8.25.2008

MINI DYNAMIC FAMILY GATHERING


Assalamualaikum.


Apa khabar semua??? Lama tidak mencoret, walaubagaimanapun aku masih menjadi pembaca setia posting sahabat2 Dynamic. Perkara pertama bila membuka karung e-mail, folder pertama yg bakal aku jengah adalah folder GENERASIDYNAMIC, menanti perkhabaran atau sebarang berita dari sahabat2 semua.


Alhamdulillah kami sekeluarga (Shahrul, Rohana & Hafidzul Mukmin) berada dalam keadaan sihat adanya… Hari ni nak cerita tentang kembara Sahabat Dynamic lebih kurang 1 bulan lepas. Walaupun ini bukan program rasmi Dynamic, tetapi usaha yg dilakukan oleh rakan2 kita ini amat2 aku hargai.


Terima Kasih kepada Penganjur Utama, Sahudin & Cikgu Hasni. Atas usaha dan inisiatif mereka, MINI DYNAMIC FAMILY GATHERING terlaksana dengan jayanya. Lokasinya di Kampung Jawa atau lebih spesifik di rumah Cikgu Hafeez & Cikgu Putri Shuhana.


Selepas itu destinasi mereka seterusnya ke rumah Aizzuddin & Cikgu Wan Zorah. Aku tidak dapat bercerita panjang kerana aku tak dapat ikut serta. Walaubagaimanapun ada sedikit ole-ole dari mereka. Tetapi sebelum itu ada sedikit aktiviti untuk sahabat2 semua. Perhatikan gambar di bawah.



Ini antara gambar kenang-kenangan ketika mereka di sana, tetapi susanan anak dan bapa/ayah/abi/walid adalah secara rawak. Sila satukan kembali anak2 dynamic ini… Selamat mencuba.. InsyaAllah jawapan akan menyusul kemudian

Terma dan Syarat.

1) Ahli keluarga yang terlibat di dalam foto ini tidak boleh mengambil bahagian.

2) Peserta mestilah, sahabat2 Dynamic dan ahli keluarga sahaja, Peserta tanpa kelayakan Dynamician tidak akan di layan sama sekali

3) Tarikh tutup penyertaan mengikut budi bicara penganjur

4) Hadiah akan diberikan jika ada budget (kalu xder sorry la yer)

5) Tiada anak2 yang dianiaya sepanjang sesi fotografi ini dilakukan.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Blog Widget by LinkWithin
 

Di Sini Kita Bermula.... Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino