4.27.2008

Atuk Yg Kerinduan & Etc


24 April 2008 – Atuk yg tak tahan kerinduan ngan Mukmin datang berziarah. Atuk kata, terasa betul ketiadaan Mukmin. Peluk, cium. Habis mukmin di gomol atuk. Rindu betul gayanya..


Mukmin yang comel dengan baju kuning

25 April 2008 – Secara rasmi nama baby di wartakan sebagai HAFIDZUL MUKMIN BIN SHAHRUL EFENDI di JPN, Petaling Jaya. Urusan tak sampai 10 minit, Sijil Kelahiran dengan nombor pengenalan telah tercetak. InsyaAllah lepas 1 bulan akan keluar MyKid pulak.



Aktif dan Cergas...Tangan Mukmin cukup ligat...

Terus aku merempit ke Bangsar, tujuan utama ke Maybank. Nak buka akaun bank untuk Mukmin. Maybank menjadi pilihan, kerana kemudahan fasiliti mereka. Akaun Yippie Islamic. Alhamdulillah dan terima Kasih kepada semua Uncle, Untie dan Nanny & GrandDaddy yg bagi hadiah duit serta baju dan Toiletries untuk Mukmin. Moga Mukmin dapat menyemai budaya Menabung sejak kecil utk kemudahan akan datang.




InsyaAllah Minggu depan aku akan uruskan pula Takaful Cerdik (Protection & Education Investment Planning) untuk Mukmin. Aku akan pastikan pelindungan yang secukupnya serta perancangan kewangan untuk Mukmin kelak. Aku tak mahu dia berhutang bagaimana aku sekarang. InsyaAllah, pada umur 20 tahun, Mukmin dah ada dana RM30,000 untuk pelajarannya… InsyaAllah ini komitmen Ummi dan Walid untuk Mukmin…...
Ini JANJI KAMI...

0 ulasan:

Catat Ulasan

Blog Widget by LinkWithin
 

Di Sini Kita Bermula.... Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino