1.21.2009

Adegan Cikgu Bahasa 'Malaysia'




Murid : Selamat pagi, cikgu.
Cikgu : (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja? Petang dan malam awak doakan saya tak selamat?


Murid : Selamat pagi, petang dan malam cikgu!

Cikgu : Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang! Kata selamat
sejahtera! Senang dan penuh bermakna. Lagipun ucapan ini meliputi semua masa dan keadaan.

Murid : Selamat sejahtera cikgu!

Cikgu : Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik. Hari ini cikgu nak uji
kamu semua tentang perkataan berlawan. Bila cikgu sebutkan perkataannya, kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi perkataan-perkataan itu, faham?
Murid : Faham, cikgu!


Cikgu : Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.
Murid : (senyap)


Cikgu : Pandai!
Murid : Bodoh!


Cikgu : Tinggi!

Murid : Rendah!

Cikgu : Jauh!

Murid : Dekat!


Cikgu : Keadilan!

Murid : UMNO!


Cikgu : Salah!

Murid : Betul!

Cikgu : Bodoh!
Murid : Pandai!


Cikgu : Bukan!

Murid : Ya!


Cikgu : Oh Tuhan!

Murid : Oh Hamba!

Cikgu : Dengar ini!
Murid : Dengar itu!

Cikgu : Diam!

Murid : Bising!

Cikgu : Itu bukan pertanyaan, bodoh!
Murid : Ini ialah jawapan, pandai!

Cikgu : Mati aku!
Murid : Hidup kami!

Cikgu : Rotan baru tau!

Murid : Akar lama tak tau!


Cikgu : Malas aku ajar kamu!

Murid : Rajin kami belajar cikgu!

Cikgu : Kamu gila!

Murid : Kami siuman!

Cikgu : Cukup! Cukup!

Murid : Kurang! Kurang!


Cikgu : Sudah! Sudah!

Murid : Belum! Belum!

Cikgu : Mengapa kamu semua bodoh sangat?
Murid : Sebab saya seorang pandai!

Cikgu : Oh! Melawan!
Murid : Oh! Mengalah!

Cikgu : Kurang ajar!
Murid : Cukup ajar!

Cikgu : Habis aku!
Murid : Kekal kami!

Cikgu : Mati aku!
Murid : Hidup kami!

Cikgu : O.K. Pelajaran sudah habis!
Murid : K.O. Pelajaran belum bermula!

Cikgu : Sudah, bodoh!
Murid : Belum, pandai!

Cikgu : Berdiri!
Murid : Duduk!


Cikgu : Saya kata UMNO salah!

Murid : Kami dengar KeADILan betul!

Cikgu : Bangang kamu ni!

Murid : Cerdik kami tu!


Cikgu : Rosak!

Murid : Baiki!

Cikgu : Kamu semua ditahan tengah hari ini!
Murid : Kami semua dilepaskan tengah malam itu!

Cikgu : (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar)
Murid : (Bising dan menyumbat buku-buku mereka ke dalam beg)





p/s : Terbahak-bahak aku baca. Very Nice. Mungkin budak2 sekarang dah tahap gini ler gamaknya!!!! Penin la kepala cikgu diorang

0 ulasan:

Catat Ulasan

Blog Widget by LinkWithin
 

Di Sini Kita Bermula.... Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino