Masuk walker, dia panjat nak keluar. Dah keluar dia nak panjat walker. Letih woo....2-3 saat dah panjat benda lain... Risau takut jatuh, dia bukan tau, jatuh karang ,wek.....nangis.... tp mudah di pujuk.. InsyaAllah tak lama lagi, boleh jalan, nak mengejar dai pulak.. heheheh...
Gambar di ambil selepas atuk mukmin dah gonjengkan rambut dia. Ummi mukmin pun baru pulang dari kursus BIG (bina insan guru) di pangkor, tu yang nampak 'terbakar' sikit tu.
Sekarang mukmin dah pandai salam, hulur tangan sebut 'salam' dia akan amik tgn kita dan cium. Pandai...
Amik handphone, kita cakap hello-hello dan dia pun letak handphone kat telinga, pastu ngomong bahasa jerman. Sepatah haram pun kami xpaham... hehehehe....
Tepuk tangan : bila dia buat semua aksi, kami cakap 'pandai' dia pun tepuk tangan. Kami pun tepuk sekali..... hehehehe...so sweet...
terbaru, pantang tgk kam solat, mesti duk kat tempat sujud. Baru2 ni, kami sebut 'Allahuakhbar' dia pun sujud... Alhamdulillah...moga solat menjadi amalan mu nanti.
0 ulasan:
Catat Ulasan