Tetap menjadi kenangan sehingga ke akhir hayat.. Ayuh sahabat2, mari kita pastikan GD terus mara, biarlah buat masa ni hanya kita. InsyaAllah kawan2 lain akan turut serta. Masa sahaja yang bakal menentukannya.
Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu Kami jadikan segumpal daging, segumpal daging itu Kami jadikan tulang belulang, lalu tulang belulang itu Kami bungkus dengan daging. Kemudian Kami jadikan dia makhluk yang lain. Maka Maha sucilah Allah, Pencipta Yang Paling Baik. (Al mu'minun : 14)
Yang jauh di rindui, yang dekat disayangi….
Syukur ke hadrat illahi, program kali ini mendapat respon yang baik dari sahabat semua. Di samping itu billionan terima kasih buat sahabat saya Ust Aizzuddin serta tidak lupa buat Anak dan isterinya. Tepat sungguh Lokasi program raya GD kali ini. Alhamdulillah, semua yang berniat untuk datang walaupun ada yang sesat melarat, tapi sampai juga akhirnya. Yang berniat untuk hadir tapi tak mampu hadir atas apa jua alasan, saya ucapkan tahniah. Berjumpa kita di program yang akan datang. Yang langsung tak berniat, InsyaAllah lain kali boleh pasang niat.
Ruang Santai
Buat AJK Persiapan & Tempat (Ust Aizzuddin), terima kasih dari pihak GD di atas segala kerjasama. Untuk pengetahuan sahabat sekalian, Ust kita ni baru terlibat dengan kemalangan jalan raya minggu lepas. Biasa le MEREMPIT…. Hehehe… Masih sakit lagi katanya. Tetapi masih bersemangat menyediakan tempat dan menyambut kehadiran sahabat2 semua. Saya yakin tidak seorangpun merungut malah saya percaya semua memuji fasiliti dan kemudahan yang disediakan. Ibarat kata Wan@Nenek saya MANTAP BONAR…
Shifa’ : kereta kita la, kita dapat dulu.
Hakim : Apa pulak, kita tgk dulu kita punya la... Awak gi la main masak2.
Shifa’ : Apa pompuan xleh bawa kereta ker? Mak kita bawak kereta&motor laju tau!
Hakim : Ah..tak kisah la laju ker perlahan ker. Nak jugak..
Paling best, raung kami bersantai cukup selesa tambahan terdapat pelbagai pilihan permainan untuk anak2 GD bermain. Kereta Ferrari, Bullet Train malah kuda race pun ada. Buai tidur pun di sponsor juga, sempat Mukmin lelap sejam dua di buai tersebut. Ust Aizzuddin amat mengalu-alukan kehadiran semua malah jika diminta untuk menjadi menjadi tuan rumah untuk program2 yang akan datangpun dia sudi.
p/s: nanti Ust Aizzuddin nak sediakan children playground kat luar umah dia. Katanya boleh anak kita ni main2 kat situ… Wah.. Confirm raya tahun depan kita kat klang ler..
Aksi Meja hidangan
Syuk : Din, dia amik gambar!
Din : Alamak, kantoi la pulak. Aku amik ayam banyak ni. Peberet aku ni...
Syuk : Buat xtau jer, janji sorru tak miss...
Buat AJK Makanan (Cikgu Wan Zorah), xtau kata apa lagi. Excellent.. Seronok kami, perut kami pun seronok gak. Siap bawak bekal balik lagi. Terima kasih atas kerjasama. Tak lupa juga kepada kawan2 yang bawa makanan. Terima Kasih sangat. Meriah usus kita di buat nyer. Heehehehe
p/s: Sir fadzli terima kasih pan cake. lepas ni belajar buat sendiri pulak..
Kagum kat Sir Fadzli, jauh tu. 2-3 jam perjalanan. Moga diberkati kehidupan. Amin.
Sedikit foto sebagai kenang-kenangan2. Maaf gambar kurang kualiti. Pakai handset jer. Tak dapat foto dari ust Aizzuddin lagi.

Sir Fadzli : Ek eleh, kalu byk tu santap lagi 10 tahunpun xleh nak kalahkan aku… Kalu korang nak tahu rahsia pemakanan sihat beli E-book aku.. Korang jadi Affiliate, aku bg la komisyen. Hehehe….
Apa yang dibincangkan tu bang????
Pres : Hmm…Baju raya ke tu Afan?
Afan : Hm… xder la..stok lama. Ko tu cam nak gi nikah jer, songket mana?
Pres : Dalam keta… ish jgn cakap kuat2 nanti bini aku dengar.
Afan : Hehehe… Tambah anak boleh pzy, tambah ‘cawangan’ jangan lagi..
Ibu2 sibuk menyuapkan anak2 masing. Diorang dah penat main. Kereta Ferrari tupun dah tersadai kat tiang.
Ala2 lalala utuk2. Nak kat abah dia gak auni ni…
Tukang jaga gate
Nak masuk 50 posen. Kalu tak duduk laur. Hhehehe..

Foto Ibu Mithali (tiada dalam foto, Isteri syakir dan Jen)
Ahad 17 Ogos : Selepas membeli sedikit barang keperluan di supermarket favourite kami (mydin Subang ) kami singgah di rumah sahabat dynamic kita iaitu di rumah Firdaus kamaruddin dan pasangannya Raihana di Desa Mentari 2, Kg dato harun. Alhamdulillah, akhirnya sampai juga kami ke rumah yang baru mereka duduki tak lama dulu. Betul la kata orang, kadang2 yang paling dekat tu la yang susah kita nak sampai. Anak mereka Nur tasneem dah berumur 5 bulan, aktif berguling dan masuk bawah kerusi. Peramah macam maknya kot. Firdaus masih lagi menjadi tutor di Um manakala Raihana setia menjadi pendidik buat anaknya di rumah. Maaf tiada foto....
Isnin 18 Ogos : Hari ini kami menerima tetamu kehormat Cikgu hafeez and Cikgu Putri bersama puteri mereka, Putri Nurul Mutmai’nah (maaf kalau salah eja) ke rumah kami . Mereka berkampung dirumah kami sehingga hampir Isyak. Siap mandi and dua kali minum air lagi. Hihi…tapi biasa la prinsip alam kita mak bapak ni, kalau berjalan mak ayah tak mandi takpe, asal anak mandi. Itulah yang telah mereka praktikkan.Rabu 20 Ogos : Sepatutnya malam ini aku mengikuti kelas, namun mesej jemputan daripada Sahudin dan Kak Hasni menyebabkan aku membatalkan niatku untuk ke kelas. Malam itu kami ke rumah mereka (berhampiran Istana Budaya). Berjumpa dengan Mujahid yang comel itu. Rancak isteriku bertukar cerita dengan Cikgu Hasni kerana kedua-duanya sama mengajar di sekolah yang kesemua pelajarnya lelaki dan mengajar subjek yang sama iaitu Bahsa Inggeris. Maaf tiada foto
Afan, Mukmin, Muadz & Belakang Sana Aliya... Maaf Yuzi Xder dalam foto
Jumaat 22 Ogos : sepatutnya malam ini temujanji untuk kerumah sahabat Aizuddin dan wan zorah. Namun,kebetulan kedua-dua kami ada urusan lain. Aizudin masih di kg, manakala aku pula diminta untuk menghantar adik ipar ke stesen bas untuk balik kg. Temujanji kami bersama keluarga Aizudin ditunda pada keesokan harinya.
Hasif dengan botol susu, (Pakai t-shirt Man Utd ori dari UK tu@nanti Mukmin pun nak juga, tapi cop Siam jer ler)
Sabtu 23 Ogos : Hampir jam 5 ptg kami bertolak ke rumah Aizudin. Alhamdulillah mereka telah mempunyai rumah sendiri berhampiran dengan rumah hafeez dan Putri shuhana. Masuk saja, terus dijamu dengan beberapa juadah. Wan Zorah baru pertama kali melihat Mukmin. Kami juga telah lama tidak melihat hasif. Besar sudah dia. Kembar Syifa (anak ein) dan Zharif ( anak Wardati) . Apakah mungkin satu masa tiga kembar akan dapat dipertemukan ??? Aizudin telah bertukar kerjaya ke TNB manakala Wan Zorah masih lagi setia bergelar pendidik. Di sini juga, anak mandi, tapi mak ayah tak mandi J kami juga agak lama dirumah Aizudin, rancak bertukar cerita. Maka rasanya, berakhirnya kembara melawat sahabat dynamic kami (aku, isteri dan Mukmin).
Puting@peluru tak lepas dari mulut Mukmin. (Bergambar ngan Cikgu Wan Zorah)
Kenang-kenangan 2 famili sebelum berpisah (moga ukhuwwah sentiasa bertaut)
Ahad 24 Ogos : dalam perjalanan pulang ke Melaka, kami rancak berbual tentang sahabat-sahabat. Tiba-tiba teringat kepada beberapa sahabat yang masih belum sempat kami jenguk dikesempatan curti yang lalu. Antaranya Ein dan shahrul zaman, Syukri n Nani, Pizy n Ina dan tak lupa yang edekat dengan isteri aku iaitu Jije dan Kak Jannah. Bila la ada kesempatan jumpa Jije sekeluarga, alang2 tempat isteri memang kawasan dia. Namun, kuasa Allah….kami bersua muka dengan jije ,isteri dan anak2 disebuah pasaraya di pecan Sg Udang. Mereka bakal menimang anak ke tiga bulan oct ini nanti. Menurut kak Jannah Jije berkemungkinan akan berpindah ke Johor tapi mungkin tak lama, dalam setahun je. Kak jannah juga seperti isteriku, bergelar pendidik di Melaka ini. Malam itu, kami bercadang bertandang ke rumah Jije , namun, disaat2 akhir, isteriku pula ada meeting dengan pelajar (isteriku warden) untuk urusan sambutan hari Merdeka. Rancangan ditangguhkan. Namun kami bertekad paling2 sebelum Jije pindah,kami sampai kerumah mereka. Maaf, tiada foto
Gambar sebelum hantar Mukmin ke rumah pengasuh. Walid nak hantar Ummi ke Melaka yer. Mukmin jgn nangis tau (Air mata isteriku menitis......)
Kata isteriku : “ semangat ukhuwah Dynamic masih kuat dan erat tersemat dalam hati kita masing2. walaupun jauh, jalinan hati dan ingatan itu tetap segar. “ Begitulah sedikit coretan kami dalam menyambung ikatan ukhuwah yang telah ada dikalangan dynamic. Moga akan dapat berjumpa lebih ramai dynamician di hari raya nanti. Disertakan beberapa pic kenangan sahabat2 dynamic kita
Assalamualaikum.
Apa khabar semua??? Lama tidak mencoret, walaubagaimanapun aku masih menjadi pembaca setia posting sahabat2 Dynamic. Perkara pertama bila membuka karung e-mail, folder pertama yg bakal aku jengah adalah folder GENERASIDYNAMIC, menanti perkhabaran atau sebarang berita dari sahabat2 semua.
Alhamdulillah kami sekeluarga (Shahrul, Rohana & Hafidzul Mukmin) berada dalam keadaan sihat adanya… Hari ni nak cerita tentang kembara Sahabat Dynamic lebih kurang 1 bulan lepas. Walaupun ini bukan program rasmi Dynamic, tetapi usaha yg dilakukan oleh rakan2 kita ini amat2 aku hargai.
Terima Kasih kepada Penganjur Utama, Sahudin & Cikgu Hasni. Atas usaha dan inisiatif mereka, MINI DYNAMIC FAMILY GATHERING terlaksana dengan jayanya. Lokasinya di Kampung Jawa atau lebih spesifik di rumah Cikgu Hafeez & Cikgu Putri Shuhana.
Selepas itu destinasi mereka seterusnya ke rumah Aizzuddin & Cikgu Wan Zorah. Aku tidak dapat bercerita panjang kerana aku tak dapat ikut serta. Walaubagaimanapun ada sedikit ole-ole dari mereka. Tetapi sebelum itu ada sedikit aktiviti untuk sahabat2 semua. Perhatikan gambar di bawah.

Terma dan Syarat.
1) Ahli keluarga yang terlibat di dalam foto ini tidak boleh mengambil bahagian.
2) Peserta mestilah, sahabat2 Dynamic dan ahli keluarga sahaja, Peserta tanpa kelayakan Dynamician tidak akan di layan sama sekali
3) Tarikh tutup penyertaan mengikut budi bicara penganjur
4) Hadiah akan diberikan jika ada budget (kalu xder sorry la yer)
5) Tiada anak2 yang dianiaya sepanjang sesi fotografi ini dilakukan.

Di Sini Kita Bermula.... Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino