8.25.2008

Jalan-jalan Cari Pasai (Ronda-ronda cuti sekolah)


Rentetan daripada perhimpunan mini dynamician di Kampung Jawa, membangkitkan perasaan teruja isteri tercinta untuk turut sama melawat sahabat-sahabat dynamic dikesempatan cuti sekolah yang lalu. Kesian dia…jauh nun keseorangan tinggal di Melaka . tambahan pula jauh dari suami, anak dan kawan2 yang rapat dengannya. Cuti sekolah selain sepenuh masa bergelelumang dengan baby Mukmin, aku turut menyampaikan hasratnya untuk melawat sahabat2 dynamic yang dirindui.

Ahad 17 Ogos : Selepas membeli sedikit barang keperluan di supermarket favourite kami (mydin Subang ) kami singgah di rumah sahabat dynamic kita iaitu di rumah Firdaus kamaruddin dan pasangannya Raihana di Desa Mentari 2, Kg dato harun. Alhamdulillah, akhirnya sampai juga kami ke rumah yang baru mereka duduki tak lama dulu. Betul la kata orang, kadang2 yang paling dekat tu la yang susah kita nak sampai. Anak mereka Nur tasneem dah berumur 5 bulan, aktif berguling dan masuk bawah kerusi. Peramah macam maknya kot. Firdaus masih lagi menjadi tutor di Um manakala Raihana setia menjadi pendidik buat anaknya di rumah. Maaf tiada foto....

Sapa Anak Apiz & Shu Angkat kaki... Hehehehe...

Isnin 18 Ogos : Hari ini kami menerima tetamu kehormat Cikgu hafeez and Cikgu Putri bersama puteri mereka, Putri Nurul Mutmai’nah (maaf kalau salah eja) ke rumah kami . Mereka berkampung dirumah kami sehingga hampir Isyak. Siap mandi and dua kali minum air lagi. Hihi…tapi biasa la prinsip alam kita mak bapak ni, kalau berjalan mak ayah tak mandi takpe, asal anak mandi. Itulah yang telah mereka praktikkan.

Ooo...degil yer (Ain Tarik Telinga Mukmin)

Selasa 19 Ogos : Hari ini giliran kami pula membuat serangan balas kerumah Hafeez dan Shu. Kami juga berkampung disana sehingga pukul 9 malam. Siap mandi and 2 kali makan. Prinsip biar mak ayah tak mandi, asal anak mandi turut kami praktikkan di sana.hehe….sempat juga isteriku membelek2 kereta idamannya hari tu, sampai tak dengar anak menangis. Mukmin dan Ain nampaknya serasi walaupun kelihatannya Mukmin sering menjadi mangsa buli Ain.

Anak Walid ngan Ummi yang keletihan sedang tido...

Rabu 20 Ogos : Sepatutnya malam ini aku mengikuti kelas, namun mesej jemputan daripada Sahudin dan Kak Hasni menyebabkan aku membatalkan niatku untuk ke kelas. Malam itu kami ke rumah mereka (berhampiran Istana Budaya). Berjumpa dengan Mujahid yang comel itu. Rancak isteriku bertukar cerita dengan Cikgu Hasni kerana kedua-duanya sama mengajar di sekolah yang kesemua pelajarnya lelaki dan mengajar subjek yang sama iaitu Bahsa Inggeris. Maaf tiada foto

Afan, Mukmin, Muadz & Belakang Sana Aliya... Maaf Yuzi Xder dalam foto

Khamis 21 Ogos : Malam ini mulanya kami free. Kata isteri, takpelah..tak penat berjalan malam ni kita rehat. Namun pucuk dicita, ulam mendatang…. Kami menerima tetamu seorang lagi sahabat Dynamic yang agak lama tak bersua. Saudara Afan dan ahli keluarganya, Yuzi, Aliyah dan Muadz. Berubah betul wajah Muadz berbanding dengan sewaktu dia melawat isteriku berpantang 4 bulan lepas. Aktif menolong ‘menyapu’ rumah kami. Aliyah agak senyap malam itu walaupun menurut umminya, hakikat sebenar boleh tahan petah juga mulutnya tu. Afan meninggalkan isteri dan anak2 dirumah kami kerana ada urusan. Yuzi kembali bergelumang dengan kuliah dan assignment untuk mengejar sarjana dalam bidang Bioteknologi. Berkorban masa dan tenaga demi menuntut sekelumit dari ilmu Tuhan. Mukmin senyap dan ‘baik’ di ribaan Afan dan Yuzi walaupun hakikatnya kalau ummi and walidnya pegang (terutama umminya) takdela dia se’baik’ itu. Aktif melompat bila dipegang.

On D Way ke rumah Uncle Aizzuddin & Cikgu Wan (Nak jumpa Hasif)

Jumaat 22 Ogos : sepatutnya malam ini temujanji untuk kerumah sahabat Aizuddin dan wan zorah. Namun,kebetulan kedua-dua kami ada urusan lain. Aizudin masih di kg, manakala aku pula diminta untuk menghantar adik ipar ke stesen bas untuk balik kg. Temujanji kami bersama keluarga Aizudin ditunda pada keesokan harinya.


Hasif dengan botol susu, (Pakai t-shirt Man Utd ori dari UK tu@nanti Mukmin pun nak juga, tapi cop Siam jer ler)

Sabtu 23 Ogos : Hampir jam 5 ptg kami bertolak ke rumah Aizudin. Alhamdulillah mereka telah mempunyai rumah sendiri berhampiran dengan rumah hafeez dan Putri shuhana. Masuk saja, terus dijamu dengan beberapa juadah. Wan Zorah baru pertama kali melihat Mukmin. Kami juga telah lama tidak melihat hasif. Besar sudah dia. Kembar Syifa (anak ein) dan Zharif ( anak Wardati) . Apakah mungkin satu masa tiga kembar akan dapat dipertemukan ??? Aizudin telah bertukar kerjaya ke TNB manakala Wan Zorah masih lagi setia bergelar pendidik. Di sini juga, anak mandi, tapi mak ayah tak mandi J kami juga agak lama dirumah Aizudin, rancak bertukar cerita. Maka rasanya, berakhirnya kembara melawat sahabat dynamic kami (aku, isteri dan Mukmin).

Puting@peluru tak lepas dari mulut Mukmin. (Bergambar ngan Cikgu Wan Zorah)

Kenang-kenangan 2 famili sebelum berpisah (moga ukhuwwah sentiasa bertaut)

Ahad 24 Ogos : dalam perjalanan pulang ke Melaka, kami rancak berbual tentang sahabat-sahabat. Tiba-tiba teringat kepada beberapa sahabat yang masih belum sempat kami jenguk dikesempatan curti yang lalu. Antaranya Ein dan shahrul zaman, Syukri n Nani, Pizy n Ina dan tak lupa yang edekat dengan isteri aku iaitu Jije dan Kak Jannah. Bila la ada kesempatan jumpa Jije sekeluarga, alang2 tempat isteri memang kawasan dia. Namun, kuasa Allah….kami bersua muka dengan jije ,isteri dan anak2 disebuah pasaraya di pecan Sg Udang. Mereka bakal menimang anak ke tiga bulan oct ini nanti. Menurut kak Jannah Jije berkemungkinan akan berpindah ke Johor tapi mungkin tak lama, dalam setahun je. Kak jannah juga seperti isteriku, bergelar pendidik di Melaka ini. Malam itu, kami bercadang bertandang ke rumah Jije , namun, disaat2 akhir, isteriku pula ada meeting dengan pelajar (isteriku warden) untuk urusan sambutan hari Merdeka. Rancangan ditangguhkan. Namun kami bertekad paling2 sebelum Jije pindah,kami sampai kerumah mereka. Maaf, tiada foto

Gambar sebelum hantar Mukmin ke rumah pengasuh. Walid nak hantar Ummi ke Melaka yer. Mukmin jgn nangis tau (Air mata isteriku menitis......)

Kata isteriku : “ semangat ukhuwah Dynamic masih kuat dan erat tersemat dalam hati kita masing2. walaupun jauh, jalinan hati dan ingatan itu tetap segar. “ Begitulah sedikit coretan kami dalam menyambung ikatan ukhuwah yang telah ada dikalangan dynamic. Moga akan dapat berjumpa lebih ramai dynamician di hari raya nanti. Disertakan beberapa pic kenangan sahabat2 dynamic kita

MINI DYNAMIC FAMILY GATHERING


Assalamualaikum.


Apa khabar semua??? Lama tidak mencoret, walaubagaimanapun aku masih menjadi pembaca setia posting sahabat2 Dynamic. Perkara pertama bila membuka karung e-mail, folder pertama yg bakal aku jengah adalah folder GENERASIDYNAMIC, menanti perkhabaran atau sebarang berita dari sahabat2 semua.


Alhamdulillah kami sekeluarga (Shahrul, Rohana & Hafidzul Mukmin) berada dalam keadaan sihat adanya… Hari ni nak cerita tentang kembara Sahabat Dynamic lebih kurang 1 bulan lepas. Walaupun ini bukan program rasmi Dynamic, tetapi usaha yg dilakukan oleh rakan2 kita ini amat2 aku hargai.


Terima Kasih kepada Penganjur Utama, Sahudin & Cikgu Hasni. Atas usaha dan inisiatif mereka, MINI DYNAMIC FAMILY GATHERING terlaksana dengan jayanya. Lokasinya di Kampung Jawa atau lebih spesifik di rumah Cikgu Hafeez & Cikgu Putri Shuhana.


Selepas itu destinasi mereka seterusnya ke rumah Aizzuddin & Cikgu Wan Zorah. Aku tidak dapat bercerita panjang kerana aku tak dapat ikut serta. Walaubagaimanapun ada sedikit ole-ole dari mereka. Tetapi sebelum itu ada sedikit aktiviti untuk sahabat2 semua. Perhatikan gambar di bawah.



Ini antara gambar kenang-kenangan ketika mereka di sana, tetapi susanan anak dan bapa/ayah/abi/walid adalah secara rawak. Sila satukan kembali anak2 dynamic ini… Selamat mencuba.. InsyaAllah jawapan akan menyusul kemudian

Terma dan Syarat.

1) Ahli keluarga yang terlibat di dalam foto ini tidak boleh mengambil bahagian.

2) Peserta mestilah, sahabat2 Dynamic dan ahli keluarga sahaja, Peserta tanpa kelayakan Dynamician tidak akan di layan sama sekali

3) Tarikh tutup penyertaan mengikut budi bicara penganjur

4) Hadiah akan diberikan jika ada budget (kalu xder sorry la yer)

5) Tiada anak2 yang dianiaya sepanjang sesi fotografi ini dilakukan.

5.20.2008

Amazing Interview





One young man went for an Interview.

"When did India get independence?" He was asked.

"The efforts began a few years earlier and final result was in 1947" He replied.

"Who was responsible for our independence?"

"There were so many. Whom to mention? If I name one, it will be a injustice to another." He replied.

"Is corruption the number one enemy in our country?"

"Some research is going on the subject and I can answer with certainly only after seeing the report" He replied.


The interview board was very pleased with his original and thoughtful answers and asked him not to reveal the questions to others, since they were planning to ask the same questions.

When he went out naturally others were curious to know what was asked. He politely declined, but one persistent Santa would not leave him. "At least tell me the answers" he pleaded, and our friend obliged.

Then it was the turn of this Santa. When he went inside, since his resume was slightly illegible, the board member asked him." By the way, what is your date of birth?"

He replied, "The effort began a few years earlier and final result was in 1947."

Somewhat puzzled, they asked another clarification. "What is your fathers name?"

He replied, "There were so many. Whom to mention". If I name one, it will be injustice to another".

The interviewer was incensed.

"Hey! Are you mad or what?"

He replied. "Some research is going on the subject. I can answer with certainty only after seeing the report."

Hospital Window




Two men, both seriously ill, occupied the same hospital room.

One man was allowed to sit up in his bed for an hour each afternoon to help drain the fluid from his lungs. His bed was next to the room's only window.

The other man had to spend all his time flat on his back.

The men talked for hours on end. They spoke of their wives and families, their homes, their jobs, their involvement in the military service, where they had been on vacation.

Every afternoon when the man in the bed by the window could sit up, he would pass the time by describing to his roommate all the things he could see outside the window.

The man in the other bed began to live for those one hour periods where his world would be broadened and enlivened by all the activity and color of the world outside.

The window overlooked a park with a lovely lake. Ducks and swans played on the water while children sailed their model boats. Young lovers walked arm in arm amidst flowers of every color and a fine view of the city skyline could be seen in the distance.

As the man by the window described all this in exquisite detail, the man on the other side of the room would close his eyes and imagine the picturesque scene.

One warm afternoon the man by the window described a parade passing by.

Although the other man couldn't hear the band - he could see it. In his mind's eye as the gentleman by the window portrayed it with descriptive words.

Days and weeks passed.

One morning, the day nurse arrived to bring water for their baths only to find the lifeless body of the man by the window, who had died peacefully in his sleep. She was saddened and called the hospital attendants to take the body away.

As soon as it seemed appropriate, the other man asked if he could be moved next to the window. The nurse was happy to make the switch, and after making sure he was comfortable, she left him alone.

Slowly, painfully, he propped himself up on one elbow to take his first look at the real world outside. He strained to slowly turn to look out the window beside the bed.

It faced a blank wall.

The man asked the nurse what could have compelled his deceased roommate who had described such wonderful things outside this window.

The nurse responded that the man was blind and could not even see the wall.

She said, "Perhaps he just wanted to encourage you."



Epilogue:
There is tremendous happiness in making others happy, despite our own situations.
Shared grief is half the sorrow, but happiness when shared, is doubled.
If you want to feel rich, just count all the things you have that money can't buy.

5.05.2008

Farmer & Donkey




One day a farmer's donkey fell down into a well. The animal cried piteously for hours as the farmer tried to figure out what to do.

Finally, he decided the animal was old, and the well needed to be covered up anyway; it just wasn't worth it to retrieve the donkey.

He invited all his neighbors to come over and help him. They all grabbed a shovel and began to shovel dirt into the well. At first, the donkey realized what was happening and cried horribly. Then, to everyone's amazement he quieted down.

A few shovel loads later, the farmer finally looked down the well. He was astonished at what he saw. With each shovel of dirt that hit his back, the donkey was doing something amazing. He would shake it off and take a step up.

As the farmer's neighbors continued to shovel dirt on top of the animal, he would shake it off and take a step up.

Pretty soon, everyone was amazed as the donkey stepped up over the edge of the well and happily trotted off!

Life is going to shovel dirt on you, all kinds of dirt. The trick to getting out of the well is to shake it off and take a step up. Each of our troubles is a steppingstone.. We can get out of the deepest wells just by not stopping, never giving up! Shake it off and take a step up.

Remember the five simple rules to be happy:

Free your heart from hatred - Forgive.

Free your mind from worries - Most never happen.

Live simply and appreciate what you have.

Give more - Expect les
s


NOW ............

Enough of that crap . . The donkey later came back, and bit the farmer who had tried to bury him.

The gash from the bite got infected and the farmer eventually died in agony from septic shock.


MORAL FROM TODAY'S LESSON:

When you do something wrong, and try to cover your ass, it always comes back to bite you.

You have two choices...smile and close this page, or pass this along to someone else to spread the fun.

4.27.2008

Atuk Yg Kerinduan & Etc


24 April 2008 – Atuk yg tak tahan kerinduan ngan Mukmin datang berziarah. Atuk kata, terasa betul ketiadaan Mukmin. Peluk, cium. Habis mukmin di gomol atuk. Rindu betul gayanya..


Mukmin yang comel dengan baju kuning

25 April 2008 – Secara rasmi nama baby di wartakan sebagai HAFIDZUL MUKMIN BIN SHAHRUL EFENDI di JPN, Petaling Jaya. Urusan tak sampai 10 minit, Sijil Kelahiran dengan nombor pengenalan telah tercetak. InsyaAllah lepas 1 bulan akan keluar MyKid pulak.



Aktif dan Cergas...Tangan Mukmin cukup ligat...

Terus aku merempit ke Bangsar, tujuan utama ke Maybank. Nak buka akaun bank untuk Mukmin. Maybank menjadi pilihan, kerana kemudahan fasiliti mereka. Akaun Yippie Islamic. Alhamdulillah dan terima Kasih kepada semua Uncle, Untie dan Nanny & GrandDaddy yg bagi hadiah duit serta baju dan Toiletries untuk Mukmin. Moga Mukmin dapat menyemai budaya Menabung sejak kecil utk kemudahan akan datang.




InsyaAllah Minggu depan aku akan uruskan pula Takaful Cerdik (Protection & Education Investment Planning) untuk Mukmin. Aku akan pastikan pelindungan yang secukupnya serta perancangan kewangan untuk Mukmin kelak. Aku tak mahu dia berhutang bagaimana aku sekarang. InsyaAllah, pada umur 20 tahun, Mukmin dah ada dana RM30,000 untuk pelajarannya… InsyaAllah ini komitmen Ummi dan Walid untuk Mukmin…...
Ini JANJI KAMI...

Hafidzul Mukmin Namamu...


18hb April 2008. Beberapa detik sebelum maghrib barulah Ummi dan Walid dapat keputusan nama baby. HAFIDZUL MUKMIN (panggilan MUKMIN) bermakna pelindung@pemelihara orang2 beriman. Moga Akhlak baby bercerminkan nama baby yg indah ini yer.

Sunnah memberi nama dalam tempoh 7 hari selepas kelahiran dan di aqiqahkan. Tapi Walid dan Ummi bg nama dulu yer Mukmin. InsyaAllah selepas Ummi benar2 sihat kita akan buat Majlis Aqiqah untuk Mukmin. (Opah dan Atuk bercadang nak buat bercukur sekali, macam ada sponsorships jer..hehehe)

Nenek klate akan sampai ahad ni, nenek nak tgk dan jaga mukmin.. Kita akan balik sementara ke rumah kita. Nanti2 kita akan kembali ke rumah atuk & opah semula yer. Mesti Atuk & opah akan rindukan Mukmin....

Kesian Nyer Anak Walid....


Mmg nampak Handsome bila pakai Ray Ban Putih ni...



Bagai nak luruh jantung bila lihat baby dalam keadaan gini. Xberbaju dan seluar, hanya sekadar pampers. Tapi ini situasi biasa bg baby yang dapat jaundice. Kalu yg lebih kritikal, lampunya dia keliling, atas bawah...



Kejap2 kena pusing. Pampers pun kena longgarkan. Bagi dapat cahaya menyeluruh.. Haba dari lampu pendaflour ini akan menyahkan penyakit ini. Menurut jururawat, jaundice akan ikut keluar melalui najis baby.. Alhamdulillah.. Baby Xlama dalam ni kan!!!!

4.15.2008

KITA SOLAT DULU


Walau Apapun.... KITA SOLAT DULU...



4.12.2008

Akhirnya Ummi Dapat Dakap BABY


Akhirnya selepas 18 Jam terpisah Ummi Baby dapat jumpa mendakap baby sendiri. Itupun setelah mengharung perjalanan 300-400 meter berkerusi roda. Rindu pada baby tak terkata. Tp Sampai baby tgh tido..baru lepas minum. Baby dah boleh minum. Lepas ni Ummi akan bagi minum susu ummi pulak.. InsyaAllah..


Baby Masih lelap.....


Lelap lagi..........


Masih lelap.............

Gambar waktu baby terjaga xdapat nak rakam. Akak2 nurse tak bg.. Hehehe.. Alhamdulillah sempat juga baby buka mata dan jeling2 kat walid dan ummi... Thanks Baby...
Blog Widget by LinkWithin
 

Di Sini Kita Bermula.... Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino