Kala warkah biru masih lagi menjadi pilihan. Dia rafiq terakrab saya. Sahabat yang saya kira terunggul. Taulan yang tidak keterlaluan saya katakan, diantara bebintang yang bergentayangan dilangit hitam pekat,dialah satu-satunya bulan yang bersinar.Saya sibuk menyiapkan disertasi saya tika monitor komputer saya disinggahi ikon kecil berupa surat. Tetikus pantas saya gerakkan ke ikon yang jarang-jarang saya terima itu. Sekali tekan, surat elektronik yang hadir dari pengutus yang tidak saya ketahui asal-usulnya terpampang menjamu diagonar mata.

Malaysia,
3 Oktober 2000

Haziq,
Salam buat rafik ku yang aku kira kala ini sibuk dengan tuntutan hidup yang sentiasa menggigit. Maaf, aku muncul tiba-tiba setelah lama menyepi diri. Aku sebenarnya ketandusan kata-kata. Aku sesungguhnya tidak tahu bagaimana harus aku lakarkan agar engkau tahu duka-dura hat iku. Sekuat gegar rusuh anak bumi Jakarta mengamuk kerana Suharto dibebaskan dari tuduhannya, sekuat itu jugalah gegar-getar hati ku di bumi leluhur ini.

Maruah wanita sentiasa berkapuh di kaki lelaki, kata orang. Aku pernah bersumpah akan sentiasa berpegang dengan kata-kata itu tapi metah, sumpah aku terlerai akhirnya. Aku persis bulan yang merayu pungguk. Aku juga jadi seperti Megat Panji Alam yang merindukan Tejanya. Derita Megat dan seksa aku sama. Duka kami serupa. Cuma, pencarian aku ini tidak akan ada hentinya kerana aku tahu, aku hanya mengejar bayang-bayang semalam. Aku terlalui merindui dia, Haziq!

Mukadimah warkah yang tidak saya undang itu menjemput tanda tanya bertamu disanggar hati. Kenapa dia jadi begitu ? Mengapa dia jadi perindu setia? Hati saya turut merusuh bersama-sama dengan bait-bait perutusan yang saya jelajah-jamah seterusnya.

Haziq,
Dahlia Bukvic gadis Kosovo. Aku mula mengenalinya di kampus Universiti Islam Antarabangsa ketika bumi leluhurnya gegak-gempita di gegar hujan peluru, ketika tanah kelahirannya dentum-dentam dimamah-ratah letupan. Dahlia pelajar fakulti ku. Dia pelajar cemerlang walaupun dalam resah mengenangkan kaum keluarga di bumi Kosovo yang diancam pembersihan etnik askar Serbia.

Dahlia tidak mudah didekati. Tidak ada ruang untuk aku menghampirinya buat sekian lama hinggalah ke suatu tarikh keramat. Kerajaan Malaysia mengusulkan mengumpulkan dana untuk mangsa Kosovo. Aku menghulur bantuan dan detik itulah aku berjaya menghadirkan diri dalam hidupnya.

Kami kahwin selepas itu walaupun bonda Syarifah menghalang. Cinta aku pada Dahlia teguh-utuh biarpun bonda sering menimbulkan onar. Kata bonda, Dahlia bukan anak bangsawan Melayu seperti kami justeru itu dia tidak layak menjadi sebahagian dari kaum keluargaku. Bonda tidak rela keturunannya berumbut-berumbi asing.

Persoalan yang singgah diendokarp minda saya kian terjawab. Saya mula mengerti gejolak hati dia. Saya mula faham susur-galur kisah dia. Namun debar saya kian berganda bila saya terus meluncuri batas-batas warkah dia selanjutnya.

Lima tahun usia perkahwinan kami, kami masih berdua. Kasihku pada Dahlia mula tergugat. Aku kepingin anak yang bias panggil aku ayah!Mungkin ini balasan kerana mengingkari titah bonda. Aku jadi keliru. Dahlia tenang.Dia sentiasa tenang. Tika mendapat perkhabaran buruk tentang keluarganya di Kosovo dulu pun, dia tetap tenang.

Aku jadi kalut. Aku jadi tidak sabar. Aku jadi bingung dengan kesabarannya. Bonda pula kian mendesak-mengasak. Bara mula berasap. Bonda pula menyiram petrol. Tahap kesabaran aku mula teruji. Api kemarahan aku marak menjulang. Termakan dengan kata-kata bonda yang Dahlia mandul, cinta aku mula beralih arah. Sarah pilihan bonda aku terima. Dan Dahlia tetap setia dengan aku. Sungguh aku tidak mengerti wanita itu, Haziq. Sabarnya tidak ada penghujung!

Haziq,
Aku mula abaikan Dahlia. Tambahan pula, setelah dua bulan berkongsi kasih dengan Sarah. Dia mengandung. Dahlia, jarang sekali aku jenguk. Mual rasanya aku bila memandang wajahnya. Aku jadi begitu tidak sabar dengannya. Semua yang dilakukan serba tidak kena dimataku.

Percaya atau tidak Haziq, aku pernah menjirus tangannya dengan air teh yang panas berasap cuma kerana dia terlewat membawakan air itu padaku! Ranting tubuhnya, aku kira sudah lali dengan sepak terajangku. Pernah dia tersungkur kelantai terkena penanganku suatu hari itu Haziq. Darah merah pekat berhamburan dari kepalanya yang terhantuk dibucu meja, tapi aku bangga melangkah keluar meninggalkan dia menanggung kesakitan sendirian.

Sembilan bulan Sarah mengandung, sembilan bulan jugalah Dahlia tidak ku pedulikan. Nafkah zahir batinnya aku tidak pernah ambil peduli.Aku kira lara dia makin bertambah selepas kelahiran Zaireen Zalikha, anak aku dan Sarah. Dahlia sudah tidak ada dalam kamus hidupku!

Rasa kesal tiba-tiba sahaja datang bertamu. Saya jadi bingung. Mengapa begitu mudah kasih terhenti? Kenapa begitu senang cinta mati? Dia bukan lagi rafik yang pernah suatu ketika dulu saya kagumi.

Haziq,
Aku kira kau tahu kisah Masyitah penyisir rambut puteri Firaun. Masitah dan keluarganya, Firaun rebus didalam kawah menggelegak kerana tidak mengakui kebesarannya. Apapun seksaan Firaun, Masitah tetap sabar. Dahlia juga sesabar itu Haziq. Hatinya turut kurebus dengan kata nista tapi sungguh, dia tidak pernah melawan. Dia tidak jadi seperti ayam yang berketak bila dimarahi manusia. Dia umpama rumput dilaman yang boleh aku pijak sesuka hatiku.

Allah itu Maha Kaya. Itu ketentuan yang tidak dapat aku sangkalkan. Sarah berubah selepas melahirkan anak kami. Dia abaikan aku. Dia abaikan Zaireen Zalikha. Kata Sarah, dia tidak betah menjadi ibu. Potongan badan dia yang menggiurkan dulu telah rosak kerana mengandungkan Zaireen Zalikha,katanya.Dia kesal kerana hamil. Dan yang sungguh menghancurkan hatiku, katanya dia kesal kerana berkahwin denganku!

Anak kami terbiar Haziq. Bonda mahukan cucu lelaki penyambung zuriat. Penyambung darah bangsawan kami tapi anak aku perempuan. Sarah tinggalkan aku bersama-sama Zalikha yang masih lagi menyusu. Bonda pula tidak mahu ambil tahu. Tahukan engkau betapa rusuh hatiku tika itu. Haziq?

Saya sebak. Sebak mengenangkan betapa agungnya kuasa Tuhan. Allah tidak pernah mungkir janji pada umat ciptaan-Nya.Yang baik dibalas baik. Yang buruk mendapat pembalasan setimpal. Dalam memelihara ego seorang lelaki, saya terpaksa akur, dia wajar menerima pembalasan seperti itu dari Allah.

Haziq,
Aku terpaksa menjilat nanah yang aku cipta sendiri selepas peninggalan Sarah. Aku ketemu Dahlia. Zalikha perlukan seorang ibu. Zalikha perlukan perhatian. Aku rela sembah Dahlia tika itu Haziq, kalau-kalau dia tidak mahu mengambil Zalikha. Dia tidak menolak. Aku bertambah terpukul dengan keadaan. Mengapa semurni itu hati dia, Haziq?

Zalikha lena dalam dakapan dia. Dan engkau tahu Haziq, sememangnya Allah itu sungguh Pengasih. Zalikha kehilangan ibu. Paling mengharukan aku, Zalikha bisa membesar dari sumur Dahlia! Dahlia tidak pernah hamil. Dia tidak pernah mengandung. Mana mungkin ada susu tapi itulah kebesaran Ilahi.Aku langgar sumpah kita Haziq. Lelaki tidak seharusnya menangis.

Tatkala melihat detik itu, permata jernih ini turun tidak berhenti-henti. Jendela mataku berlangsir hujan! Saya seakan tidak percaya membaca zarah-zarah tulisannya itu. Besar kuasa-Nya.Dada saya berombak menahan sebak. Kami hidup bahagia selepas itu Haziq. Sarah telah kulepaskan secara baik. Bonda Syarifah akur dengan keputusan aku. Dia lebih banyak diam sejak Sarah tinggalkan aku. Mungkin malu dengan Dahlia. Hari-hari yang kami lalui selepas itu cukup manis. Zalikha membesar dengan kasih sayang Dahlia ,Haziq!

Waktu yang berlalu terasa begitu pantas. Usia perkahwinan kami masuk ke tahun yang ke-20. Zalikha sudah jauh besar. Dia ke Australia menyambung pelajarannya. Aku sibuk dengan perniagaanku. Dahlia tidak pernah merungut. Dia isteri setia, Haziq. Setiap hari, pulang dari kerja, makanan akan sentiasa siap terhidang. Aku jadi selesa dengan keadaan itu. Dan mungkin kerana itulah aku take things for granted! Hanya bila ada keperluan kami bercakap. Bukan aku tidak menyayanginya,Haziq. Cuma aku kira dia cukup tahu kasih sayangku padanya walaupun tidak kuucapkan.

Satu hari, Dahlia mengadu padaku. Ada ketulan dipayu daranya. Kulit disekitarnya juga berkerut-kedut dan lebih merisaukannya, adalah lelehan darah yang keluar disamping rasa sakit. Aku terlalu sibuk dengan urusan perniagaanku hinggakan permintaannya untuk menjalani pemeriksaan terbiar begitu sahaja.Aku terlupa tanggungjawabku padanya dalam kesibukan aku mengejar keuntungan.

Dedaun masa yang telah gugur tidak akan dapat dilekatkan semula pada pohon kehidupan. Itulah yang aku pelajari beberapa bulan selepas itu, Haziq.Dahlia pengsan. Menangis hingga kering segala air dalam badan pun tak akan dapat mengubah ketentuan Ilahi, Haziq. Dahlia menghidap barah payu dara. Mengapa tidak aku terfikir apa yang diberitahunya itu adalah simptom penyakit maut itu?

Menurut doktor, barah payu dara adalah pembunuh utama wanita di Malaysia. Pesakit yang datang awal untuk membuat pemeriksaan biasanya mempunyai harapan yang tinggi untuk sembuh. Malangnya Dahlia sudah diperingkat kritikal. Dahlia dibedah segera. Sumur yang pernah menghilangkan dahaga Zalikha terpaksa dibuang kedua-duanya.
Aku rasa sungguh bersalah pada Dahlia. Kalaulah aku tidak terlalu menurut sibukku, sudah tentu barah Dahlia tidak separah ini. Tika itu, baru aku sedar betapa susahnya menjadi seorang isteri. Aku ambil alih tugas dirumah kala Dahlia terlantar dihospital.

Rumahku tak ubah seperti tong sampah yang terbarai dipunggah kucing liar! Semuanya serba tidak kena. Kain baju yang tidak basuh bertaburan. Pinggan mangkuk bersusun di dalam sink. Aku terpaksa belajar membahagikan masa menjenguk Dahlia dan mengemas rumah. Hanya Tuhan sahaja yang mengerti hatiku tika itu, Haziq.

Baru aku sedar , betapa selama ini, insan yang bergelar isteri itu memikul tanggungjawab yang sungguh berat. Aku ikhlas mengaku Haziq, jika aku diberi pilihan, aku lebih rela mengambil tempat Dahlia menanggung sakitnya daripada menanggung tanggungjawabnya sebagai seorang isteri! Kesihatan Dahlia semakin menyusut. Aku diburu rasa menyesal yang tidak berkesudahan. Kata doktor, barah Dahlia sudah mengakar ke tulang belakangnya. Barah penyakit perjalanan sehala. Tidak ada perjalanan pulang. Tiketnya menuju kesatu destinasi sahaja. Mati!

Satu hari, Dahlia memanggilku. Suaranya lemah sekali. Tidak seperti hari-hari sebelumnya. Aku jadi kaget Haziq. Tiba-tiba sahaja aku begitu takut kehilangannya. Walaupun aku telah ketahui saat seperti ini akan tiba, aku seakan tidak mahu menerima kenyataan itu.

Wajah Dahlia tenang. Dia cuba menguntum senyuman yang aku kira terukir dalam kesakitan yang teramat sangat. Kepalanya kuriba, Haziq. Tuhanku,tika ku elus rambutnya yang sudah kehilangan seri itu, satu-persatu rambutnya gugur. Lebih mengguris hatiku Haziq, ada parut panjang dikulit kepalanya.Parut luka Dahlia yang terhantuk dibucu meja satu ketika dahulu masih bersisa! Aku tidak dapat menahan sebakku. Betapa berdosanya aku!

Dahlia semakin lemah. Ada air mata tergenang dibibir matanya. Jendela mataku sudah tidak mampu kubendung lagi. Dahlia pohon agar aku halalkan segala makan minumnya. Juga, dia pohon padaku,halalkan air susunya membesarkan Zalikha walaupun dia bukan ibu kandung Zaireen Zalikha. Dia pohon ampun dariku kerana tidak mampu mengurniakan anak yang dikandung dalam rahimnya sendiri.

Haziq,
Tangannya ku pegang erat. Aku tidak rela melepaskannya pergi.Bersama-sama hari yang baru mendaki dhuha serta diiringi kalimah syahada, Dahlia akhirnya terlena dalam dakapanku. Lena yang sungguh panjang!

Aku masih lagi tidak dapat menerima kenyataan yang dia telah tiada. Zalikha tiba dari Australia petang itu juga. Sempat dia mengucup dahi ibunya itu. Haziq, Megat Panji Alam masih terbau harum rambut Tejanya. Aku masih lagi terbau harum puspa kemboja. Sungguh, aku amat merinduinya. Sungguh juga, aku terlalu menyayanginya. Dia pedusi sahmura, Haziq!

Zaquan,
Malaysia.

Bait-bait terakhir warkah Zaquan cukup meruntun hati saya. Airmata saya seakan tidak mahu berhenti ini terpaksa saya seka.Besarnya pengorbanan seorang isteri. Saya juga seperti Zaquan, tidak pernah menyedari betapa agungnya seorang insan bernama wanita ini.

Pawan musim gugur yang bertiup menggigit saya. Zaquan menyedarkan saya. Saya tidak pernah mengucapkan sayang pada isteri saya setelah lebih 20 tahun lebih hidup bersama. Saya bangun. Dian sudah tertidur disofa,mungkin kerana terlalu penat menanti saya menyiapkan tugasan saya. Dia saya kejutkan dari tidur. Dian, abang sayangkan Dian!.

Terpisat-pisat bangun dari tidur, Dian terpinga-pinga. Saya tidak peduli.Zaquan terlewat. Saya tidak mahu terlewat. Saya kira anda juga tidak mahu terlewat. Selagi detik masih merangkak, selagi jantung masih berdegup, hargailah dia ! Pedusi Sahmura!

4.13.2010

ORANG IKHLAS ITU SELALU TERTINDAS?


Jika kita memberi kebaikan kepada seseorang, kebaikan itu akan dibalas walaupun yang membalasnya bukan orang yang kita berikan kebaikan itu. Hakikat ini mengingatkan saya kepada satu perbualan yang berlaku sewaktu saya mengendalikan program latihan beberapa tahun lalu di sebuah organisasi.

“Saya tidak mempunyai apa-apa harapan lagi pada organisasi ini,” kata seorang kakak berterus-terang.
“Mengapa?” balas saya.
“Organisasi ini dipenuhi oleh kaki bodek dan kaki ampu. Saya terseksa bekerja secara ikhlas di sini. Tidak pernah dihargai, tidak ada ganjaran yang wajar. Saya bukannya orang yang bermuka-muka. Tak pandai saya nak ampu-ampu orang atas, Fokus saya kepada kerja sahaja.”

Kakak itu sebenarnya adalah peserta program yang paling senior. Telah berpuluh tahun bekerja dalam organisasi tersebut. Itu adalah kali terakhir dia mengikuti program latihan. Enam bulan lagi dia akan bersara. Kesempatan yang diberikan kepadanya dalam sesi memperkenalkan diri itu telah digunakannya sepenuhnya untuk meluahkan rasa kecewa dan marahnya sepanjang berkhidmat di situ. Sungguh, dia kecewa sekali. Siapa tidak marah, jika bekerja secara ikhlas dan gigih tetapi tidak pernah dinaikkan pangkat atau mendapat kenaikan gaji?

Sewaktu rehat, sambil minum-minum dan berbual santai saya bertanya kepadanya, “kakak punya berapa orang anak?”
Sengaja saya bertanya soal-soal “di luar kotak” agar ketegangan dalam sesi sebelumnya dapat diredakan.
“Oh ramai encik…”
“Bagaimana dengan anak-anak kakak?”

Wah, saya lihat dia begitu ceria apabila mula menceritakan tentang anak-anaknya. Boleh dikatakan semua anak-anaknya berjaya dalam profesion masing-masing. Ada yang menjadi doktor, jurutera, pensyarah dan sebagainya. Malah seorang anaknya telah menjadi hafiz.
“Kakak, boleh saya bertanya?”
“Tanyalah encik…” ujar kakak itu sambil tersenyum. Mendung di wajahnya sudah berlalu. Dia begitu teruja bila bercerita tentang anak-anaknya. Memang, semua anak-anaknya menjadi.

“Jika kakak diberi pilihan, antara anak-anak yang “menjadi” dengan naik gaji, mana yang kakak pilih?”
Belum sempat dia menjawab, saya bertanya lagi, “antara kakak naik pangkat dengan anak-anak berjaya dalam karier mereka, mana yang kakak pilih?”

Dengan cepat kakak itu menjawab, “hati ibu encik… tentulah saya pilih anak-anak saya menjadi walaupun tidak naik gaji atau dapat pangkat. Anak-anak adalah harta kita yang paling berharga!”

Saya tersenyum. Hati ibu, begitulah semestinya.
“Kakak, sebenarnya keikhlasan dan kegigihan kakak bekerja dalam organisasi ini telah mendapat ganjaran…” kata saya perlahan. Hampir berbisik.
“Maksud encik?”
“Allah telah membalas dengan ganjaran yang lebih baik dan lebih kakak lebih sukai. Bila kakak ikhlas bekerja dalam organisasi ini, Allah berikan kepada kakak anak-anak yang menjadi.”
“Tidak pernah saya terfikir begitu encik…”

“Allah Maha Berkuasa. Ada kalanya takdir dan perbuatan-Nya terlalu misteri dan rahsia untuk dijangkau oleh pemikiran kita. Tetapi yakinlah what you give, you get back. Itu hukum sunatullah dalam hubungan sesama manusia. Kebaikan yang kita buat akan kembali kepada kita. Yakinlah.”
“Walaupun bukan daripada seseorang atau sesuatu pihak yang kita berikan kebaikan itu?”
“Maksud kakak?”

“Macam ni, saya buat kebaikan kepada organisasi tempat saya bekerja, tapi Allah berikan kebaikan kepada keluarga. Pembalasan Allah bukan di tempat saya bekerja, sebaliknya diberikan dalam keluarga saya. Begitukah encik?”
“Itulah yang saya katakan tadi, takdir Allah kekadang terlalu misteri. Tetapi ketetapannya mutlak dan muktamad, siapa yang memberi kebaikan akan dibalas dengan kebaikan. Dalam istilah biasa itu dipanggil golden rule!”

Kakak itu termenung. Mungkin memikirkan pertalian dan kaitan antara apa yang berlaku dalam organisasi dengan familinya.
“Metafora atau analoginya begini. Katalah kita sedang memandu di satu jalan yang mempunyai dua atau tiga lorong. Penuh sesak. Tiba-tiba sebuah kereta yang tersalah lorong di sebelah memberi isyarat untuk masuk ke lorong kita. Kerana simpati melihat dia terkial-kial memberi isyarat, kita pun beralah, lalu memberi laluan untuk kereta itu masuk di hadapan kita…”

Saya berhenti seketika mengambil nafas sambil mencari reaksi. Saya lihat kakak itu mendengar penuh minat. Dia meneliti metafora yang saya sampaikan dengan begitu teliti.
“Kemudian kita terus memandu ke hadapan. Mungkin sejam kemudian atau setelah berpuluh-puluh kilometer, tiba-tiba kita pula yang tersalah lorong. Kita pula yang memberi lampu isyarat untuk masuk ke lorong sebelah. Soalnya logikkah kalau kita mengharapkan kereta yang kita bantu sebelumnya memberi laluan untuk kita?”

Kakak itu tersenyum dan berkata, “tak logik encik. Kereta yang kita bantu tadi entah ke mana perginya.”
“Tapi ada tak kereta lain yang simpati dan memberi laluan untuk kita?’
“Pasti ada! Insya-Allah.”
“Ya, begitulah. Padahal kereta itu tidak pernah sekali pun kita tolong. Tetapi Allahlah yang menggerakkan hati pemandunya untuk memberi laluan kepada kita. Orang yang kita beri kebaikan, tidak ada di situ untuk membalas kebaikan kita… Tetapi Allah menggerakkan hati orang lain, yang tidak pernah merasa kebaikan kita untuk membalas kebaikan kita tadi.”

“Subhanallah!”
“Begitu dalam litar di jalan raya dan begitu jualah litar dalam kehidupan manusia. Kita buat baik kepada A, tetapi kerap kali bukan A yang membalas kebaikan kita tetapi B atau C atau D atau lain-lainnya yang membalasnya. Inilah hakikat yang berlaku dalam kehidupan ini.”
“Kita tidak boleh kecewa bila keikhlasan kita dipersiakan?” tanya kakak itu lagi. Lebih kepada satu respons minta diiyakan.

“Kakak, ikhlas sebenar tidak pinta dibalas. Tetapi Allah Maha Kaya dan Maha Pengasih, siapa yang ikhlas akan diberi ganjaran walaupun mereka tidak memintanya kerana setiap kebaikan itu akan dikembalikan kepada orang yang melakukannya. Ia umpama bola yang dibaling ke dinding, akan melantun semula kepada pembalingnya!”
“Selalunya saya dengar, orang ikhlas akan dibalas di akhirat.”
“Itulah balasan yang lebih baik dan kekal. Tetapi saya katakan tadi, Allah Maha kaya, Allah mahu dan mampu membalas keikhlasan hamba-Nya di dunia lagi.”

“Maksud encik?”
“Orang yang ikhlas akan diberi ketenangan dan kebahagiaan dalam hidup. Anak-anak yang soleh dan solehah. Isteri yang taat atau suami yang setia. Dan paling penting… hati yang sejahtera. Inilah kekayaan dan kelebihan yang lebih utama daripada pangkat, gaji dan jawatan.”
“Jadi orang ikhlas akan terus ditindas, tidak dapat kenaikan pangkat atau gaji? Bukan apa, saya terfikir kenapa nasib kaki ampu dan kaki bodek lebih baik dalam organisasi. Mereka dapat naik pangkat!”

Giliran saya pula tersenyum.
“Tidak ada kebaikan yang akan kita dapat melalui jalan yang salah. Percayalah, kalau benar mereka kaki ampu dan bodek sahaja… pangkat yang mereka dapat akan menyebabkan mereka melarat. Gaji naik, tetapi ketenangan hati menurun. Ingat apa yang saya kata tadi, what you give you get back… Golden rule itu bukan untuk kebaikan sahaja, tetapi untuk kejahatan juga. Kalau kita berikan kejahatan, kejahatan itu akan kembali semula kepada kita. Kaki ampu, mungkin akan dapat anak yang pandai bermuka-muka. Kaki bodek mungkin dibalas dengan isteri yang berpura-pura!” terang saya panjang lebar.

“Jadi apa yang harus saya lakukan dengan baki masa perkhidmatan yang tinggal tidak beberapa bulan lagi ni?”
“Bekerjalah dengan gigih. Walaupun mungkin bos tidak melihatnya, tetapi Allah Maha Melihat. Bekerja itu satu ibadah. God is our “ceo”, kata orang sekarang. Insya-Allah, satu hari nanti manusia juga akan diperlihatkan oleh Allah tentang keikhlasan manusia yang lain. Jangan berhenti memberi kebaikan hanya kerana tidak dapat penghargaan…”
“Maksud encik?”

“Jangan mengharap terima kasih daripada manusia atas kebaikan yang kita buat kepadanya.”
“Kenapa?”
“Kita akan sakit jiwa!”
“Kenapa?”
“Kerana umumnya manusia tidak pandai berterima kasih. Lihatlah, kalau kepada Allah yang Maha Memberi pun manusia tidak pandai bersyukur dan berterima kasih, apalagi kepada manusia yang pemberiannya terbatas dan berkala. Sedikit sekali daripada manusia yang bersyukur,” balas saya mengulangi apa yang maktub dalam Al Quran.

“Tetapi Allah tidak berhenti memberi… “ kata kakak itu perlahan.
“Walaupun manusia tidak berterima kasih kepada-Nya. Sekalipun kepada yang derhaka dan kafir, tetapi Allah terus memberi… Justeru siapa kita yang tergamak berhenti memberi hanya kerana tidak mendapat penghargaan dan ucapan terima kasih?”
“Ah, kita terlalu ego…”

Dan itulah kesimpulan perbualan yang saya kira sangat bermakna dan besar impaknya dalam hidup saya. Saya terasa “diperingatkan” semasa memberi peringatan kerana pada hakikatnya saya juga tidak terlepas daripada lintasan hati oleh satu pertanyaan… orang ikhlas tertindas?

3.13.2010

Nota Hati Seorang Lelaki Bergelar BAPA



PETIKAN : 'Nota Hati Seorang Lelaki' ( Pahrol Mohd Juoi )

Entahlah apa yang selalu bermain pada fikiran ayah. Apabila saya ingin pulang kembali ke kota, dia kerap minta duit. Seakan-akan mendesak.... " Ada duit? Minta ayah sedikit.."
Saya masih ingat waktu itu kehidupan saya terlalu sukar. Untuk mendapat seratus ringgit di dalam poket pada satu-satu masa pun payah. Kalau balik kampung selalunya duit yang ada hanya cukup-cukup tambang. Mujurlah, isteri dan anak-anak saya sudah faham. Alhamdulilah mereka 'sporting' dan tidak banyak meragam.

"Emak, ayah asyik minta duit. Bukan tak mahu bagi, tapi saya memang tak ada duit," Bisik saya kepada emak. Emak seperti biasa, berwajah selamba, sukar ditembak reaksinya.

" Bagilah beberapa yang ada," cadang emak pendek. "Takkan 5 ringgit?"

Emak mengganguk. Saya rasa bersalah untuk memberi ayah wang sebanyak itu. Apalah yang boleh dibeli dengan wang 5 ringgit.... Tapi kerana tidak mahu menghampakan harapa ayah dan ikutkan cadangan emak, saya gagahi juga memberinya.

Ayah selalunya tersenyum menerima pemberian saya. Tetapi yang mengejutkan ialah apabila kami sekeluarga berada dalam perut bas dalam perjalanan pulang ke kota. Di kocek anak saya sudah terselit wang sepuluh ringgit. Siapa yang bagi kalau bukan ayah? 10 tolak 5, saya masih 'untung' 5 ringgit. Geli hati mengenangkannya.

Begitulah selalunya tahun demi tahun. Apabila kami pulang ziarah ke kampung, saya akan memberi pemintaan ayah. Kengkadang terlupa, tetapi ayah akan selalu mengigatkan. Akhirnya, saya memang sediakan peruntukan khas untuk diberikan kepada ayah setiap kali pulang kampung. Kedudukan ekonomi saya yang masih goyah kekadang hanya mengizinkan wang dua ringgit untuk diberikan kepada ayah. Ironinya, ayah tetap dengan pemintaannya dan tetap tersenyum apabila menerima. Tidak kira berapa jumlahnya. Emak terus-terusan selamba. Saya masih sukar menandingi ketajaman rasa seorang isteri (emak) dalam memahami hati suaminya (ayah).

Begitupun setiap kali dalam perjalanan pulang, kocek anak saya akan jadi sasaran. Kekadang itulah duit pelengkap membeli tiket pulang. Ayah akan setiap memasukkan duit yang melebihi jumlah saya berikan kepadanya. Saya tidak mengambil masa lama untuk memahami apa maksud tersirat disebalik perlakuan ayah itu. Dia meminta wang pada saya bukan kerana 'tidak ada', tetapi dia ada sesuatu yang lebih besar ingin dicapainya atau disampaikannya.

Namun, secara bertahap-tahap buku tulisan saya semakin mendapat sambutan. Bukan itu sahaja, perniagaan yang saya mulakan secara kecil-kecilan semakin membesar. Kalau dulu kami pulang ke kampung dengan bas, tetapi selepas beberapa tahun saya pulang dengan kereta milik sendiri. Saya masih ingat komen ayah ketika saya pulang dengan kereta kecil Kancil milik kami sendiri.

"Nanti, besarlah kereta kamu ini...." ujur ayah senyum.

Apapun saya tetap memenuhi permintaan ayah setiap kali pulang ke kampung. Wang saya dahulukan kepadanya. Dan ayah juga konsisten dengan sikapnya, ada sahaja wang yang diselitkan dalam kocek anak saya.

" Eh tak payahlah ayah..." sekarang saya mula berani bersuara. Ekonomi keluarga sudah agak stabil. Malu rasanya mengambil duit ayah walaupun perantaraan pemberian datuk kepada cucunya. Saya tahu dan sedar, hakikatnya ayah hendak memberi kepada saya sejak dulu, tetapi sengaja atau tidak ingin saya merasa segan, duit diberi melalui anak.

"Kenapa, dah kaya?" usik ayah. Hendak tak hendak, duit dikocek anak tetap diselitkannya. Cuma sekarang bezanya, duit itu tidak lagi 'dikebas' oleh saya. Dan dalam hati, saya mula berasa senang kerana jumlah yang saya berikan kepada ayah, kini sudah melebihi apa yang mampu diselitkan ke kocek anak saya. Tidak semacam dulu lagi, duit pemberian ayah kepada anak saya sentiasa melebihi duit pemberian saya kepadanya.

Masin sungguh mulut ayah. Tidak sampai tiga tahun, kami bertukar kereta!. Di samping menulis, saya menjadi penerbit. Perniagaan semakin rancak. Oleh sebab bilangan anak bertambah dan keperluan kerja yang meningkat saya sudah membeli MPV utuk kegunaan harian. Anak-anak mula menjejak menara gading. Kehidupan semakin laju dan aktiviti semakin rancak. Namun sibuk sekalipun saya tetap pulang menziarahi ayah dan ibu. Anehnya ayah tetap memberi kepada anak saya walaupun kini saya telah dikenali sebagai korporat yang berjaya. Rupa-rupanya, ayah memberi bukan kerana kekurangan atau kelebihan kami, tetapi dia MEMBERI KERANA ALLAH. Mencontohi Allah al-Wahhab itu!

Anda ingin tah apa pesan penulis itu kepada saya? Ya, mari kongsi bersama

" Kini aku benar-benar faham bahawa ibu ayah yang tua bukan beban dalam kehidupan di dunia, lebih-lebih lagi dalam kehidupan di akhirat. Mereka bukan 'liabiliti' tetapi sebenarnya aset untuk kita (walaupun istilah itu sebenarnya kurang atau tidak tepat kerana ibubapa bukan benda). Rugi betul siapa yang mempunyai ibu bapa yang telah tua tetapi mengabaikannya.

"memberi kepada ibu bapa hakikatnya memberi kepada diri sendiri. Walaupun itu bukan niat kita ketika memberi, tetapi percayalah rezeki berganda akan pulang kepada kita semula. DOA MEREKA MUSTAJAB. Harapan mereka kenyataan. Kasih mereka bekalan. Benarlah sepertimana sabda Rasulullah s. a. w, keredhaan Allah terletak kepada keredhaan ibu bapa."


Baiklah, inilah sebenarnya rahsia 'perniagaan' yang jarang-jarang diperkatakan oleh tokoh korporat. Juga tidak pernah ditulis dalam mana-mana buku perniagaan. Masih punya ibubapa? MEMBERILAH KEPADA MEREKA. Tidak ada? Tidak mengapa, memberilah kepada anak-anak anda. Tidak ada juga? Memberilah kepada sesiapa sahaja. Kita sentiasa berfikir untuk memberi. Memberi kepada orang lain bererti memberi kepada diri kita sendiri walaupun itu bukan maksud kita ketika mula memberi!

2.28.2010

SAMAN TRAFIC Istimewa


Suatu Hari....... Dari kejauhan, lampu lalulintas di satu persimpangan itu masih menyala hijau. Harun segera menekan pedal minyak kenderaannya. Dia tak mau terlambat. Apalagi ia tahu penempatan di situ cukup padat sehingga lampu merah biasanya menyala cukup lama. Kebetulan jalan di depannya agak lengang. Lampu berganti kuning. Hati Harun berdebar berharap semoga ia boleh melepasi lampu hijau itu dengan segera. Tiga meter sebelum garis jalan, lampu merah menyala. Harun bimbang, haruskah ia berhenti atau terus saja. "Ah, takkan nak brake mendadak," fikirnya sambil terus memandu laju.

Priiiiiiiiiiiiiiit! Di seberang jalan seorang pegawai polis melambaikan tangan memintanya berhenti. Harun menepikan kenderaannya agak jauh sambil mengumpat dalam hati. Dari cermin pandang sisi ia melihat pegawai polis itu. Wajahnya tak terlalu asing baginya.

Jamal rupanya! Sahabat baiknya semasa di sekolah menengah dulu. Hati Harun agak lega. Dia cepat cepat keluar sambil melambai mesra.

"Pekabo, Jamal! Lamanya tak jumpa... last jumpa masa aku kawen dulu" "Aku baik je." Tanpa senyum. "Alahai... aku ndak cepat nih. Bini aku dah lama menunggu di rumah." "Oh ye ke?" Nampaknya Jamal ragu. "Ye la Mal, hari ini bini aku punya birthday. Dia dan anak-anak sudah menyiapkan semuanya. Tentu aku tidak boleh terlambat, kawan-kawannya pun sedang menunggu " "Aku paham. Tapi, sebenarnya aku dah lama peratikan kau... selalu sgt kau langgar lampu merah di persimpangan ini."

Harun mesti ganti strategi. "Jadi, kau nak menyaman aku ker? Tapi tadi aku tidak melanggar lampu merah. Sewaktu aku jalan lampu kuning masih menyala." Berdusta sedikit boleh melancarkan keadaan fikir Harun. "Ok. Sebenarnya aku nampak jelas. Tolong keluarkan lesen dan kad pengenalan."

Dengan kesal Harun menyerahkan lesen dan kad pengenalan lalu masuk ke dalam kenderaan dan menutup kaca tingkapnya. Sementara itu Jamal menulis sesuatu di buku catatannya. Beberapa saat kemudian Jamal mengetuk kaca tingkap kereta harun. Harun memandang wajah Jamal dengan penuh kecewa. Diturunkan tingkap sedikit saja.

"Ah, satu inci cukup untuk memasukkan surat saman." Fikir Harun. Tanpa berkata-kata Jamal terus kembali ke tempat dia bertugas. Harun mengambil surat saman yang diselitkan Jamal. Tapi, hei apa ini. Ternyata lesen memandu dan ic dikembalikan bersama sebuah nota. Kenapa ia tidak menyaman aku. Lalu nota ini apa? Semacam gurauan atau apa? Tergesa-gesa Harun membuka dan membaca nota yang berisi tulisan tangan Jamal.

------------ --------- --------- --------

"Harun... Kau tahu kan aku dulu ada seorang anak perempuan dan seorang isteri yang cantik. Sayang, mereka sudah meninggal dunia. Dilanggar pemandu yang tidak memperdulikan lampu merah dipersimpangan ini. Pemandu itu dihukum penjara selama 3 bulan. Sekarang pemandu itu bebas bertemu isteri dan memeluk ketiga2 anaknya lagi. Sedangkan anak dan isteriku sudah tiada. Hari ini aku sendirian menyesali peristiwa itu. Yang pergi tidak akan kembali lagi. Beberapa kali aku cuba memaafkan pemandu itu tetapi sangat sukar. Begitu juga kali ini bila sahabatku sendiri memandu seperti pemandu itu. Aku kecewa teramat sgt. Berhati-hatilah ketika memandu Run" – Jamal

------------ --------- --------- --------

Harun terkedu. Ia segera keluar dari kenderaan mencari Jamal. Namun, Jamal sudah meninggalkan pos tempat ia bertugas. Sepanjang jalan pulang ia memandu perlahan dengan hati tak tentu sambil berharap kesalahannya dimaafkan.

Tak semestinya anggapan kita adalah sama dengan pengertian orang lain. Boleh jadi suka kita adalah duka rakan kita. Hidup ini sangat berharga, jalanilah dengan penuh hati-hati, mengerti perasaan orang lain dan bertimbangrasa.

9.03.2009

Anda Adalah PENDERMA tegar di dalam SISTEM TAKAFUL


Tahukah anda tujuan mengambil perlindungan takaful adalah untuk menyediakan tabung kewangan sekiranya terjadi apa-apa terhadap diri anda atau pasangan anda.

Contohnya : jika anda seorang lelaki yang telah berumahtangga mempunyai anak-anak sudah tentu tanggungan anda adalah mereka. Jika anda masih belum berkahwin, tanggungjawab anda adalah kepada ibubapa dan adik-beradik. Justeru, jika anda telah tiada atau anda tiba-tiba disahkan mengidap penyakit dan sedangkan mereka semua amat bergantung harap pada anda, bagaimanakah dengan masa depan mereka....?

Tiada pun seorang ayah atau ibu di dunia ini yang mahukan anak-anak mereka susah, sengsara hanya disebabkan oleh dirinya. Samada ketika di timpa penyakit, lumpuh, meninggal dunia dan macam-macam perkara yang tidak kita ingini berlaku. Ini semua biasa berlaku dan tanpa kita sedari mungkin suatu hari ianya terjadi ke atas diri kita!

Petikan dari : http://takaful2all.blogspot.com

9.01.2009

Jawatan Kosong (Guru GSTT SABK 2010)


Sila Forward JAWATAN KOSONG INI......

Kepada sesiapa yang berminat untuk mengajar dan mendidik golongan murid muslim... Moga mereka menjadi mata rantai perjuangan islam akan datang. Betapa besarnya tanggungjawab yang anda bakal pikul. Tidak ternilai pahala yang bakal anda perolehi selagi ilmu yang ada ajari dipraktikkan...
  • Permohonan Guru Sandaran SABK (Sekolah Agama Bantuan Kerajaan) seluruh Malaysia.
  • Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah
  • Tarikh Akhir : 11 september 2009
  • P1T3 : RM1720.90 bagi Ijazah SArjana Muda Am
  • P1T5 : RM1901.80 bagi Ijazah SArjana Muda Kepujian
  • Elaun Khidmat Awam - RM300.00
  • Bantuan Sara Hidup (COLA) - Mengikut Kelayakan@Tempat
  • ITP (Imbuhan Tetap Perumahan) - Hanya akan di bayar setelah selesai Induksi & BTN@dapat surat lanitkan
  • Salinan fotokopi yang asal dan perlu (stamp pad dakwat biru)


Program selama 2 tahun. Setiap cuti bulan Mei/Jun dan November/disember akan masuk maktab. Gaji macam orang kerja biasa (tak macam KPLI, DPLI dan JQAF - mereka hanya dapat elaun RM1200++), gaji full. Cuma tak dapat Imbuhan Tetap Perumahan (ITP).

Mengajar dan praktikal di sekolah yang di tawarkan. Selepas selesai maktab (2 tahun) + 1-3 tahun untuk pengesahan jawatan baru boleh mohon tukar sekolah.

Malah jika kerajaan isytihar bonus kakitangan kerajaan, pun layak untuk dapat gak...

p/s: isteri saya sedang ikut program GSTT - SABK ni. Dah 2 kali masuk maktab - nov/dis 2008 dan Mei/jun 2009. Akan datang masuk nov/dis 2009 dan mei/jun 2010. Jun terus Induksi dan BTN. Dengar2 citer akan terus di interview. Lagi cepat nak dapat surat lantikan dan pengesahan. InsyaAllah.

Sila download borang. Klik Sini

8.13.2009

BILA NENEK TERPAKSA MENJAGA CUCU


Menjadi isteri bukan mudah, takut anak-anak yang dilahirkan tak jadi manusia, takut suami tak boleh bertahan lama, takut rumah tangga tak bahagia, bila umur semakin tua takut anak-anak menantu tak boleh terima dan macam-macam lagi yang difikirkan.

Syukur kepada Allah dalam kesibukan bekerja segalanya dapat saya uruskan dengan baik anak-anak terpelihara dan terima kasih kepada suami yang bertimbang rasa serta bertanggung jawab, tanpanya pasti saya kalah menguruskan keluarga. Demikian cerita Shofia dalam e-mel dan ketika kami berbual di telefon baru-baru ini.

Saya bersyukur apabila anak-anak tamat pengajian, mereka mendapat pekerjaan. Sebaik sahaja bekerja, mereka sibuk hendak berkahwin. Di sinilah bermulanya masalah mereka. Kita sebagai ibu bapa tidak pernah membantah pilihan mereka, tetapi masalahnya kewangan mereka belum kukuh.

Bila anak lelaki saya nak kahwin setelah setahun bekerja, kita yang terpaksa siapkan duit hantaran dan majlis kenduri kahwin mereka.

Kerana anak sulung nak kahwin kita buat sebaik mungkin, tak ada duit kita bantu sebab tak mahu dia buat pinjaman peribadi untuk duit hantaran. Malangnya setelah dapat seorang anak, baru saya tahu dia meminjam bank juga untuk ke luar negeri berbulan madu.

Bila dah beranak, dia hantar rumah kita sebab tak ada orang nak jaga. Tak sampai dua tahun anak kedua pulak nak kahwin, begitu juga halnya semua kita kena urus, nasib kami masih bekerja dan ada sedikit simpanan. Selesai semuanya walaupun simpanan hari tua sudah berkurangan, ini belum anak bongsu perempuan kami nak kahwin tentu lebih besar belanjanya.

Dipendekkan cerita ketiga-tiga anak kami berkahwin dalam usia masih muda. Simpanan kami semakin kering nasib baik ada pencen. Setelah kahwin mereka duduk sendiri, tapi duduk di KL bukan mudah kalau tak pandai berjimat cermat. Akhirnya bila dah beranak pinak rumah kami jadi pusat jagaan bayi. Pagi hantar malam lepas makan baru ambil, ada juga yang tinggal dengan saya sepenuh masa sebab rumah mereka jauh nak berulang setiap hari. Kerana itu saya terpaksa ambil pembantu rumah, walaupun sudah bersara.

Bila cucu dah ramai macam-macam masalah timbul, ada yang kecil hati bila anaknya terjatuh dan ada yang komplen anaknya masih belum mandi ketika mereka balik. Sebagai nenek saya tak pernah pilih kasih terhadap cucu-cucu saya, semuanya sama. Inilah masalahnya bila cucu dah ramai.

Kerana kecil hati anak yang tua tak mahu hantar anak-anaknya lagi ke rumah kami. Rindunya saya pada dua orang cucu kami itu hanya Allah yang tahu. Maklum dialah cucu sulung yang kami jaga sejak kecil. Tapi bila masalah kewangan terus menekan mereka suami isteri, mereka hantar semula anak-anak ke rumah kami.

Satu hari cuti, saya panggil anak-anak dan menantu, saya ceritakan apa yang saya lakukan terhadap anak-anak mereka bukan tujuan menganiaya, sebaliknya supaya mereka lebih tertib, berdisiplin dan keselamatan mereka terjaga. Sebagai nenek saya sayangkan cucu-cucu saya seperti saya sayangkan mereka dulu.

Malangnya kita boleh memperlihatkan keikhlasan kita kepada anak-anak kita sendiri, tetapi tidak kepada salah seorang menantu saya yang mempunyai pandangan berbeza.

Pada saya merotan bukan tanda tak sayang, tetapi menantu saya mahukan anaknya dididik secara psikologi. Akhirnya dia tarik diri dan hantar anaknya ke pusat asuhan.

Pada saya kalau itu cara yang terbaik, tak jadi masalah, janganlah pula suruh anak saya datang ke rumah meminjam wang setiap bulan. Kami sudah bersara, pendapatan kami tak seberapa, sedangkan tanggungjawab kami menjaga dan membesarkan anak-anak mereka memerlukan perbelanjaan yang banyak. Siapa boleh tahan.

Saya kasihan lihat suami saya, dia hendak bermasyarakat dengan penduduk taman perumahan tempat kami tinggal yang selama ini tidak dapat dilakukannya kerana sibuk bertugas, malangnya setelah bersara pun dia tidak berkesempatan, tak dapat ke surau kerana sibuk dengan cucu.

Awal tahun lepas kami buat keputusan untuk ke mengerjakan ibadah haji sekali lagi, kami minta mereka mencari jalan siapa patut menjaga anak-anak mereka. Nak ambil pembantu rumah ke atau minta tolong dengan mertua masing-masing.

Nak jadikan cerita dah dekat tarikh kami berangkat mereka masih tak dapat pembantu rumah untuk menjaga anak-anak mereka. Alasannya anak-anak mereka lebih senang tinggal di rumah kami. Akhirnya mereka bergilir tidur di rumah kami menemankan pembantu rumah saya supaya dia boleh terus menjaga anak-anak mereka.

Pada saya itu adalah pengajaran yang terbaik supaya mereka lebih bertanggungjawab kepada anak masing-masing, biar mereka tahu susah senang menjaga anak-anak sendiri, tidak hanya melepaskan tanggungjawab kepada datuk dan nenek.

Mulai awal tahun ini saya buat undang-undang baru, kalau mahu kami terus menjaga anak-anak mereka, mereka mesti hormati kami sebagai ibu bapa, mereka mesti bertanggungjawab sama mendidik anak. Jangan cepat melenting kalau anak mengadu kena pukul atau kena marah dengan datuk dan nenek. Itu semua untuk mendisiplinkan mereka.

Kalau ada sesiapa yang tak bersetuju, mereka boleh didik sendiri. Nampak gaya tak ada siapa yang bersuara, sebab dah terasa susah menjaga anak-anak sendirian yang terlalu banyak ragam apabila mereka semakin besar.

Mulai awal tahun ini mereka mula meringankan beban kami ada yang membayar gaji pembantu rumah, ada yang membeli keperluan dapur ada yang membantu ke pasar. Bukan kami minta, tetapi kami mahu mereka sama bertanggungjawab bukan sahaja terhadap anak-anak mereka, tetapi kepada kami yang semakin tua ini.

Bukan senang mendidik anak, lebih sukar mendidik menantu, namun mendidik anak yang masih kecil lebih mudah jika mengikut disiplin yang betul. a_

Demikian cerita Shofia tentang masalahnya menjaga cucu hingga ada perasaan menantu yang terguris, tetapi semuanya boleh diatasi jika ada perasaan ingin melihat kebaikan dalam diri anak-anak mereka

8.12.2009

Renung-renungkan (Perihal Kerja)


Ketika kamu melihat seseorang..... Ingatlah itu sebagai pertemuan suci....
Ketika kamu melihat orang itu... Kamu melihat dirimu sendiri...
Ketika kamu menganggapinya.. Kamu menganggaplah dirimu sendiri.......

"Ada orang datang ke pejabat dengan perasaan penuh gembira & ceria , ada datang dengan perasaan "biasa" dan ada datang dengan perasaan serba tak kena "

Ingat lah, sesiapa yang datang hanya dengan perasaan "biasa" saja, hasilnya adalah "biasa" saja, sesiapa yang datang dengan ceria, hasilnya akan jadi lebih daripada biasa ataupun luar biasa.

Bekerja la dengan ceria agar menghasilkan produktiviti yang luar biasa yang akan menggembirakan orang di sekeliling kita. Semoga hasil itu akan mendapat keberkatan insyallah.... "


Jadi renungkan lah....

  1. Ada antara kita datang ke pejabat hanya memenuhi tanggungjawab 'DATANG BEKERJA' tapi hampa, hasilnya macam kita ' TAK DATANG' kerja
  2. Ada kala kita rasa kita BUSY giler, rupanya kita hanya 'KELAM KABUT' .
  3. Adakala kita rasa kita PERIHATIN , tapi rupanya kita BUSY BODY.
  4. Adakala kita rasa kita OPENMINDED and OUTSPOKEN tapi rupanya kita KURANG PENGAJARAN.
  5. dakala kita rasa kita berpemikiran KRITIS , rupanya kita hanya lebih kepada KRITIK yang mencipta KRISIS.
  6. Adakala kita rasa kita ingin menjadi LEBIH MESRA tapi rupanya kita di lihat lebih MENGADA-NGADA.
  7. Adakala kita suka bertanya 'KENAPA DIA NI MCM TAKDE KEJE', adalah lebih baik kita tanya 'APA LAGI KEJE YANG AKU BOLEH BUAT ?'
  8. Adakala kita rasa kita ni pekerja yang SEMPURNA, BAIK DAN BERDEDIKASI tapi cuba tengok dalam-dalam, selagi hati kita berdengki, jatuhkan reputasi sesama rakan sekerja (report kat bos kawan kita tak bagus dari kita) dan tak amanah (mencuri dan tak siapkan kerja), kita sebenarnya patut terima hakikat betapa kita lebih teruk dari dari anggapan kita itu sendiri.
Pejam mata dan renung lah diri, kalau kita perlu melakukan ANJAKAN PARADIGMA , maka lakukanlah segera... tapi manusia tetap manusia... sukar untuk berubah kerana kita selalu beranggapan kita lebih baik... adakah dengan merasakan itu kita sememangnya terbaik?

Maka untuk itu , mari kita mula senyum, ceria, mesra sesama kita dan tingkat kerjasama dalam kerja, tak rugi kita semai rasa 'kekeluargaan' dalam tugasan .. kalau kita kurang kerja, cari la kerja membantu teman-teman yang lain.

Tak dapat gaji lebih pun tak apa sebab pahala dapat.. kita withdraw kat akhirat nanti... tapi kalau kita asyik dengki mendengki.. nasib la sebab sudah ditentukan jalan yang sukar itu yang kita pilih..

Renungi lah, berapa ramai kawan kita dan berapa ramai lawan kita, nescaya itulah kayu pengukur diri yang sebaiknya

"Mengkritik tidak bererti menentang, Menyetujui tidak semestinya menyokong, Menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik."

8.11.2009

Betul-betul... (nada upin & ipin)


  1. Kondominium tidak ada kena mengena dengan kondom. Tetapi di kondominium kita boleh dapat banyak kondom terpakai.
  2. Aurat dan urat adalah dua benda yang berbeza. Namun begitu, apabila melihat perempuan yang mendedahkan aurat, urat lelaki akan krem di sesetengah kawasan.
  3. Kuih tat enak di makan. Tapi apabila kita makan lapan keping kuih tat, kita mungikin dituduh mencarut. Kalau tak percaya, cuba kira satu tat, dua tat, tiga tat, sampai lapan.
  4. Laksamana adalah jawatan besar di dalam kesultanan Melayu Melaka. "Laksa kedah" pula adalah contoh jawapan kalau orang tanya kita "laksa mana ni?"
  5. Barbeque adalah makanan yang enak. Namun begitu '**** queue' haram dimakan oleh orang Islam.
  6. Sesetangah orang memanggil cili sebagai cabai. Tapi kalau mulut nak kena cabai, cuba la cakap 'cipan' kat depan orang tua-tua.
  7. Membuat tahu sumbat sungguh meletihkan. Lebih letih lagi kalau orang lain hanya tahu nak sumbat je tahu sumbat dalam mulut.
  8. Si Bosia dan Bojan dipandang hina oleh masyarakat. Namun begitu si Boroi yang makan duit rakyat mendapat sanjungan.
  9. Bermain bola keranjang memang meletihkan. Bermain di ranjang juga boleh meletihkan.
  10. Allahyarham P. Ramlee tak pernah dapat Lesen P sebab baru diperkenalkan. Penyanyi pop yeh yeh L. Ramli mungkin pernah dapat lesen L. Tapi Allahyarham A. Ramlie tak pernah dapat lesen A sebab tak ada.
  11. Ramai orang lelaki takut kalau-kalau mati pucuk. Tapi tak takut kalau-kalau mati esok.

8.10.2009

Akal Anak2 Kecil



Ada seorang guru yg cuba ingin menyesatkan anak2 muridnya yg berumur 4thn.. Kisahnya bermula mcm ni

Cikgu : Ok murid kamu nampak x pen yg cikgu pegang ni?

Murid : Nampak cikgu

cikgu : Ok skrg cikgu sorok pen ni ... kamu semua nampak x?

Murid : Xnampak la cikgu

cikgu : Ok kamu semua ada tuhan ker tidak ?

Murid : Ada!

Cikgu : Kamu nampak ker tidak tuhan kamu tuh?

Murid : Xnampak cikgu

cikgu : Jadi tuhan tuh ada ker tidak???

Murid : Xder cikgu

dgn perasaan poyo dan bangganya cikgu tersebut mengukir senyuman sinis kerana dpt serba sikit merosakan ahlak murid2 tersebut.... .

Akan tetapi ada seorang budak pintar bernama ali dgn secara tiba2 bangun dr kerusi lalu berjalan menuju ke hadapan dan berdiri di sebelah guru perempaun tersebut dan berkata

ali : Ok kawan2 semua... cikgu ada otak ker tidak??

Kwn2 : Ada!!!!!!!!! !

Ali : Tapi kamu semua nampak x otak cikgu??

Kwn2 : X nampak!

Ali : Jadi cikgu ada otak ker tidak?

Kwn2 : Cikgu xder otak!!!

8.09.2009

Bahagiakah kawin hanya kerana cinta...?


Barangkali kisah ini boleh menjadi renungan bagi kita, terutamanya yang ingin berumah tangga :

Alkisah, seorang pemuda miskin bernama Jamil, berasal dari Benut, Pontian. Keluarganya hanyalah keluarga sederhana. Tidaklah disebut miskin. Ayahnya sehari-hari bekerja sebagai tukang jahit dikampungnya. Karena kegigihannya, Jamil berjaya melanjutkan pelajaran hingga ke UTM walaupun dengan perbelanjaan seadanya. Semasa semester 3 di kampus, Jamil jatuh hati pada seorang gadis bernama Ayu Sofea, juga sama-sama kuliah di fakulti yang sama. Ayu adalah putri seorang tokoh korporat ternama di daerah Johor Bahru dan juga masih keturunan diraja. Walaupun secara ekonomi, mereka jauh berbeza, namun itu tidak menghalang keduanya untuk saling mencintai.

Ayah Ayu yang mengetahui putrinya begitu mencintai pemuda dari keturunan biasa, tak mampu mencegah gelora cinta putrinya. Maka setelah keduanya lulus, pernikahan keduanyapun diselenggarakan dengan meriah. Pesta besar-besaran diadakan untuk mengiringi nikahan. Ayah Jamil yang tak punya banyak harta, hanya dapat memberikan bantuan sumbangan pakaian, langsir, sarung bantal, yang semuanya dibuat dan dijahit sendiri khas untuk pernikahan anaknya.

Bahagiakah Ayu bersanding dengan Jamil ?

Ternyata kebahagiaan mereka tidak berlangsung lama. Tibalah saatnya malam pengantin tiba. Mereka berduapun memasuki peraduan dengan bahagia. Namun, ketika Jamil membuka pakaiannya dan tinggal hanya memakai seluar dalam, berteriaklah Ayu dengan kuat, sebelum akhirnya pengsan tak sedarkan diri. Jamil masih dalam kebingungan dan tidak tahu kenapa isterinya histeria dan pengsan. Dilihatnya seluar dalam yang dipakai.

Aduh !!! Jamil lupa yang seluar dalam itu dijahit oleh ayahnya, dibuat dari kain bekas bungkus tepung gandum. Di tengah seluar dalam itu masih terpampang jelas tulisan, BERAT BERSIH 25 KG.

Sudah tentu Ayu terus pengsan melihatnya. Ayu tidak dapat membayangkan seberapa besar isinya dengan berat sebegitu.

p/s: Barangkali kisah ini boleh menjadi renungan bagi kita, terutamanya yang ingin berumah tangga

Amboi....Serius sangat membacanya.....!!! he...he...he....sekali-sekala bergurau, apa salahnya!!! Jangan Mara aaaa...!

:

8.08.2009

Peribahasa Bergambar - Edisi DBP Terbaru


a35cec.jpgpunya susu, a35cfb.jpgdapat nama.

Maknanya: Macam mana keras bekerja pun, macam mana nya canggih idea kita
pun, last last, boss jugak yang dapat nama. Apakan tidak, kat dalam
management meeting, mana kita tau apa yang boss khabarkan kat ketua boss.

Melepaskan
a35d0b.jpgdidalam a35d1b.jpg[lift].
Maknanya: Helo! Kalau nak lepaskan penyakit atau kuman tu carilah tempat yang sesuai!
Jangan lah tempat awam yang ter-enclosed. Besar nya hamlau!

Seperti
a35d2a.jpgjantan dgn a35d3a.jpgbetina.
Maknanya: Dua orang yg pantang bertemu...asek nak
a35d4a.jpgaje.



Sepandai-pandai
a35d59.jpgterbang akhirnya ketaik jugak dia hinggap.
Maknanya: Orang kalau dah perokok tu...kalau dia berenti....akhirnya dia gerenti start balik punyer.


Sepandai-pandai melompat, tak pernah masok ke sukan
a35d78.jpgOlimpik jua.
Maknanya: Jangan macam bagus....pasal yg macam bagus tu lah selalunya tak bagus.


Biar putih
a35d88.jpgjangan kuning a35d98.jpg.
Maknanya: Macam mana nya hensem ke, macho ke, hero ke, kalau gigi tu tak jaga,
kuning-berkarat, jangan lah eksen kental nak tackle pompan. Geli-geman di buat nya.


Kalau tidak ader
a35da7.jpgmasakan satu a35db7.jpgboleh bau busuk?
Maknanya: Ada orang kentotlah tu...



Seperti
a35dc7.jpgluperkan mamak kacang putih.
Maknanya: Orang yg tak sedar diri....tak kenang jasa baik orang yg muler-muler memfofularkan dia.



Ader
a35dd6.jpgdi sebalik a35de6.jpglain
Maknanya: Jgn sangka yg duduk sorang kat tempat sunyi tu sorang....check betul-betul, mesti ader
sorang lagi...... kat bawah ke....kat tengah ke...tengah baring ke....



Peribahasa: Biar mati anak jgn mati pucuk
Maknanya: Kalau dah mati pucuk camner nak dapat anak......bro!!!!



Sudah jatuh ditimpa
a35df5.jpg<-- Klassik siak!
Maknanya: Nasib malang yg tak agak-agak.





a35e05.jpgtak mancung, a35e15..jpgpulak yang mancung.
Maknanya: maknernyer . . maknernya................
Jgn nak tersengeh2 cam kupang busuk kat depan PC.. Pi ah buat keje...

8.07.2009

Treasure of VALUES



To realize The value of a sister/brother Ask someone Who doesn't have one...

To realize The value of ten years: Ask a newly Divorced couple...

To realize The value of four years: Ask a graduate...

To realize The value of one year: Ask a student who Has failed a final exam...

To realize The value of nine months: Ask a mother who gave birth to a stillborn...

To realize The value of one month: Ask a mother Who has given birth to A premature baby...

To realize The value of one week: Ask an editor of a weekly newspaper...

To realize The value of one minute: Ask a person Who has missed the train, bus or plane...

To realize The value of one-second: Ask a person Who has survived an accident...

To realize the value of a friend or family member : LOSE ONE...

Time waits for no one. Treasure every moment you have.

You will treasure it even more when You can share it with someone special.

Apa ertinya menjadi miskin


Suatu hari, seorang bapa dari sebuah keluarga yang kaya raya membawa anak lelakinya ke dalam sebuah kampung dengan tujuan menunjukkan kepada anaknya itu kehidupan orang-orang miskin.

Mereka bermalam selama beberapa hari di sebuah ladang yang didiami oleh golongan yang sangat miskin.

Di dalam perjalanan pulang, si ayah bertanya kepada anaknya, "Macam mana percutian kita kali ni?"

Si anak menjawab, "Menarik dan hebat, ayah," "Kamu sudah melihat sendiri bagaimana susahnya kehidupan mereka yang tidak berharta?"

"Ya," Bertanya lagi si ayah, "Jadi, apa yang kamu dapat kali ni?" Lalu si anak tadi memberikan jawapan yang agak panjang,

"Kita ada dua ekor anjing dan mereka ada empat. Kita ada kolam yang terletak di tengah-tengah taman tetapi mereka mempunyai sungai yang tidak berpenghujung. Kita ada lampu yang diimport di taman kita tetapi mereka ada bintang-bintang di langit pada waktu malam. Keluasan tanah kita sehingga ke halaman hadapan tetapi mereka mempunyai keluasan sehingga ke kali langit,"

"Kita tinggal cuma di atas tanah yang kecil sedangkan mereka mempunyai padang yang sangat luas saujana mata memandang.

Kita ada pembantu untuk membantu kita tetapi mereka memberi pertolongan, bukan meminta. Kita membeli makanan kita tetapi mereka menanam sendiri makanan mereka. Kita ada dinding sahaja untuk melindungi kita sedangkan mereka mempunyai sahabat handai yang melindungi mereka," Si ayah terdiam mendengar jawapan anaknya. Si anak tersebut Kemudiannya berkata, "Terima kasih, ayah, kerana menunjukkan kepada saya betapa miskinnya kita,"

YOU can't have a rainbow without a little RAIN....

7.28.2009

Sebelum dan Selepas Kahwin





Perkara Sebelum Kahwin Selepas Kahwin
1. ANGKATKAN BEG Come sayang, let me carry the bag 4 u. Kesian u... Beg u pun u malas nak bawa. Lain kali jangan bawa beg ah!
2. TERSUNGKUR BATU 'Sayang, intan payung, you ok tak darling? Bodoh punye batu!' Jln betul2 la! Buta ke? Mata letak kat mana? Lutut? Batu tu macam besar pun tak nampak!
3. PAKAI SEXY Lawanye u pakai baju ni. Seksi! Turn on I, macam nak gigit-gigit you sekarang jugak! 'Ni ape ni, terjojol sana sini, nampak longkang! Dengan spare tyre berlipat-lipat! Tak malu eh?'
4. MANJA DI PUBLIC Manjanye syg i ni. Cium sikit sayang! Firm nye pipi you! Oi! Org tgk ah! Tunggu balik rumah bole tak? Tak malu eh orang tengok?!
5. KEMPUNAN U nak makan burger ramly? Ok, besok i masuk JB belikan eh syg... Burger McDonald pun sama pe! Jgn cerewet ah! Makan je!
6. KECANTIKAN Cantik nye you hari ni. Eye shadow you lawa la! Berseri-seri muka you! Ape ni make up mcm tepung gomak? Wayang opera pun kalah tau! Bulan2 asyik beli make up je!
7. KEKAYAAN U takde bnyk duit pun, i tetap syg u. Kekayaan tk menjanjikan kebahagiaan. Tu la, dulu tak nak blajar betul2. Skrg baru nak menyesal! Duit tong sampah bulan ni camne?
8. SEX Kalau kita kawin, hari2 mau. Eh, i penat tau! Ingat i robot ke? Gatal!
9. KESABARAN Sudahlah syg, jgn merajuk.. Sorry eh Sayang. Memang salah I. I ni matahir tak guna! Jangan merajuk lagi ye Sayang.. I minta maaf. Maafkan i eh? Salah you, you nak suruh I cakap Sorry! Banyak cantik muka you! Dah buat salah tak nak mengaku. Tau nak merajuk je. Awak punye pasal ah! Tak kuasa aku!
10. MASAKAN Sedapnye u masak (walaupun tak sedap) Mak u tak ajar masak ke? Ni Nasi lemak ke nasi basi?
11. DUIT NO PROBLEM Syg, kita mkn dekat restoran mahal tu eh? Mahal takpe lah, skali skala... Mak oi! Pe mahal! Da la! Mee grg mamak pak kassim lagi sedap. Tak mau ah!
12. LUV PEGI LUV BALIK Bye syg, I luv u too. Muaks! Miss u lah syg. (Padahal smlm baru jumpe) Ah, ok bye! Tak bole lah. Kawan i ade ni! Bye la bye la!
13. PENGORBANAN Takpe Sayang, I tak kisah.. I sanggup buat apa saja untuk you. I fetch you later eh? You ni, takde kepala otak ke yang I ni penat baru balik kerja. Apa salahnya you balik sendiri. Manja sangat ah!
14. JUMPA LAMBAT Takpe Sayang. Asalkan you selamat sampai Takpe la. Da biasa da!
15. BUANG ANGIN You kentot eh sayang? Hehehehehe! Cute la you ni! *cubit-cubit* Oi, asal bole kentot je eh! *pukul-pukul badan*

Blog Widget by LinkWithin
 

Di Sini Kita Bermula.... Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino